Thursday 28 January 2010

SAPE NAK???

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 01:27 7 NASIHAT



AKU TAK NAK..
lalala





Pemadam Baru / CC BY-NC-SA 2.5

Wednesday 20 January 2010

KENDERAAN BERAT DI SEBELAH KIRI KECUALI MEMOTONG

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:43 7 NASIHAT


Kehadapan (kebelakang..kekiri..kekanan..pusing dan 8 lagi…ewahhhh) semua pembace blog ini.. (ececeh..bajet ramai reader la nih).. semoga semua sehat2 adenye.. kalo tak sehat pegi la klinik.. nanti buleh dapat ubat yang tak menyelerakan itu..jangan pula pergi berjumpa bomoh tauhu? kang kene tutttt, timah tak dapek nak nolong.. kang masuk surat khabar muke depan nanti tauhu?

Oh alamak.. timah memang selalu begini.. selalu kona2 baring time menulis.. entah lah..sejak akhir-akhirat ini, timah rase terlalu la malas mahu mengupdate blog.. tetapi ia bukan bermakna timah mahu terus bersara dari arena blogging tanah air…no..no..no (sambil goyang jari telunjuk).. ia adalah kerana timah kini sibuk dengan urusan perbankan antarabangsa dengan hong leong bank berhad.. (oh sungguh tipu..) malas la sebenarnya..malas…malas tauhu tak?? Nak iron baju kuliah sendiri pun malas sekarang nih.. (oh ye..dulu2 pun malas) tak tauhu le kenape..

Nak crite pasal ape ye??? Housemate? Ahhh..annoying..

Rumate?? Agak ok buat mase sekarang..cume beliau mungkin terlalu cantik sampaikan sering mendapat panggilan di tengah2 malam purnama di saat timah mahu menggulungkan diri dalam slimut.. tauhu2 sahajalah orang bercinta punye cara gayutan telefon mereka.. gelak2 manja.. rengekan manja memg xpayah cakap la.. tapi asalkan dia tak bercerita tentang boipren nye kepada timah..itu lebih baik.. kang terpakse la pulak selak manual “cara-cara membunuh rumate dengan berkesan” nanti..

Haa…ni nak cerita nih..semalam timah pegi bersantap le ngan geng bas sekolah timah di ezy kafe kat depan kolej ni.. sesaje je tabor duit kat sane padahal “sugar daddy PT” lum kredit duit lagik.. pastu kan, yang menjadi kes mahkmahnye sekarang, ade la sorang worker ni..timah rase dia macam sengal2 ubi kayu rebus cicah sambal tumis la.. dia ambik order bukan nak check betul2.. bukan nak tgok balik cukup ke order dengan orang yang ade.. ni men bedal je.. bile order tak sampai timah mule la nak pegi belakang buat air sendiri..aisey.. kepantangan betul la kalo order xsampai2.. kalo order lain datang lain boleh maaf lagi kot.. ni langsung tak sampai2.. tak ke hangen seluruh anggota penghadaman.. dush2..

Pas makan..kami pun berangkat menaiki kaki sendiri ke bakery kat hujung sane..weee~~ si stef berpinar2 mate tak tahu nak beli ape.. haha..setelah memerah otak memikirkan ape yang hendak di beli lalu di baham dengan ganas, kami semua pun bergerak semula dengan posisi KENDERAAN BERAT DI SEBELAH KIRI KECUALI MEMOTONG ke stesen bas kolej.. ke stesen bas bukan untuk menunggu bas, membasuh bas dan jugak membakar bas… saje2 duk berpeleseran.. buleh gitu? Saje2 buang mase..nanti dah jadik kiyai kat pesantren, tak dapat lak pulak nak lepak2 kat stesen bas.. kang kalo lepak2 jugak kat stesen bas sambil pakai kain singkat tudung pendek kasut boot, kene kejo pulak ngan pengeTUA.. kan susah.. kan???

ok la..itu sahaja untuk surat kali ini, terima lah seketul pantun dari timah buat semua...


pecah cermin dalam kelas,

cikgu nampak teros kene belasah,

kalau rase nak balas, sila la balas,

kalau taknak "ade mak kesahh???"


sekian mekasih..







Pemadam Baru / CC BY-NC-SA 2.5

Wednesday 13 January 2010

TAK BAIK TAHU???

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:57 7 NASIHAT

kamu...tak baik tahu nyamar2..
sungguh tidak kacak seperti penyanyi rock kapak tahu kalau kamu nyamar2..
kite tak suke tahu??
(tempe kamu kene bagi lebih sikit)

kenape kamu nyamar2?
kamu frust xdapat pegi sukan sea myanmar ke?
ke kamu terlepas latihan gimrama?
itu yang kamu suke nyamar2..
tak baik tahu??
( tauhu baik untuk kesihatan.. mengandungi omega 3 dan vitamin O,P Q dan R)

kamu yang suka nyamar2 itu..
kenape kamu suke nyamar2?
sian fawez..
dia bukan fahrin ahmad..
jauh sekali nordin ahmad..
(kajang pak malau kajang berlipat..kertas kajang ku jadikan sarung lepat)
kenapa mahu nyamar2 jadik dia?
nak kene lahar dengan dia ker?
jager2.. kang kene penampar..
tak tahu...


direct quotation:-
" P/S: Aku bukan si Fahrin Ahmad.. Aku si Fawez sahaja.. (muka cam tak Rhedo)"








~~nordin ahmad aku sesaje memandai,,buleh gitu??
p/s: aku bercadang nak tempek muke fawez yang sungguh REDHO itu.. tapi tak jadik..hahaha..



Pemadam Baru / CC BY-NC-SA 2.5

Friday 8 January 2010

ADA APA DENGAN 7 JANUARI..

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 01:28 6 NASIHAT

TUA.. tua tu ape? Tua tu sejenis rim beskal pak mat tempe ke?

Ke TUA tu sejenis juadah hari raya aidilfitri masyarakat Kenya?

TUA.. ingat lagu time kecik2.. (sejak bile aku kecik? Dari dulu memg dah besor gini..lalala)

Okeh2..semula2..

TUA..ingat lagu time MUDE2 (ha…ini baru betul..dan menepati konsep morphology dan sintaksis juga semantic)

Burung kakak TUA..

Hinggap dijendela..

Nenek sudah TUA

Pakwenye orang muda (merujuk pada kes khalwat nenek itu)

Giginya tinggal dua..

Letcum.. letcumi..letcum ulala..

Letcum..letcumi..letcum ulala..

Letcum..letcumi..letcum ulalaaaaaaaa….. (tarik tinggi skit..tapi vibrator kene jage dik.. pitcing jangan ke longkang)

Burung kakak tuaaaaaaaa…..


Okeh2..aku tau sume dah pakat2 muntah secara berpasukan..


Thanks for all the warm wishes..

ececehh..skiping jawe pulak.. dush2..









Pemadam Baru / CC BY-NC-SA 2.5

Wednesday 6 January 2010

WANITA-WANITA ANNOYING YANG ANDA BULEH/AKAN/MUNGKIN/MOST PROBABLY JUMPE DALAM KEHIDUPAN DI UNIVERSITI EPISOD 1

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 01:28 8 NASIHAT


Wanita mulut hampagas

Uish.. wanita kategori ini selalunye mendominasi 20% daripada komuniti di universiti. Perihal mereka ini sangat annoying pabila mulut yang sepatutnya dijaga rapi dan dicalit pelembab bibir mentholathum itu asyik sangat mengeluarkan bunyi.. dan bunyi-bunyian tersebut hampir 75% adalah bersifat mengeji dan mengompat.. xbaik2.. mereka juga mudah tidak puas hati dengan orang contohnya apabila seseorang itu mempunyai perangai yang pendiam dan sering menghabiskan masenye di dalam bilik pabila tiada kelas, mula la mulutnya mengeluarkan statement yang tidak enak.

Cara mengatasi:-

Ambek penyedut hampagas, sedot molot dia dengan tu..sekian.

Wanita perasan miss world

Ui..yang nih xbleh blah.. selalunye wanita yang berada dalam zon ini adalah wanita yang cantik2 gile babas.... dahulu, wanita cantik gile2 babas ini sepatutnya berkadaran 30% je dari komuniti. Tetapi dengan penggunaan kosmetik SKII dan compact powder cap avon, maka ramailah yang kelihatan cantik. Cantik itu tidak mengapa.. yang menimbulkan isu di sini ialah pabila ade yang terover prasan cantik mengalahkan miss world..adomak ai.. dia berperasan cantik pabila dia fikir dia sungguh hot sampaikan dengan abang driver bas kitaran pun dia nak flirt.. adoyai.. boleh pulak dia duduk kat krusi co –driver kat tepi tangga tu sambil bergurau senda dengan abang driver.. padahal seat belakang banyak lagi.. tambah annoying bile orang nak trun pun dia tak berganjak.. orang terpakse la lalu elak2kan dia kat situ.. ko pikir ko cantik????

Cara mengatasi:-

Simbah asid sulfurik pekat…sekian

Wanita gile kuasa

Wanita gile kuasa dengan wanita yang betul2 diberi kuasa adalah sangat berlainan..jauh gile..sejauh jarak jalan tunku abdul rahman ke gunung kilimanjaro di.. (mane tah..xtau..lalala) dia seorang yang gile kuase pabila dia sendiri melantik dirinya sendiri untuk menjadi ketua rumah tanpa sebarang mesyuarah atau persidagan..dia men bedal je lantik diri sendiri.. mungkin dia terlalu desperate untuk mendapatkan segulung sijil penghargaan sebagai katua rumah barangkali.. takut2 ditendang keluar dari kolej dek kerana tidak mempunyai sticker2 yang mencukupi.. kalo teruja sangat nak jadik ketua rumah, at least dibawak berbincang dengan semua ahli rumah..xpayah la terlampau teruja sampai lantik diri sendiri.. wanita yang gile kuase sungguh buruk pada pandangan masyarakat setempat tahu?

Cara mengatasi:-

Benam kat sungai teh susu 3 hari 3 malam..sekian..

Sekian sahaja untuk laporan khas untuk kali ini, saya timah, melaporkan untuk berita TV5,CONGO.



Pemadam Baru / CC BY-NC-SA 2.5
 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea