Friday 3 December 2010

ROOMMATEKU SEORANG MALING (UPDATE)

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 22:13 8 NASIHAT

Sebenarnye nak cerita kat FB je.. muehehe..tapi tu la payah la nak cerita sikit2 nih.. kang line internet nye bengong la segala bagai..

Ok.. bagi yang tak tahu, aritu duit den hilang atau dalam bahasa indonesianya, kecopetan.. amaun takde lah banyak.. RM100.. tapi kesian la kepada acik jamal, bawak bas malam2 semata2 nak bagi den duit, tetibe duit itu hilang dicuri maling kan.. lokasi kehilangan, aku pasti dan yakin tanpa talian hayat bahawa lokasi kehilangan adalah di dalam bilik..dalam bilik yang dihuni aku dan cik roommate.. bercakap mengenai roommate, aku tidak lah kenal beliau secara personaly, pathetic bukan? Yang aku tahu, roommate aku ialah seorang yang tidak hygiene. bukan lah mengata, tapi pendapat aku telah disokong oleh beberapa individu yang sudah menziarahi aku di bilik ini.. perihal tentangnya telah aku cerita pada entry2 yg lepas.

Ok.. aku ni bukan lah jenis orang yang very out spoken.. aku jenis manusia yang bercakap bila perlu dan bercakap dalam golongan2 mereka yang aku suke je.. yang aku tak suke, kurang kenal, aku memang kurang cakap.. bila duit aku kehilangan, ia memerlukan aku tenaga dalaman yang kuat untuk berdepan dengan roommate aku.. bercakap lagi mengenai roommate aku ini, pada hari pertama aku check in untuk sebilik dengan dia, ade seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ex-roommate kepada roommate aku itu dan beliau telah memberi aku nasihat atau lebih kepada kata2 berjaga-jaga untuk berdepan dengan roommate aku ini.. beliau kate

“hati-hati dengan _____ ni.. mase saya duk dengan dia, duit saya ade hilang 100 ringgit.. awak kunci la ape yang patut dan jangan letak duit merata-rata”

Aku pulak jenis orang bukan suke sangat nak amek port dengan persepsi orang.. aku lebih suke kenal roommate aku dulu then baru decide samaada dia ni stok ok atau stok kene penyepak.. dan bile dia buat bilik ni, serupa kandang, aku telah masukkan dia dalam stok kene penyepak.. bila dia sudah aku masukkan ke dalam stok kene penyepak, memang aku takdelah nak bercakap2 lagi dengan dia kan.. ok..pada hari kejadian duit aku hilang, mahu tidak mahu aku teringat2 tentang pesanan ex-roommate kepada roommate aku itu.. dan out of nowhere, aku decide untuk confront dia..

Then, dia pulak tak balik2 ke bilik.. macam habah.. aku tunggu dia.. then aku mesej dia, aku cakap,

“balik x mlm ni? Aku de bnd skit nak bincg”

Dia reply

“blik2..nape lina?”

Aku tak reply.. aku just tunggu je dia balik.. budak ni memang la stok kene penyepak.. dalam kol 3 lebih pun tak balik2 lagi.. then pukul 4 lebih itu dia balik.. aku nak mulakan ayat nak tny dia tu punye la susah.. aku rase bende nih sehsuatu yang besar. But then aku kene tanya jugak. Bila aku tanya, dia mati2 tak ngaku.. siap2 nangis2 merayu2 lagi.. memang cara macam dia teraniaya lah senang cakap.. dia kata kalau aku rase dia yang amek, dia akan ganti balik duit aku sebelum cuti sem.. aku cakap kat dia

“kalau ko tak ambek dah la.. aku xnak cakap lagi bende nih.. aku bukan nak duit ko.. aku just tny je, ko ade ambek ke tak duit aku”

Dia cakap, kalau dia terdesak sangat dia akan pinjam duit kat aku.. lagipun kate dia, dia jage duit MINIMART bertahun xpenah pun ade kehilangan..pastu dia cakap lagi, dia xnak jadik JMK sebab dia xnak ade tanggungjawab bab duit2 ni walaupun dah dua sidang orang suruh dia jadik JMK.. untuk record, dalam rumah aku je dia dah pinjam RM 1150 dari tiga individu berlainan..sebelum nih aku tak tau pun, bile nak kuar kes mencurik bagai nih, baru aku tau.

Sejak peristiwa awal pagi tuh, dia macam sangat gelisah.. aku steady je.. aku memang rasa dia yang ambik.. tapi dia tak ngaku, nak buat macam mane.. mule aku nak buat report, tapi aku just ade bukti cakap2 dari housemate dan aku rase bukti tuh tak kuat nak di bawa ke pihak pengurusan. Last2 aku diam je la dan pura2 redho.. bapak aku pun aku tak bagitau pasal duit tuh.. bapak aku memang tak marah.. tapi aku sedih la nak bagitau..

Ok.. aku ingat kes melibatkan dia dah abeh la.. aku cume doa aku xdapat la satu rumah dengan dia sem depan kalau tak, aku serius akan menangis2 di konter pejabat KHAR mintak tukar rumah, kalau xdapat jugak, aku nekad blah je dr kolej.. tapi pada malam tadi.. yakni dalam pukul 9-10malam tadi, ade satu rombongan penyiasat (yang terdiri dari pimpinan kolej).. at that time aku tidooo.. aku terjaga pun sebab dorang bukak pintu bilik aku nih nak tinjau keadaan kandang kat bilik nih.. aku xamek port la.. aku ingat bende ape.. aku tido balik.. then, bile dorang blah, aku pegi la ketuk pintu junior tnya dia, “JMK datang tuh nak check kebersihan rumah ke?” then dia jawab “taklah.. dorang datang cerita pasal kak _____ (roommate aku)”

Kate junior itu, roommate aku sekarang nih DISYAKKI terlibat dalam kehilangan 2 bijik laptop jenama Compaq dan acer dari blok 3..sungguh watdehel kan. Aku sungguh tak percaya.. then roommate aku juga memang paten bayak helah dan putar belit.. dan kate junior tadik, rombongan penyaisat tuh kate, duit2 kawan2 dia pun dah banyak dah yang hilang..dan duit minimart juga.. dan pihak pimpinan sekarang tengah nyiasat la si roommate aku nih..

PERASAAN AKU SEKARANG: aku sungguh tidak percaya bahawa selama ini aku satu bilik dengan MALING.. dan aku rasa sekarang nak pegi lempang diri sendiri pastu letak kepala dalam baldi timbus dengan pasir.. ok bye.

00.29AM 3 dec 2010

*****UPDATE

ok.. selepas entry di atas di post kan di blog ini, dalam pukul 00.40AM (12.40 mlam) aku dan 3 org housemate serta beberapa mangsa SI MALING ini telah dipanggil untuk mengadakan sesi perbincangan untuk mencari konklusi la (katenye) bersama pihak pengurusan dan pimpinan.. bila di kumpul2 mangsa SI MALING ini, rupenye agak ramai ye mangsa2 beliau.. semuanya hilang duit dan hilang laptop lah seperti yg dicerita di peringkat awal.. dan aku selaku roommate SI MALING (saiton betull..kenapa aku leh dapat roommate macam ini?) di minta memulakan bicara lah perihal SI MALING.. aku cerita lah apa yg pihak pengurusan nak tau pasal dia, perwatakan dia dan juga tentatif kejadian kehilangan duit aku.. aku memang cerita detail.. macam mane dia mati2an tak ngaku..dengan expression dia yang sungguh FAKE tatkala tau aku kehilangan duit..

cerita disambung oleh housemate (junior) yg rapat ngan dia.. mengikut cerita dia memang selalu xdek duit dan selalu nak meminjam.. seperti yg aku dah cakap kat bahagian sebelum ni, kat rumah sahaja dia dah pinjam 1150.. seterusnye disambung oleh mangsa2 lain, MOSTLY geng2 rexco dia.. dia memang banyak meminjam dan bile pinjam, dia akan nyuruh orang itu bank in kan kat akaun dia.. tetapi menurut sumber yg rapat dengan dia, KAD ATM dia boipren dia pegang..watdehel kan.. budak2 nih kate boipren dia hensem.. aku pun dah tgok.. dan aku rase boipren dia memang agak kacak dan presentable.. (ok fine.. buang perkataan agak)..ye betull..stylo la orang nye..

yang hilang laptop itu pun di syakki dia sebab:

1. dia tetibe nak tido dekat bilik orang itu pada malam itu.. (perhatikan perkataan TETIBE)

2. dia dengan mangsa2 laptop hilang tuh xdek lah rapat sangat..tapi pada malam itu, dia TETIBE nak tido sane.. sawan ke?

3. hanya dia je yang ade kat bilik bile budak itu keluar..

(ini yang selalu akan terjadi bile kite percaya dan yakin budak u ni baik dan takkan buat perkara saiton seperti mencurik tuh.. boleh pulak dia tinggalkan orang lain dalam bilik itu)

4. setelah itu secara tibe2 dia tak jadik nak tido rumah budak itu dan dia pun angkut comforter sume balik rumah..

5. (disyakki mempunyai kaitan dengan kejadian copet lappy) housemate aku nampak dia balik semula ke rumah (mase tuh pakai baju kelawar) dan kuar semula tergesa2 pakai baju lain.. (aku mane? dah.. diam.. jgn tny.. aku tido) (-.-")

selepas bincang2 itu, pihak pengurusan nak p spotcheck barang dia.. ini lah masa yang aku nanti2kan.. selame nih aku je termalu dek tempat dia yang cam kandang.. selama ni aku mampu cerita je dan mungkin ade yang tak percaya dengan keDISASTERan tempat dia.. tapi semalam 14 orang luar jadik saksi yang tempat dia memang cam kandang.. semua bende ade.. u name it.. pastu dorang pun pegi tengok baju bajan dia yang dah ade maggot kat tempat basuh baju tuh.. hah! hambek ko.. aku bukan cakap kosong2an okeyyyy

mengikut teori aku, aku rase SI MALING ini jenis SPEDO BOIPREN..kenape?

1. mengikut cerita2 pinjaman2 wang yang dia buat, beribu2 riban tau.. kalau dia gune untuk tujuan berjoli sakan kegunaan dia, aku rase wordrobe dia penuh rekaan kelvin thoo, rizalman, bernard chandran , kasut pulak rekaan jimmy choo siap kristal swarovski dan mutiara hitam dari tanzania.. tetapi yang berlaku sangat la sebaliknyaaaaa.... (sila ambik perhatian tang aaaa yang byak2 tu ye... itu nak menggambarkan kejoyahan penulis)

2. KAD ATM di tangan BOIPREN.. ko nak mampos? cinta memang bangang.. itu je yang aku leh konklusikan.. (sori.. kejap eh.. nak mencaci jap).. ko memang pencinta yang vodoh nak mati bila selamber kodok ko je bagi boipren ko "pegang" KAD ATM ko.. kalau dia pegang je xpe la vodoh.. ini dia perabihkan rete ko tau x vodoh.. weyh2, orang lain dapat KPM boleh kuar kete VIVA sebijik dooo.. engkau ape ade? siap meMALINGkan diri lagik tuh.. ko sungguh looserrr tau tak.. dah pegi ikat leher gantung diri kat pokok besar tepi pakgad pintu timur nun..

pesanan aku kepada SEMUA yang BACA

1. TOLONG jangan terlalu meletakkan kepercayaan kepada orang lain.. macam aku..aku caya dia, last dia copet duit aku.. rase nak humban dalam parit kan?

2. TOLONG jangan jadik bangang.. cinta dah kalau boleh di beli dengan duit itu bukan cinta namenye.. itu bangang kuasa 800 (hah! kan dah mencaci lagi)

3. TOLONG jangan jadik vodoh, terlalu nakkan pasangan yang HENSEM dan CANTIK.. it will cost u bebeh.. ade je orang yang hemsem2 dan cantik2 dilengkapi dengan sifat yang baik2.. TETAPI, sila aware dengan SI HENSEM dan SI CANTIK yang tak lain tak bukan hanya nakkan harta kau SAHAJAAAAAAA...

bagi perempuan, SILA sematkan prasa ini dalam hidup anda:

LELAKI HENSEM ADALAH IBARAT HONDA ACCORD.. MONTHLY INSTALLMENT TINGGI.. ROAD TAX TINGGI.. MAINTAINANCE TINGGI.. SENANG CAKAP, LELAKI HENSEM MERUPAKAN SATU LIABILITI

p/s: aku menulis bukan untuk memalukan sesiapa.. cuma sekadar menjadi iktibar..

sekian,

yang teramat sangat bersedia untuk tidak menjadi bodoh kerana cinta yang bangang.

Photobucket

ENTRY LEPAS

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:33 4 NASIHAT
entry lepas aku dah tarik..
yang dah bace tuh bace lah..
yang lom bace...sorry..
:P



p/s: saje buat ia eksklusif



Photobucket

Saturday 27 November 2010

KERJA RUMAH

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 03:06 3 NASIHAT

Ok lah..disebabkan sudah berjanji dengan beliau untuk menyiapkan tag ini sebagai keja rumah di hujung minggu, makanya.. nah kau.. sila baca..

Macam orang lain, bile nak berbuih molot dengan kebanjiran kerja2 seperti assignment dan sebagainya, memang lah sangat heaven seperti rasa nak berguling2 di foyer bila cuti bermula.. tapi itulah.. manusia ni (ye..aku lah manusia itu..dah diam) memang la selalu tak bersyukur..bile dah cuti, rase bohsan pulak dirumah kan.. spesis ni memang layak di lenyek menggunakan jentera membajak..

Ekceli, disebabkan aku bukan artis makanya 10 aktiviti yang aku buat sewaktu cuti adalah:-

1. Lepas subuh selalunya aku akan tido balik.. kadaran untuk aku terus berjaga selepas subuh memang lah rendah.. kelopak mata rasa di gam2 oleh syaiton.. itu belum kire tarik selimut mase dengar azan lagi sebelum emak mengeluarkan siren emas beliau mengejutkan aku bangun semayang subuh.. wohh.. pagi2 dah berselimutkan kulit khinzir. Dem!

2. Bangun semula selalunya dalam pukul …….. (jam terpaksa dirahsiakan bagi menjaga tatasusila gadis malayu :p) ..dalam perjalanan pegi sink, pegi tinjau dulu dalam sekarah (almari lauk..sila jangan tanya kenapa nama dia sekarah) ada apa.. kalau ade kuih2 ekspressi dia “oh..kuih je?”.. kalau dalam tuh ade nasik goreng, meehoon mee goreng reaksi dia berbeza sikit.. ia akan jadik “wowowowo..tunggu kau. kejap lagi bersedialah kau kene makan”.. tapi.. kalau dalam tuh xde ape2..makanya pagi itu mood tak ceria lah.. makan jo lah roti sapu kaya yang ado atas mejo nun..

3. Selalunya bila aku cuti sem, yang kat rumah hanyalah ade si fitri selain emak dan ayah.. tapi fitri hari biase pegi sekolah.. jadi tinggallah aku jadik anak bongsu mengekor emak dan ayah keluar ke pekan.. 2 hari sekali mesti keluar ke bahau.. aku pun xtau lah mak ayah aku carik ape kat situ.. kadang2 aku sendiri tak paham, kenapa tak kumpulkan je task2 itu dan lakukan semua pada satu hari seminggu.. pilih lah satu hari..tapi aku ikut jo.. bukannya apa, bila aku ikut buleh la aku mengade2 cakap nak sarap kat kedai.. wooo… best wooo melepak kedai kopi makan roti canai garing banjir dengan milo ais..

4. Kadang-kadang kalau aku tetibe datang mood makcik2, aku akan mengikut emak aku pegi pasar.. tapi kadang2 perbuatan ini menjerat diriku jua.. ialah, kadang2 ade ikan or sayur2 tuh aku xtau nama dia.. jadik aku bisik2 la kat emak aku..
“mak..tuh sayur daun2 tuh sayur ape..nak kate kangkung pun bukan..” aku bisik abeh perlahan dah nih.. malu woo kalo orang tau..

Mak aku slamber reply dengan nada yang agak2 nak bagi satu pasar dengar

“ini bayammm.. ko tak tau ke? Lain keluar rumah campur ngan orang.. bayam pun xkenal”
Aku terus sodok kepale aku masuk dalam tong ikan (T T)

5. waktu terluang sebelum operasi masak memasak di dapur aku manfaatkan dengan menonton rancangan2 yang aku kire memang sesuai lah untuk golongan makcik2.. bukan nak cakap ape la, aku xkan penah miss tengok Wanita Hari Ini.. nak kata aku minat pun tak..tapi entah lah.. memang xkan miss.. yang aku ingat, isnin topiknya berkaitan fesyen, selasa aku tak ingat, rabu berkaitan kewangan, khamis topik tilam dan bantal (untuk somi isteri sahaja..wahahaha) dan jumaat topik berkaitan keluarga.. see.. memang gile lekat kat tv sampai hapal kan.
(aku masih tak puas hati sebab tak dapat recall ari selasa punya topic)

6. bila aku bosan di rumah, selalu yang jadik mangsa keadaan ialah fitri.. adik bongsu aku nih memang dah banyak bersabar dengan perangai aku.. aku suka buat dia annoying..

“Fitri.. halau ayam kat kereta ayah tuh” (padahal aku lagi dekat..aku suruh dia jugak..)
“Fitri.. ko jangan nak merayap, keje sekolah tuh buat” (padahal elok je dia duk umah diam2, main game)

Dan yang paling dia hangin ialah
“fitri, ajarlah aku main game ni..”

“ah.. ko nih ajar 8ribu kali pun xpaham.. weyh, tekan la “X” mati la kau nanti orang jahat tuh pukul..pukul la balik..tekan “X”.. bukan PETAK.”

Kedekut fitri, sampai hati ko xnak ajar aku men PS2..xpe2..aku rosakkan laptop kau.

7. bila cuti, time itu je la pun masa yang aku ada untuk leisure2 time.. tengok muvi..tengok cerita..video2 yang aku ade donlod semua lah..baca novel harry potter 1-7 yang dah beberapa kali khatam ..fun fact about novel harry potter nih.. ko xkan penah bosan membacanya.. serius.. lagi2 yang novel no 7..deadly hollows.. walaupun dah baca 2,3kali, tapi thrillnya masih ada.. sebab banyak sangat plot yang mengembang.. wahaha.. pilemnye aku tak tengok lagi.. jadi xdapat bandingkan standard novel dengan pilem.. tapi mengikut track record sebelum nih, sorcerer’s stone kire ok la.. chamber of secret, ok.. prisoner of Azkaban aku rase paling hampeh in a sense of novel cakap lain, dia interpretasikan macam lain.. xkena.. goblet of fire, order of phoenix ngan half blood prince patutnye spiltkan macam yg dorg buat untuk deadly hollows.. sebab bile compress in one pilem.. ia jadik seperti sandwich yang penyek dan lembik..tidak rangup lagi.. paham?

8. selain itu, time cuti nih lah aku nak loadedkan kepala otak aku dengan gosip2 serantau berkaitan keluarga, sedara mara, jiran tetangga, dan juga orang sekampung.. bile berada di tg malim, mahu tidak mahu aku akan bertukar menjadi kura2 di dalam cengkerangnya bila banyak sangat info yang tidak sampai pada aku.. contohnya, bila cuti, baru lah aku dapat tahu bahawa:-
A- budak depan umah tuh dah kawen secara senyap2 sebab dia udah preggy..wooooo…
B- acik belakang umah dah meninggal..innnalillah..
C- ade perang dingin antara makcik di serting dan makcik di bukit botak disebabkan makcik di serting tak terima pinangan dari pihak makcik di bukit botak.. (persoalan aku: sepupu buleh kawen ke?)

Dan sebagainya lah..sumber berita tidak lain tidak bukan dari emak.. wahaha..

9. jadik assistant emak aku.. emak aku nih ade main kutu ngan makcik2 sekitar rumah.. main kutu nih bukanlah yang laga2kan kutu pastu picit tuh.. bukan2.. jangan merepek.. alah..dia main kutu la..xgheti la aku nak cerita macam mane.. main kutu nih boleh di cerna dari pelbagai aspek.. ade orang main kutu duit..kutu besen..kutu dapur..kutu Tupperware dan pelbagai kutu2 yang lain lah.. mak aku jadik tekong (ketua) eh..kalau kutu duit nih memang besar amaun eh.. main 30 orang.. setiap bulan bayar RM100 satu kepala.. jadik total sekali dapat ialah rm3000.. pembayaran eh sebulan skali time kuar duit.. kalo time nih, memang seriau lah duduk rumah.. takut orang rompak gune parang..penah terjadik kat orang lain tau..mintak sempang.

10. time2 cuti jugaklah aku ade sedikit mase untuk duduk melepak umah mak ngah aku.. mak ngah aku nih seperti yg aku penah cerita pada entry lepas2, duk dekat2 je ngan umah aku.. mak aku nih best.. aku suke betul la dengar dia cerita.. punyalah bersungguh.. kadang2 cerita dia simple2 je.. tapi disebabkan kesungguhan dia bercerita, maka meloponglah aku mendengar.. aku rasa bile aku tua nanti, mungkin aku xleh celen dia nya reputasi.. ahaha.. kire family mak ngah aku ialah sedara aku yang paling rapat.. yang lain2 tuh biase2 je.. pastu kopi mak ngah aku memang best.. aku pun xpaham, kenapa aku minum kopi kat umah tak sesedap minum kopi kat umah dia, adekah kerena minum free itu yg jadik sedap? Wahahaha…

10 aktiviti yang aku tak buat sewaktu cuti:-
(disebabkan aku tak buat, jadik deskripsi yang memang secoet tu je la :P)

1. lempang anak orang
2. terajang sliding door
3. merempit carik jantan
4. pegi salun set rambut
5. rindu kepada roomate
6. pegi kedai motor carik belacan
7. tebas lalang dekat tanah wakaf
8. beratur kat kedai pajak gadai
9. menyertai sprint test kat litar batu 3, shah alam
10. bertunang, bernikah, bersanding, berkahwin dan terbang ke Austria untuk berbulan madu


SEKIAN..

p/s: amacam, pengsan tak bace?




Photobucket

Wednesday 24 November 2010

........................................

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 22:04 2 NASIHAT
i always ended up with something that i don't really want
rather than something that i really want..


Photobucket

Tuesday 23 November 2010

WHY ME?

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 13:12 6 NASIHAT
surat layang untuk roomate aku yang tersayang..

macam ini..
pintu bilik kita nih memang antu betul..
iyelah..suka buat pe'el.. tersekat lah ape lah..
walaupun aku bukan jenis yang suka tinggal kunci macam kau, aku terpaksa juga menghadapai situasi tersekat dan tak dapat masuk bilik.. tapi setiap kali pintu tersekat, aku tak de pun tepon ko kan? lain lah macam ko.. selalu nyusahkan aku, tak bawak kunci pastu kol2 aku..

pastu pintu bilik kita nih memang hantu betul.. xpenah pulak dia buat pe'el time ko ada..
time ko tak da, rajin pulak dia buat pe'el.. dah tinggallah aku sorang terkedek2 pegi opis jumpe orang opis cakap pintu kite tersekat.. tapi xpelah..takat pegi opis tuh aku xdek hal..

yang jadik halnye sekarang ialah ko xpenah nak ade kat rumah time kejadian ini berlaku?
kenapa ko xpenah ada time abang maintanance datang?
kenapa aku je yang kene hadap abang2 maintanance itu?
tapi itu tak mengapa...


YANG JADIK MASALAH SEKARANG,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


kenapa kau takde bile abang maintanance tuh bukak pintu bilik kita dan tgok ruangan ko yang macam kucing beranak itu???????????why...why...why...

aku serius tanpa ragu2 mengatakan yang aku rase nak terjun dari balkoni melihatkan ekspressi abang maintance itu melihatkan gumpalan tuala yang sudah bertukar kelabu, comforter yang bergumpal, baju2 kat lantai, pelbagai botol kosong kat atas meja, cotton bud yang TELAH digunakan di atas lantai, bungkusan sampah yang tergantung kat krosi, kotak2 ape tah bergelimpangan bawah meja, dan beberapa keadaan yang aku tak boleh nak describe di sini...

pada kejadian pertama, aku rasa aku boleh maafkan lagi.. tapi kali ini aku seperti rase nak menanges dan teros pegi melempang sliding door kau tau tak..




KENAPA WAHAI ROOMATE? KENAPA?
WHY? WHY? WHY?


WHY ME?



P/S: aku serius sangat malu seperti rase nak masukkan muke dalam baldi pastu curah air..

Photobucket

Monday 22 November 2010

SEGMEN MARI BERPANTUN

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 20:39 14 NASIHAT

ULANG TAYANG..

(mendulikkan si jimah itu... gue tulis, gue punye suke la nak publish waima 800 kali pon..)


Emak budak menengok TV,

Budak-budak main bola sepak,

Orang study aku tengok movie,

Bila fail aku pulak kene sepak.


Lipan gaung berlari-lari anak,

Kerana perut dia memulas-mulas,

Orang dapat A aku pun nak,

Tapi belajar, aku sangat la malas.


Pegi pasar malam pakai lip lap lip lap,

Lalu tepi landasan, terus kene gilis,

Baru buka buku dah terlelap,

Jangan harap la nak dapat dean list.


Tenggiling berjalan di atas titi,

Tetibe ponggong dia kene sepak,

Aku ingat nak je behenti,

Tapi mak aku dah siap2 dengan kapak.


Kambing gurun minum air kelape,

Turut ditemani kawannya si kude,

Kalo behenti aku nak buat ape,

Nak kawen calonnya xde.



............yang last xbleh blah..dush2..




SEMOGA SELAMAT SEMUA NYE...
dah2... pegi blaja... babab kang..





Friday 19 November 2010

MAK AIHH.. INI HUTAN KO GHUMAH NIH?

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 20:19 2 NASIHAT
halamak ai.. lamo lak tak membebel sini ha.. den bajet laman sesawang den nih dah serupo hutan kek bukit putuih nun.. somak segalo ghimau, kambing, khinzir (sopan sikit) sumo ado duk berdendang nih ha..
eh..la hai.. lupo lak nak bagi salam..

assalamualaikum semuo orang kampung den.. sehat ko.. daging korban tuh toksah la mentedarah banyak bona.. bagi la sikit kat jiran2 tu ha.. itu pun kalau jiran ekau perangai baik dan berbudi bahaso lah.. kalo tak, simpan jo la daging tuh.. makan sendiri..xpon, goreng kicap dahtu p bagi kat kucing2 tuh.. dapek gak pahalo..

camnilah, cakap banyak pun tak guno.. den ni ha baru jo sampai kek istana hinggap den kek tg malim ni ha.. peh.. perjalanan den tadi memang advanture lah bak kata orang putih.. iyolah, pagi2 dah den dah menyusur jalan p bahau nun.. nasib baik la abah den seorang abah yang den kiro multi tasker.. pagi ni anta den p bahau (stesen bas).. kang lopeh jumaat, nak p menyusur poie amik si oit pulak.. itu lah orang kampung den sumo koba, "merato anak ekau nih jamal..perak ado, KL ado, tangkak ado.."..abah den rilek jo reply "anak ramai, nak buek camnoo.."

okeh.. ni ha den nak crito sikit hal dalam bas tadi..dopan den ado la sepasang laki bini ngan duo orang anak.. sorang baby kocik sorang lagi dah bosar sikit dalam 4 tahun.. den bajet, mesti la baby kocik nih bakalan menangeh2 dalam bas jap lagi.. uponyo tekaan den meleset samo sekali.. budak umor 4 tahun tu pulak dok meragam cam abah dio punyo bas lak.. den dah berkiro2 nak lompat keluar dari bas, punyolah sakit kepalo dengan karenah budak tuh.. bulih lak dio bantai menangeh2.. xtau la nak apo.. nak polompang kot.. den pikir den akan sawan jap lagi nih sobab tokanan dongar budak nih menangeh2..jauh lagi lak tuh nak sampai kolumpo..dah la den tak tahan dengan bau minyak atar ariel peterpan sebolah den nih..

ok.. ini yang satu den malas nak naik pengangkutan awam.. bukan apo, den ghaso2 den dok mesia..tapi apo namo eh yang ghamai bona suku sakat ariel peterpan.. itulah, remajo sekarang ni lah punco kebanjiran dorang tu.. yo lah.. remajo mesia, yang maleh blaja tuh, orang soh kait sawit, motong gotah xmau deh.. merempit handa.. e i.. memang raso nak luku yo kpalo masing2.. bukan apo, bilo dorang maleh buat sumo kojo tuh, kono la diimport sumo buruh asing tuh.. cubo kalau yang merempit sumo tuh disuruh ngait sawit motong getah sumo, den ghaso, xdo lah banyak bonar buruh asing masuk dalam mesia ni.. yo tak? tapi itulah nak buat camno, remajo mesia sekarang ni banyak eh tak bulleh harap.. bercinto pandai..

ha.. kan den dah membebel..

sesampai jo den di kotaraya mesia nih, den dongan 3 kotul beg, den susun langkah sopan2 ko bas stand klang.. banyak lak ai keto.. kayo2 orang kolumpo ni ha.. boghat boto beg den ni ha.. macam pikul beras seguni lak ha den raso.. itu la deh.. den nih ade satu kelemahan yang dari sejak dulu den xdapek nak kikih.. camni, den ado prangai yang memanglah menjadik punco bebelan omak den.. den kalau balik kampung den bawak beg ringan jo.. bilo nak balik semulo ke tg malim, hah! tu dio.. memang xmuat2 beg den.. macam2 yang den angkut dari umah.. segalo malo lah den bawak.. itu pon kalau omak den xbuat spot check, sah2 la tibi dengan mesin basuh pun den seludup masuk beg.. habitat den yang nih memang xboleh nak kikih.. xbuleh nak buek apo dah..
nak putiuh tangan den tadi.. den raso tangan den dah memanjang.. lopeh ni den duk sebolah orang utan pun orang ingat den ngan orang utan adik beradik.. xpo.. den xkesah.. den redho.. :(

ok lah.. ponat lak tangan den ni ha..
ok bye..jangan rindu den..
nanti den bebel lagi ok..
den sekarang nak p menebas lak kek umah den ni ha..
doakan den selamat.. mano la tau.. tongah dok nyapu2 nanti jumpo singo lak dalam umah nih..
den tadi masuk umah pun den kono beronang.. den xdapek bezo dah mano tong sampah, mano mejo makan.. macam samo yo den tengok.. xpo lah.. mungkin kek umah dio kek kampung, dio makan topi tong sampah kot.. itu yang xdapek bezo mejo makan ngan tong sampah tuh..

itu bolum lagi dalam bilik den ni ha.. kono nyolam guno snorkel ngan gogel den.. sumo ado, sampah, bau.. ahaha.. xpo lah.. rumate den, den maafkan jo la kau.. tapi ekau jago2 lah.. kok kang ekau tengoh tido den tobas leher kau ngan sabit kait sawit ..ok..




assalamualaikum semuooo..
i lep u all

Photobucket

Thursday 28 October 2010

HA.HA.HA.HA.HA.

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 01:35 8 NASIHAT
ini status redho.. dah malas nak layan gaknye.. saya bagi dia 4 bintang




ini status cute2.. nak kate marah pun tak, geram pun tak.. sebab dia xmarah, saya bagi dia 5 bintang




ini status redho dalam tangis.. vavik nye mysis.. saya bagi dia 1 bintang.. sebab actually dia kurang penyabar..




ini status panik..ahaha.. semua orang panik kott.. ini pun 4 bintang




ini status marah.. mungkin boleh membawa ke arah aduan kepada biro pengaduan awam kalau kejadian yang same berulang lagi sem depan.. sabar yeee.. ini saya bagi 5 bintang.. tiada keraguan..ahaha




ini lagi lah.. langsung tak panik.. rilek je dia kemas beg nak balik pahang.. saya bagi dia 4 bintang.. (ini pun care cam xcukup 4 bintang yg diberikan.. jadi aku tarik 1 bintang.. tggal 3 bintang.. ahahah)




ini status "ko-nak-makan-penyepak aku ke mysis?".. tentu 5 bintang..





ini memang paling rare.. 500kali kali 500 kali gelak.. hamjadah betul.. ahaha.. 6 bintang..




alololo...ini status orang yang sentiase positip.. jadi bagi dia 5 bintang.. ahaha




ini status merajuk.. xbaik merajuk2 tau.. ahaha.. 4 bintang jugeee



ini pun status memujuk diri sendiri.. ahaha.. 4 bintang..



aku suke..... ahahaha... 6 bintang



ini marah juge ye... sabaq naaa.. nak bintang tak?? ahaha (owner tanya nape xdek bintang.. ahaha... nah2.. aku bagi 15 bintang.. buleh?)



ini aku xmoh bg bintang sebab aku jeles.. (T.T)

***UPDATED


merajuk...ayok... ade lg yang merajuk... ayok mysis.. xtauuuu



ahahah.. ini positif+pujuk diri sendiri+malas dah nak layan..ahaha.. nak bintang tak? aku kire ko letak la bintang berape2 pun yg ko nak.. ahahah



Photobucket

Tuesday 26 October 2010

EH HELLO. IT IS NOT THE END OF THE WORLD OK.. JADI JANGAN GELABAH SANGAT BOLEH TAK? (PART 2)

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:13 3 NASIHAT
assalamualaikum..


kadang2, perkataan yang kita guna/lontarkan/suarakan lebih menikam kalbu dengan action/ gesture yang kite buat..

sebab itu lah aku memang suspek betol dengan mereka yang petah berkata2 nih..

xkesahlah fakta yang diberikan itu betul ataupun auta semata2..

itu aku tak ambil peduli..

yang penting, mereka punya kemahiran untuk membuatkan orang lekat/attach kepada mereka..

tengok pakar2 motivasi semua itu..

aku yakin dan percaya, tidak semua yang mereka cakap itu kite boleh ambil pusing, taruk dalam kocek..

tapi kite boleh ambil cakap2 dia sebagai satu guideline SAHAJA.

ok.. macam ini.. hidup manusia ini selalu sangat la berguling2an dengan problem yang aku kire sebagai entah ape2..

macam tak penting pun..

tapi still ade manusia suke serabutkan kepale hotak dia dengan masalah yang entah ape2 itu..

di sini aku punya satu advice yang aku kire boleh dijadikan sebagai QUOTE OF THE YEAR 2010,


"I don't get jealous when my ex bf seeing another girl because since I was a kid, my mom always tell me to give my old toys to the less fortunate."

ini memang sesuai untuk kamoooo "those who less fortunate"


credit kepada my anis..





p/s: gue memang xbleh blah la ngan quote nih.. rase nak pengsan gelak..




Photobucket

Monday 25 October 2010

EH HELLO. IT IS NOT THE END OF THE WORLD OK.. JADI JANGAN GELABAH SANGAT BOLEH TAK?

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 14:57 5 NASIHAT
orang sekarang suke sangat gelabah dengan perkara remeh temeh..
ntah ape2..

UPDATE:
*update ini xde kene mengene ngan entry asal.. cume malas nak bukak entry baru.. :)

sebab ape aku malas bace blog pasal politik?
sebab ape? sebab ni la..


semua bende nak dipolitikkan..

lagi satu, aku pun xsuke blog yang ala2 kepochi.. tulis sal artis.. sal gosip..
ettention seeker betol..



Photobucket

Saturday 23 October 2010

MERAJUK

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:56 2 NASIHAT
merajuk..
merajuk itu ape ye?
bila saya (rase macam sopan) google2 sikit, kamus pelajar edisi kedua kata, menunjukkan rasa tidak suka seperti tidak mahu bercakap, tak mahu berkawan dan lain2..
pastu menurut kamus dewan edisi keempat merajuk hati pula bermakna merasa tersinggung.

camni lah.. senang cakap kamus saya kate, merajuk nih boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan mengada2, xmahu cakap, bersikap dingin dan selalu makan dalam.. lebih mudah di fahami.. pastu ramai orang buat generalisation mengatakan bahawa si gadis2 ja yang suka merajuk, ingat si abang2 tuh xmerajuk lah kirenye? cett.. xde2.. semua sama ja.. xpayah nak buat tuduhan palsu yang melulu.. hempok ngan guni beras tau la.

lately, ramai orang bilang, kabar, cakap, utarakan bahawa sekarang ini saya dalam mode merajuk.. ahaha.. geli lah ketiak uncle maniam kalau tau dorang kate saya gitu.. ye la.. ingat senang2 ka saya yang hero macam fiona bini shrek nih nak merajuk2? omaigod.. ia sungguh disgusting tauhu.. nak kabo kat orang cakap "i merajuk" pun dah rase mual2.. inikan pula mahu merajuk sebenar2nya..

pastu tak cukup dengan itu, kate mereka lagi, saya sekarang berada dalam lingkungan konflik dalaman yang meruncing.. adoila heh.. dorang ini memang suka buat statement kerepek2 ubi tau.. camnilah senang cakap, kalau saya pada ketika ini berada dalam konflik dalaman yang meruncing, saya rasa saya xdelah happy begini.. mestilah saya diam ja.. buat muka toya, buat moncong 8 depa, hentak2 pintu, buat perangai2 pelik seperti kiwi sneakers saya yang kaler putih itu, bakar rumah, lempar kosi dan sebagainya lah.. tapi la ni (sekarang ni), saya happy2 saja.. makan kopok sambil main fesbuk, sambil lipat baju, dan sebagainya lah.. tang mana yang nunjukkan saya berada dalam konflik dalaman nih? bagitahu sekarang..

ekceli, saya bukanlah jenis yang tak merajuk langsung.. kalau gitu tentulah saya ini pinokio versi kayu balak..
1. kalau bapak saya xjadi amek saya balik cuti sem ini, then baru saya boleh merajuk..
2. emak tak bagi kawen, then baru saya boleh merajuk..
3. tepon umah, henpon bapak, henpon emak tapi xde sape jawab, then baru saya merajuk..
4. bile balik umah, mak sebuk pegi kenduri sampai xsempat nak masak ayam goreng, then baru saya merajuk..
5. fitri taknak tolong ajar main PS2, then baru saya merajuk..
6. oit taknak gosokkan tudung bile nak kuar pegi bahau, then baru saya merajuk..




see.. saya bukan jenis merajuk tak tentu hala dan meroyan tak tentu pasal.. ok?




p/s: aku tak merajuk.sekian.





Photobucket

Friday 22 October 2010

2 MAJOR CHARACTERS OF WOMAN/GIRL/LADY

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:17 0 NASIHAT
SOKO-TAKE MY HEART



You can take my heart
For a walk on the beach,
You can take my heart
For a little trip,
You can take my heart
Very close to your heart,
You can take my heart
Forever if you like.

But not every heart
Belongs to any other
you and I
you and I are meant to be.

I'm the one for you
you're the one for me
you love me as much as I do
when you look at me and we're skin to skin
I want you, so please come in
and you love me more and more
and my love grows up with you
and you kiss me more and more
and I kiss you too
and I kiss you too

If I take your heart
I will cherish it every day
If I take your heart
I will heal these old wounds
If I take your heart
it's to make it happy
If I take your heart
it's forever close to mine

But not every heart
belongs to any other
You and I

You and I
are meant to be
I'm the one for you
you're the one for me
you love me as much as I do
when you look at me and we're skin to skin
I want you, so please come in
and you love me more and more
and my love grows up with you
and you kiss me more and more
and I kiss you too
and I kiss you too

I don't care
I don't care
if I'm again carried away
if you swear
if you swear
to give me your heart in return
I don't care, I don't care!
if I’m again carried away
if you swear
if you swear
to give me your heart in return
to give me your heart in return


SOKO-I'LL KILL HER


so, of course, you were supposed to call me tonight
you were supposed to call me tonight
we would have gone to the cinema
and, after, to the restaurant, the one you like in your street

we would have slept together, have a nice breakfast together
and then a walk in a park together, how beautiful idea!
you would have said "i love you" in the cutest place on earth
where some little boys are dancing with the fairies

i would have waited like a week or two
but you never tried to reach me
no, you never called me back
you were dating that bleach-blonde girl
if i find her, i swear, i swear...

i'll kill her, i'll kill her
she stole my future, she broke my dream
i'll kill her, i'll kill her
she stole my future when she took you away

i would have met your friends, we would have had a drink or two
they would have liked me, 'cause sometimes i'm funny
i would have met your dad, i would have met your mum
she would have said "please, can you make some beautiful babies?"

so we would have had a boy called tom and a girl called susan, born in japan

i thought it was a love story, but you don't want to get involved
i thought it was a love story, but you're not ready for that ...

me neither. i'll kill her
she stole my future, she broke my dream
i'll kill her, i'll kill her
she stole my future when she took you away

she's a bitch you know, all she's got is blondeness
not even tenderness, yeah, she's clever-less
she'll dump your arse for a model called brendan
he will pay for beautiful surgery 'cause he's full of money

i would have waited like a week or two
but you never tried to reach me
no, you never called me back
you were dating that bleach-blonde girl
if i find her, i swear, you know, i swear, i swear ...

i'll kill her, i'll kill her
she stole my future, she broke my dream
i'll kill her, i'll kill her
she stole my future when she took you away
i'll kill her, i'll kill her
she stole my future, she broke my dream
i'll kill her, i'll kill her
she stole my future when she took you away

man, i told you, you know, if i find her,
i really, i, i mean, i'll kill her, for real!
it's like for sure, you have to know, uh,
i mean, you know, i can do it, man,
i'll kill her.




p/s: amacam? cute2 buley.. cold blooded murderer pun boleh.. ahahah.. lagu2 ini mmg cam siot..
Photobucket

Monday 18 October 2010

BARU AKU TAU, SELAME NIH AKU ADELAH MANUSIA YANG TIDAK BERSYUKUR

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 09:58 6 NASIHAT
selame ini aku pikir masalah aku dah abes berat dah..
dah cukup mengganggu jiwa dah..
but then,
pagi nih baru aku sedar..
yang ia hanyalah picisan.. ada lagi orang yang lebih serabut..
it may be too typical tapi aku masih nak cakap..

"semoga kalian tabah ya.."
yang memandangnya pun dah rase sakit..
inikan pula yang memikul..
pasti terasa lebih..

Photobucket

Saturday 16 October 2010

PERASAN ARTIS

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:17 0 NASIHAT
assalamualaikum..
perhatian kepada semua pembaca.. jika anda dapati blog ini seperti rumah tinggal di hujung blok perumahan kos rendah, sila abaikan..

ini adalah kerana si penulis kini dalam keadaan yang kurang mengizinkan.. kurang mengizinkan bukanlah bermakna suaminya tidak mengizinkan beliau berblog lagi.. bukan..bukan.. ini adalah kerana penulis blog tiada suami.. yang ada hanyalah bakal suami.. (aminnnn..) yang entahkan bila mahu ketemu..

kurang mengizinkan di sini adalah, pada ketika dan saat tampalan ini di tulis, penulis adalah dalam berada dalam keadaan kesihatan yang sedikit terganggu dek batuk2kan dan panas2an dan pening2an yang sememangnya mengganggu konsentrasi untuk mengarang.. setakat dua tiga ketul ayat itu boleh lah beliau karang.. kalau nak tampalan2 yang panjang2 18 meter itu semua memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan secara langsung akibat kesihatan yang terganggu, rasa nak menulis dan mengarang itu tiada.. yang ada hanya lah rasa untuk tidor sahaja.. lagipun penulis juga seorang yang degil. sudahlah batuk2 macam nak pengsan, pegi bantainya minum ais.. itu semua cari pasal lah tuh.. pastu lepas minum dan batuk2 tak hengat, penulis akan berasa sedih dan rasa nak balik rumah jumpa emak.. mengada betul..

sehubungan dengan itu, di minta agar semua pembaca tidak meluat dan rasa nak sepak penulis kerana beliau suka perasan artis dengan membuat tampalan seperti ini..



yang benar,
-ADMIN-




p/s: penulis berasa yang beliau mahukan seorang yang RAJIN untuk menjadi penulis bersama secara sukarela di blog ini.. sapa yang berminat, boleh bagitahu managing department blog ini ok..


p/s: amacam, meluat tak?

Photobucket

Saturday 9 October 2010

AKU TAU AKU HITAM DAN BURUK, JADI JANGAN TEGUR..

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 21:34 0 NASIHAT

Hari pertama aku kira berlalu dengan pantas dan tuntas laksana kamus besta dr fazley.. sampaikan xsedar minit2 berlalu meninggalkan kehidupan yang serba fana ini.. terasa diri ini belum cukup untuk digelar insan yang cermerlang dan gemilang..

Ahh.. sudahlah kau, membebel entah apa2.. ko ingat ini novel remaja? Meh aku sekeh sekali..

Actually hari ini hari yang sangat sebuk bagi aku sampaikan nak updates status di FB yang berbunyi,

“HARI YANG SANGATTTTTTTT BUSYYYYYYY”

pun xsempat2.. punye la hardcore.. dizaman kegemilangan FB sekarang, aku rase, bila aku gagal mengapdate status seperti di atas sekali sehari dan status2 yang lain 24 kali sehari (sejam 1 status), aku di kire manusia yang gagal.. aku di kire bukan lagi lagi rakyat Malaysia yang mendukung cita2 wawasan 2020… oleh sebab itu, aku sangat hiba.. tapi tidak mengapa, aku rela dituduh sedemikian kerana kealpaan aku sendiri untuk mengapdate status waima ketika itu aku berada di pejabat HEPA. Orang lain, dalam toilet pun jadi update status.. aku? sesungguhnye..aku manusia yang gagal..

ok untuk edisi kali ini aku ingin melontarkan hujah2 bela diri tentang, kealpaan aku untuk mengapdate status “HARI YANG SANGATTTTTTTT BUSYYYYYYY” di dinding FB aku..

HUJAH 1

pada pagi tadi, seawal jam 7.07 minit pagi, aku sudah terpacak di stesen bas KUO untuk menunggu bas ke kampus waima aku sememangnye tiada schedule pada hari ini.. walaupun acik bas suka mempermain2kan niat suci aku untuk sampai ke kampus awal, tapi aku tetap steady menunggu bas bersama rakan2 seperBASan..rasional aku menunggu bas awal2 pagi tanpa sedikit pun mengasihani dinding FB aku? tunggu sebentar.. hujah seterusnye akan menyusul.

HUJAH 2

Sesampai sahaja di kampusku nan indah permai walaupun ade bau sampah yang aku kire boleh membantutkan Fengshui di situ, aku menujulah ke lokasi yang terbabit.. langkah kaki ku atur penuh kemas agar tiada sapa mengetahui kegigilan lututku akibat terlupe breakfast.. ah.. aku tidak pandai berbohong.. bukan aku terlupe, Cuma aku xsempat.. dek kerana alarm hempon ku yang membuat perangai.. memang nak kene babab.. hah! Dah jumpe point hujah kedua? Dah? Dah? Kalau belum, sila pegi makan dulu.

HUJAH 3

Sampai je kat lokasi yang sudah dikenal pasti, bermulalah HARI YANG SANGATTTTTTTT BUSYYYYYYY, mula2 tolong setting gelanggang.. angkat kosi, susun meja testing itu testing ini.. pas siap setting tempat, masalah pulek timbul.. kami xcukup kaki dan tangan.. bukan lah bermakna kaki kami p ostolia, tangan pulak p Bangladesh, bukan..bukan.. kakitangan ini adalah tenaga kerja.. hah.. ni kang kalau lah bola kuar dari gelanggang pegi ke nun tengah padang tuh, sape nak kutip? Tak ke aku jugak kene? Hah? Nampak x? Nampak x? point hujah ke 3? Xnampak? P tambah power spek sane p.

HUJAH 4

Peh.. sebenarnye ini ialah tugas betul2 punya tugas untuk aku.. jaga masa.. bukan jaga tepi kain orang/seluar orang.. bukan2.. jangan nak buat tuduhan melulu.. aku kene jaga 2 jam.. itu belum kire jam lonceng, jam tangan, jam dinding sume lagi tuh.. masa semua nak accurate.. dalam masa yang sama, kene alert pada minit ke berapakah player itu dikenakan KAD KUNING..pastu kene setting 1 lagi jam untuk kire 2 minit bagi player yang GARANG2 DAN GANAS2 yang terpakse direhatkan oleh UNCLE REFEREE yang baik2 dan comel2 itu.. kene alert bila masanye REF buat TIME OUT supaya aku xlupe nak tekan STOPWATCH.. pastu aku juga xboleh leka, supaya aku tak terlepas pandang USTAZ2 kacak dari UIAM..sebok kan tuh? Abes, dalam kesebokkan sebegini.. ingat sempat nak update status tulis HARI YANG SANGATTTTTTTT BUSYYYYYYY? Hah?

HUJAH 5

Hah. Ni lagi satu hujah yang aku kire sangat2 kukuh nak membela diri. Ok camni.. telah digezetkan oleh jemaah kepimpinan penganjuran pada meeting itu hari, telah dipersetujui bahawa aku dan team aku hanyalah ditugaskan sebagai URUSETIA.. jaga masa, catat skor sume, rekod perlawanan, segala bagai borang, kad kuning, kad merah, kad hijau dan juga perkeranian sedikit2.. ok.. hal2 itu semua aku rase tidak la memberatkan kecuali menghitamkan.. walaupun duduk dibawah payung dari 8.00 sampai ke sudah, aku kire itu tidak langsung menyelamatkan aku dari bahana kehitam2an.. walaupun aku sedih, tapi aku yakin, dengan kehitaman aku dan liya (partner), bakal membuatkan cikgu madi memberikan aku A tanpa segan silu dan tawaduk.. bukan itu persoalannya..

ok camni, pada 1 perlawanan, ade seorang player dari PERLIS terjatuh dan luka di lutut yang telah menerbitkan darah yang meleleh.. ok.. dan masalah bermula pabila tiada seorang pon pasukan kecemasan yang dapat menolong beliau.. semuanya tidak lah aku tahu pergi ke mane.. aku pun mula cemas dan ini tidak menjadikan aku salah seorang dari pasukan kecemasan.. aku masih urusetia.. ingat tuh.. jadi , manager dia panggil aku (sebab aku duduk dekat ngan kusi reserve player team itu)..

“adik, (aku rase aku kembali muda laksana baru lepas UPSR), kecemasan ade tak? Ni player kami lutut berdarah nih.. first aid ada?”

“sekejap ye encik, saya pegi amek first aid dan cari orang”

Sampai ja kat meja urusetia, aku habaq mai perkara yang terjadik

“awak, AJK KECEMASAN ade tak, ade player berdarah lutut la.. first aid mane?”

Dia jawab dengan sama tone seperti soalan aku tadi..tone cemas

“hah luke? Alamak..dorang xde la..xtau pegi mane.. bagi je la first aid nih kat dorang..nanti pandai2 la dorang buat sendiri”

Pastu datang seorang AJK, bukan kecemasan, tapi aku rase dia lebih afdal untuk tugasan ini sebab beliau bersamaan gender dengan si player itu tetapi,

“saya xboleh la.. besar ke luke dia?”

“besar.. berdarah..”

“ambik iodine, ambik kapas, sapu kat luke, tutup ngan kain kasa, balut ngan tape putih tu”

Aku pun ambek first aid, bawak masuk ke gelanggang..menuju ke player yang berdarah ituu.. dah meleleh dahhhh darah dia..

“encik, pasukan kecemasan takde la.. saya pun xtau sebenarnye nak buat nih”

“kami lagi xtau..tenyeh ja la tang mana pun.. kang kami buat, takut terbubuh minyak panas pulak..naya”

“ok..xpe..saya cube lah”

Player itu duduk lah dikerusi.. aku dah kelam kabut.. jadah betul la..boleh pulak luka diwaktu2 yang tak betul..

Aku buka first aid, amek kapas, tuang iodine then sapu kat luka dia..

“eh..kenapa tangan menggigil ni?” tegur beliau.. hantu betul..

“oh.. yeke..xde lah.. ni first time buat nih..sebelum nih xpenah buat pun..sakit ke..sorry eh”

“pedih..” kate beliau.. aku pun boleh gigil tangan..ni kan orang yang luke..PENGSAN!

Aku cepatkan segala prosedur.. tenyeh iodine, letak kapas, balut cepat2..pastu

“dah..siap”

Pastu manager tadik cakap

“hah..boleh pun kan..kene la cube dulu..”

Aku senyum dan belah p basuh tangan penuh warne kuning.

.

.

.

.

.

.

.

OK.. dengan 5 HUJAH ini, cukup tak nak membela diri? Hahahah..



p/s: URUSETIA untuk HANDBALL UPSI OPEN 2010.. 2 hari.. sabtu dan ahad.. dia punye penat xboleh nak describe.. lenguh2..

Photobucket

Friday 8 October 2010

BUTA SENI XBERMAKNA BUTA HATI... cewahhh

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 19:25 2 NASIHAT
dulu mase tecik2, kite suke usik gitar abang kite..
abang kite kedekut.. alah.. setakat gitar kapok camtu pun ingat orang heran..
lain lah gitar SLASH ke, xpun JIMI HENDRIX nye gitar, heran la jugak orang..
ceh..

mase sekolah rendah dulu ade lah jugak belajar main alat muzik..
paling rare ialah main rekkoder.. itu pun bajet dah habes muzikal dah.. mase waktu muzik, pertama kali main rekoder sekolah, rase macam sangat gayat.. tapi selalu maki dalam hati sebab mulut rekoder itu bau kemeyan.. hantu betul.. balik rumah mintak ayah belikan kat rompin.. ayah ngan emak pun pegi la naik moto suzuki RC pegi beli sebab kat umah ade budak ngade2 nak rekoder.. aih.. rase nak pijak budak itu.. dulu harga 15 hengget je.. time tuh ade kaler krim, hitam ngan coklet.. disebabkan sekolah punye rekoder kaler hitam, suruh emak ngan ayah beli yang kaler krim.. baru la bergaya sikit.. waktu umur 8,9 tahun..bende2 kecik macam ini pun boleh dijadikan alasan untuk bergaya.. entah ape2.. bile dah dapat rekoder tuh, pegi main layang2 kat tepi bukit umah acik berahim pun bawak, pegi carik king kat tepi longkang umah orang pun bawak..pegi ngaji je xbawak.. takot acik jah gune rekoder tuh buat sebat ponggong sebab ngaji gagap2.. bile tido, peluk rekoder tuh.. kat bekas plastik rekoder tuh awal2 dah suruh ayah tulis name.. pastu tak puas hati sebab ayah lupe letak satu ayat ni kat bawah name tuh..

"azlina punye.. jangan curikkkk"

pastu bawak pegi sekolah tunjuk kat semua budak kelas.. woh, time tuh idung kembang abeh sebab ade rekoder sendiri.. pastu minggu depannya hampir semua budak pegi beli rekoder.. meniru je lebih.. x 1 malaysia betul dorang nih..

tapi paling hantu betul ialah kite pegi beli rekoder dengan harapan (harapan kanak2 umur 9 tahun) nak blaja lagu MY HEART WILL GO ON (1997-titanic fever), ni ade ke cikgu cume ajar kite main lagu burung kakak tua je.. aih.. hantu betull.. penat je nanges, merajuk xnak makan lari belakang umah semata2 nak rekoder, last2 dia ajar burung kakak tua je..
.
.
.
.
.
.
.
bila dah dewasa, dan tengok channel incikkazak, aku rase aku masih ade harapan untuk belajar main muzik.. aku tak kire, selain wishlist aku yang INI, sekarang aku nak tambah 1 lagi ITEM kedalam wishlist itu... ahahaha.. dan aku serius..


P/S: malaysia boleh :P
Photobucket
 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea