Monday 30 March 2009

I'M CLEANING OUT MY CLOSET

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 01:22 0 NASIHAT
there's nothing left in my closet..


I’m sorry..
I need to do this..
Although I can't afford to handle the upcoming effects..
But I have to..
I need to cleaning out my closet..
So that I can live my life just like before..
Just like 3 years ago..
3 years ago when I live my life happily..
It’s not that this 3 years was making my life miserable..
But I can't afford to deal with it anymore..
As I said so many times before..
Live is all about taking risk..
Frankly speaking,
I’m not the risk-taker type of person..
But for now.. I’ll take the risk..
I take a risk by cleaning out my closet..
I’m sorry..But I really have to do this..
I’m cleaning out my closet..

Saturday 28 March 2009

WE HATE PINK BUT WE WEAR PINK..

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 04:53 5 NASIHAT

hahahaha.. i dont know why.. before this, pink ialah colour yg paling aku tak suke.. bukan tak suke sahaja..aku akan elakkan diri aku terjebak dengan kePINK2an yang berada di persekitaran..begitu juga dengan kawan baik saya ini..beliau ini dulu rasenye tak minat pink..tetapi seperti saya, warne pink nampaknye kini sudah meresap..badi apakah ini..hahahah..PINK......TIDAKKK!!!! untuk pengetahuan semua..beliau kini EMCEE GLAMOUR kat UPM..kire sekarang tgah saham melonjak2 la.. saya berbangga dengan beliau.. saya kenal beliau nih mase form 6.. tapi orang kate, mase tu bukan ukuran untuk menjadi kawan baik.. beliau nih agak sewel2 skit..saya punye kesewelan pun ape kurangnye.. kami selalu melakukan kerja2 yang agak kurang berpekdah semasa sekolah dulu..antaranya ialah menganyam ketupat secara berjemaah dan banyak lagi.. kami ni kunun2 dulu nak la masuk 1 U yg same..tetapi apekan daya, saya mendapat UPSI, beliau di UPM..walopun di pisahkan oleh faktor geografi, aktiviti menganyam ketupat secara berjemaah tetap berjalan seperti biase..hehehe

Thursday 26 March 2009

TAG DARI BOS PEMADAM

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:55 0 NASIHAT

10 most important things yg aku nak masa besday aku adalah.. (Things?? Orang ke ape2 ke,

 xleh ke??)


1)Aku nak DUIT 8 GUNI (duit betul2 ye..mukan duit yang gune untuk game monopoly

 itu..tidak..tidak)


2)Aku nak MERC COMPRESSOR (sape la yang nak bagi ni ye..)

 3)Aku nak
Canon Digital Rebel XT 8MP Digital SLR Camera with EF-S 18-55mm f3.5-5.6 Lens (Black) (sape nak bagi yang ni nih????)


..oo jgn lupe..aku nak external flash ngan Canon EF 75 300mm f 4 5.6 III USM Telephoto Zoom Lens skali..

4)Aku nak MANSION



5)Aku nak PULAU SELUAS 20 EKAR SEKURANG2NYA kat laut carribean 
 


6) Aku nak JET PERIBADI JENAMA CONCORD


7) Aku nak DOKTOR PERIBADI, JURURAWAT PERIBADI DAN JUGA BEBERAPA PEMBANTU RUMAH



8)Aku nak PEGI KE NEGARA-NEGARA AFRIKA



9)Aku nak BANGUNAN SEKOLAH SENDIRI


10)LAST BUT NEVER THE LEAST, Aku nak KEREDHAAN DARI YANG MAHA ESA

 
mesti korang kate aku ni  demand lebih kan????

Ni aku nak buat add on skit pada tag nih…Ape yang aku nak ni sume bersebab.. aku nak DUIT 8 GUNI bukan saje suke2 nak joli.. aku nak gune untuk bina BANGUNAN SEKOLAH SENDIRI dan  MANSION di PULAU SELUAS 20 EKAR SEKURANG2NYA KAT LAUT CARRIBEAN. Dengan mengunakan JET PERIBADI JENAMA CONCORD, aku nak PEGI KE NEGARA-NEGARA AFRIKA untuk mencari kanak-kanak yang homeless dan tidak dapat ke sekolah untuk di tempatkan di sekolah yang aku bina kat carribean tu.. penginapan diorang adalah di mansion itu. Aku tak cari kanak-kanak malaysia nih bukan menganaktirikan rakyat sendiri, tetapi rakyat malaysia nih masih cukup makan tapi usaha je mereka xmoh.. di tempat itu, aku juga akan sediakan DOKTOR PERIBADI, JURURAWAT PERIBADI DAN JUGA BEBERAPA PEMBANTU RUMAH untuk membantu aku menguruskan kanak-kanak kurang bernasib baik itu..kesihatan mereka juga aku akan jaga sepenuhnya kerana kite sume pon tau yang kat negara afrika tu memg banyak gejala-gejala penyakit. MERC COMPRESSOR yang aku nak tu aku akan gunakan sebagai pengangkutan dari penthouse ke sekolah.. ini supaya mereka lebih selesa..lagipun selame nih, mereka dah penat dok jalan kaki tgah panas kat afrika tu..tanpa kasut lagi..so, merc compressor tu biarlah digunakan sebagai ”bas sekolah” mereka.. Rasenye...mesti banyak kenangan2 manis semasa mereka di pulau itu, so Canon Digital Rebel XT 8MP Digital SLR Camera with EF-S 18-55mm f3.5-5.6 Lens (Black) dan Canon EF 75 300mm f 4 5.6 III USM Telephoto Zoom Lens akan aku gunakan untuk merakam saat manis itu.. semua ini aku nak buat bukanlah nak nunjuk2..tapi aku cume mahu mendapat Rahmat dan  KEREDAAN DARI YANG MAHA ESA..
 
   
                                           
++++sekian++++

 

Hahaha..xde nye sekian..lum tag orang lagi...
Anis, dengan bangganya aku nak tag ko..
Dok, kilo, izz, ciken..tu pun kalo korang bace blog kite nih..kite nak tag korang jugak..jawab..jangan tak jawab..hahahah
 
 
 
 

 

Tuesday 24 March 2009

IMPORTED POST 8

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:11 0 NASIHAT
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia pula menjaga kehormatannya”
Selain soal solehah, lelaki mahukan wanita yang bijak terutama yang dapat mendorong atau mengurangkan tekanannya terhadap masalah yang dihadapi.
Lelaki suka memilih pasangan yang tidak pernah mempunyai teman lelaki dan tidak bergaul keterlaluan dengan rakan-rakan lelaki.
Lelaki amat suka dengan wanita yang lembut, baik dan memiliki sifat keibuan.
Jika saudari tidak mempunyai ciri-ciri ini tetapi ada lelaki yang menyatakan cintanya kepada saudari, AWAS, dia mungkin pendusta.
Sesungguhnya tiada cinta selain kecintaan kepada Allah S.W.T. Tiada berhak seseorang hamba itu mencintai selain penciptanya yang maha Agung dan penyayang. Ketahuilah kecintaan seseorang hamba kepada hamba yang lain hanya semata-mata kerana Allah S.W.T. Cinta bukan kerana Allah S.W.T adalah dusta sama sekali dan hanya menurutkan hawa nafsu yang tidak pernah puas. Kecintaan kepada makhluk mestilah berlandaskan iman dan takwa kepada Allah S.W.T.Ketahuilah kenikmatan percintaan adalah selepas perkahwinan. Sepasang suami isteri yang bercinta adalah lebih nikmat dibandingkan dengan sepasang kekasih yang bercinta kerana hawa nafsu. Ketahuilah percintaan sebelum perkahwinan adalah mimpi indah yang akan berakhir apabila seseorang di alam realiti (selepas perkahwinan). Apabila memasuki alam realiti segala mimpi adalah tidak berguna dan sewaktu itulah segala kekurangan dan kelemahan suami isteri terserlah. Maka rumahtangga kurang bahagia. Bercintalah selepas perkahwinan walaupun akan menghadapi beberapa kesusahan tetapi itulah kenikmatan bercinta sebenar sebagaimana sepasang kekasih yang belum berkahwin menghadapi rintangan semasa bercinta. Apa yang perlu digusarkan, jika ada yang berkenan tanyalah pada Allah S.W.T (solat istikharah).
Sesungguhnya manusia tidak boleh membuat pilihan yang tepat.
Ketahuilah kehidupan di dunia hanya sementara, bila-bila kite boleh bertemu Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T izinkan kita nikmati nikmat dunia, bersabarlah..Masanya akan tiba juga.
Wallahu’alam.  

IMPORTED POST 6

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:10 0 NASIHAT
ni ade sikit petikan dari blog man..actually malas nak type n crite balik..so disebabkan man dah tulis..aku just preview je la kat sini semula..ni ape yg man tulis..

AKSI ROMANTIK DI LIBRARY
Waduh2...Pertama kalinya dalam sejarah hidup aku...Aku lari dari bau bahan terbakar...Huhuhu...Ku sangka plastik, rupanya besi...Hmmm... tetibe jer hari ni aku rasa akulah antara yg bertuah dapat menjadi sebahagian dari aksi-aksi cemas dlm library...By da way... thnks 2 God coz all save... i don’t know what happen actually. We just been ask to get out from da building. I with my fren, AJ... hmmm... mcm sedang menjadi pasangan dlam Explorace. Namun, apakan daya, pasangan Steph n Tony telah memenangi larian itu dulu...Ah, whatever... mengarut dah ni...2 jer aku nk citer... first time i smell something burn inside da lib. Hope not the books. My first impression ‘bout da alarm... hmm... bukannye fire drill. Ala, xkan bainun ni leh terbakar. Maybe loceng 2 rosak kot... nasibla si AJ 2 yg pikir positif. Aku g tgk kat tangga, hah... berduyun-duyun orang turun. Ish3...Nasib x hangit...Maka... aku pon balik....Menunggu saat2... Untuk aku pergi semula ke lib..... 2moro...Nak g tgk PREMIERE .. SIFU N TONGGA jap. Chow...

p/s: EH... ADEGAN LARI2 ANAK SEWAKTU KEBAKARAN MEMANG ROMANTIK, KAN? MACAM DLM FILEM.. HEHEHEHE

ni aku lak tulis: aku malas la..di ambang kemalasan..so man..thanks for the cooperation..ko jgn saman lak aku publish ko nye content ni..huhu

IMPORTED POST 7

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:10 0 NASIHAT
Don’t go for looks, they can deceive..
Don’t go for wealth even that fades away..
Go for someone who can make you smile..
++
There are some moments in life when you really miss someone that you want to pick them up from your dreams and hug them,
Hope you dream of that someone..
++
When one door of happiness closes another opens,
But we often look to long to the closed door,
That we don’t see the one which has been opened for us..
++
The beginning of love is to let those we love be perfectly themselves and not to them with our own image,
Otherwise we love only the reflection of ourselves we find in them..
++
It takes a minute to have a crush on someone,
An hour to like someone and a day to love someone,
But it takes a lifetime to forget someone..
++
Happiness lies for those who cry,
For those who hurt,
For those who have searched,
And for those who have tried,
Only they can appreciate the importance of people who have touched their lives..
++
Never say goodbye when you still want to try,
Never give up when you still feel you can take it,
Never say you don’t love that person any more when you can’t let go..
++
Giving someone all you love is never an assurance that they’ll love you back..
Don’t expect love in return just wait for it to grow in their heart,
But if it doesn’t be content it grow in you..
++
There are things you love to hear,
But you would never hear it from the person you whom you like to hear it from..
But don’t be deaf to hear it from the person who says it with his heart..
++
When you were born, you were crying and everyone around you was smiling..
Live life to the fullest..
So that when you die, you are smiling and everyone around you is crying..

IMPORTED POST 5

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:08 0 NASIHAT


Rules: It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag some people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real . . . nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have Fun!!


1. What is your name: Azlina Jamal

2. A four Letter Word: A.M.P.U (don’t try this at home or at school..huhu)

3. A boy's Name: Ahmad Dhani..my first ever nephew...incoming soon aku nak pompuan la..nanti aku nak perm rambut dia..comey..

4. A girl's Name: Anis Syuhada (my friend..slalu ponteng skola ngan aku, nyorok kat hostel..pastu kantoi ngan cikgu wazer ngan cikgu norsham..hahaha....)

5. An occupation: Amah..

6. A color: Aaaaaaaaaa…aku pon tak tahu..( leh trime tak jawapan nih?)

7. Something you wear: Anklet

9. A food: Ayam goreng..weng..weng..

10. Something found in the bathroom: Ambi pur

11. A place: Antartik
12. A reason for being late: “
Anak den domam kat umah..bawak g klinik td..”

13. Something you shout: “An**** nye budak!!”

14. A movie title:
A
walk to remember.. (cis..cerite ni sgt best..)

15. Something you drink:
Air

16. A musical group: Andra and the backbone..( kau begitu sempurna….di mata ku kau begitu indah….)

17. An animal: Ayam..bermacam ayam.. (ikut tone lagu jalil hamid)

18. A street name: Azlina’s boulevard <<<ß--tang ni memg memohong..hahah

19. A type of car: Ade ke kete yg eja mule hurup A?.. (x menjawab soklan tol..wakaka)

20. The title of a song: Aku dan dirimu..BCL and ari lasso

IMPORTED POST 3

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:07 0 NASIHAT
11 MAC 2009

8.55am

saya mendapat kol dari olivia. beliau berkata bahawa kelas Dr. cancel. saya berasa sangat gumbira dihati. hehehe..ketika ini nasib malang saya lom sampai lagi..maklum la nek ayam, lambat la sikit sampainya...

10.15am

saya rasa mata saya sudah kelip-kelip..mungkin mata saya memerlukan rehat selepas seharian membanting tulang di sawah..saya mahu tidur..dalam hati saya berkata,

"eh..nak tidur la jap..baru pukul 10..kelas kul 2..tido barang sejenak dua apedehal..nanti kul 12 bangun la.."

saya pun tido...emmmm...best nye tido..nikmatnye...

1.37pm

ha....nasib malang saya sudah sampai..mungkin ayam td menggunakan engin evo3...saya ter jaga dari tidur pada pukul 1.37tgahari.. "adoyai"..saya berkata seorang diri.. saya berasa panik dan cemas.. perasaan cemas saya lebih cemas dari keadaan pengantin perempuan yang hendak bernikah (ape aku mencarut nih).. tapi saya masih cool,masih bersikap anggun.. wanita professional macam saya mesti bersikap anggun tak kira ape keadaan.. selepas siap semua acara bersiap, saya pon berjalan sopan2, turun lif dan terus menuju ke minimart (sudah lambat tapi masih sempat membeli belah..ini memg ciri-ciri wanita anggun dan professional)..selepas membantu meningkatkan kewangan kolej ( membeli di minimart), saya meneruskan perjalanan yang sopan itu ke stesen bas...panas ketika ini..saya pon membuka payung saya yang berjenama mahal itu..huhu.. "cair make up mak ni nyah..." kata saya di dalam hati...

sesampai sahaja di kelas, Miss maria yang comel bermate coklat itu sudah ada di kelas..saya, seperti biasa, dengan gaya wanita korporat, saya berjalan menuju ke tempat duduk saya..huhuhu

12 MAC 2009

4.10am

"kak fida..tetibe kite rase ngantuk lak..nak tido..tapi takut terlajak.."

"tido je la..kunci la jam tu nanti"

"nanti kalo terlajak jugak camne? dah la dr.ikhsan tu kejam dalam diam."

"xpe..bangunnye nanti tu"

saya pon tido..enak nye pagi ini..sejuk je..bestnye bergulung dalam selimut....

JENG..JENG...JENG...
Anda mesti tau kan ape jadi pada saya??

SEKALI LAGI SAYA TERLAJAK TIDO..
TERLAJAK KETE MERC, BOLEH REVERSE, TERLAJAK TIDO, KENE TEMPELENG NGAN DR IKHSAN LA JAWABNYE..

budusnya saya..bangun-bangun je saya lihat jam di laptop SUDAH PUKUL 7 PAGI..kelas kul 8..abah eh..leh semapt ke nak siap nih..
kali ini, perasaaan cemas yang saya rasekan sudah melebihi had laju yang ditetapkan..sehingga ia menghalang saya untuk bersikap anggun.. kali ini saya betul2 kelam kabut..
ambel towel dan ape2 yang patut terus ke toilet(sib bek xde orang wey)..mandi ala kadar je..saya bersiap juga dengan pantas..xsempat dah nak sapu2 krim ke ape..maskara pon xde maknenye nak pakai...pakai bedak sikit ape yang patut, pastu siap pakai tudung dan bergegas ke bawah..
dan nasib malang saya tidak berakhir di situ.....

8.15am
DR.ikhsan bagi kuiz..apakah yang saya perlu mencarut di kertas A4 itu..adoyai..ini lah padahnya kalo kite malas membaca dan mengulangakaji pelajaran di rumah..saya berasa sangat sedih...ketika orang sibuk menulis jawapan, saya hanya sibuk melukis org lidi di dalam note book saya..sudahlah mood sudah menjadi kacau kerana bangun lambat+tak pat make up, kene lak jawab kuiz..terus terang saya katekan, saya hanya jawab 2 baris je..tu kompem la kosong tu..




DEMIKIAN LA CERITA PASAL NASIB MALANG YANG SAYA TEMPAH SIAP2 PAKEJ UNTUK 2 HARI INI..

IMPORTED POST 4

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:07 0 NASIHAT
adoyai..

nasib malang saya nampaknya xmo meninggalkan saya..



pagi saya bgun pagi, hujan rintik2 sedang berlaku..kesinambungan hujan yg agak deras malam td..saya rase malasnye nak bangun..nak bergulung je dalam selimut nih...
tapi disebabkan semangat yang kental untuk ke kelas multimedia, saya pon bangun gak la...
lepas siap2 sume... ( arini banyak mase nak mekap..yeyye)..saya pun turun la..hujan masih rintik..saya juga tidak lupe membawa sweater kerana risiko untuk mati kesejukan di makmal IT itu sangat tinggi..suhu aircond itu sangat rendah..macam berada di kutub utara rasanya kalo berada didalam itu, lagi kalau hujan2 begini..alamatnye menempah maut la kalau sengaja tak bawak sweater..
perjalanan dari kolej ke kampus ok je..berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah lalu lintas..
sesampai di kampus, saya pon berjalan seorang diri menuju ke bangunan makmal..makmal IT itu terletak di tingkat 3..adoyai..malasnye nak naik tangga..tp kalo tak nek tangga, nak naik ape lak kan..bukan ade lif pon.. (mane nak dapat bangunan 4 tingkat nak ade lif..senget ke ape ko ni azlina..)..saya naik la tangga tu dengan hati yang sebal..jam menunjukkan pukul 9.55 pagi.. "mesti dah ramai org kat kelas nih"...

TAPI....ape yg jadi sebaliknye..kelas xde orang...senyap...sunyi...
mane org sume nih...saya pon msg din..

"din, ko pegi kelas tak?"

tp hampes kelapa, din mesti tido lagik..dia tidak menreply pon msg saya..
mentang la ujan..sejuk..tido xbangun ko ye din..

xpe2..saya tunggu lagi..
sehinggalah pukul 10.30 pagi..
ok, saya pon membuat konklusi yang kelas xde..
pasal saya pon lupe nak tengok portal sebelum pegi kelas td..
adoyai..

dengan rase sebal di hati..saya pon balik...
sedih..
sampai di kolej, saya pon pegi la tgok portal...

"kelas ganti pukul 11pagi-1petang"
apeke malang benor nasib saya.. senget tol la..

pastu din send sms..begini bunyinye..

"Adus cip, aku lupe la plak... (alasan je din nih. padahal cam aku tak tahu je dia tido tak bangun) korang tgah wat pe 2?"

saya menreply kepada dia

"aku pegi pkul 9.55..aku tggu smp kol 10.30.tp xde org..pas2 aku balik.aku tgok portal,rupenye kol 11.aku pun xg"

dia balas reply..kali ni msg dia memg hampess..sehampes2nya..

"hehehe...2 lgi la lucu kekeke"

hampess nye din..sekeh kang tau la..




APE KEBEJADAHANNYA SEMUA INI????? 

IMPORTED POST 2

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:01 0 NASIHAT
semalam bersamaan 17 mac 2009 adalah ulangtahun hari lahir YB Kuching ( versi TESLIAN).. wah..ayat skema lagik nih.. (sejak kebelakangan ni asik gune ayat skema nape eh, hahaah)...macam2 la acara yang berlaku semalam..sebenarnye, si YB nih yang nak menganjurkan..ingat kami semua nih nak jd tetamu kehormat je la..datang pakai evening dress, wangi2..tggal makan je..rupenye2 kami ( aku, oli, kelle, kevin. dan wak) kene jadi event crew pulak..dari sehari sebelum 17 mac, kami dah bersiap2 dah..saya, oli dan kelle laksana suri rumah tgga cemerlang yang sedang sibuk menshopping barang keperluan rumah di GRAND UNION yang tersangat lah grandnya itu. .dengan checklist barang2 nye..huhuhu..
kami juga tidak lupe menyahut seruan kerajaan untuk menjadi pengguna yang bijak dengan membandingkan harga2 barang keperluan harian tersebut. Yang mane paling murah..itulah yang kami akan pilih (padahal nak save bajet sebenarnye)..

nak murah punye pasal, itu yang sampai salah seorang dari kami bertiga (nama terpaksa dirahsiakan supaya markah beliau di scoreboard bakal mak mertuanya tidak dikurangkan..hehehe) telah dengan jayanya telah membeli GULA CASTER..untuk pengetahuan umum..GuLA CASTER selalunye digunakan untuk membuat kek kerana texturnya yang halus. Dan ia same sekali bukanlah digunakan untuk memasak, jauh sekali digunakan untuk membuat air...adoyai..lawak sungguh la beliau nih..nampak sangat agak kurang kadar kemasukkan beliau ke arena perDAPURan..heheh..inilah ciri2-ciri anak dara unggul zaman sekarang..
17 mac 2009
7.30 pagi
Saya baru je terjaga dari tidor..jangan salah sangka ye.. saya baru masuk tidor awal pagi td..saya bukan terlajak keretapi ye kawan2..hehee..

dengan keadaan yang mamai, tetibe ada paggilan S.O.S dari olivia..beginilah lebih kurang bunyi panggilan S.O.S beliau
”cip, ko dah bangun lom..aku nak datang umah ko ni..”
Dengan suare yang kunun2 dah lame bangun saya menjawab..
“dah2..datang le..ape halnye?”
“aku dah beli ayam dah ni ngan din..kite perap eh”
“okeh2”
Wah! Perap ayam? Kat kolej? Biar betik..sib baik bawang2 sume sudah saya bereskan pada lewat malam td..
sebentar itu, oli pun datang dengan membawa sejumlah ayam..dalam adegan memerap ayam itu, pelbagai perkara berlaku..
1. Kami membuat kerja laksana sedang menukang (menukang ni maksudnya kerja2 pembinaan rumah ..ketuk2 paku..bising bunyi nye..)..kerana bayak sgt bunyi2 yang di hasilkan..barang tu jatuh la..barang ni jatuh la…pisau jatuh la.. ini semua adalah hasil daripada kebiasaan kami melepak ketika emak sedang memasak di dapur..hohohoho
2. Penggunaan kicap menggantikan sos tiram
Sos tiram nih tujuan nye adalah untuk melembutkan dan mengenakkan lagi ayam tersebut..tetapi, kerana kadar memori saya agak kecil RAM nye, sudah tertinggalkan sos tiram itu sewaktu meletakkan barang2 di rumah Kevin semalam… bagaimanakah??? Oli pun mencadangkan supaya diganti dengan kicap.. sib baik ade kicap kat umah..terima kasih resident 3-6-7 KHAR..i lap u all..hehhe
3. “TANGANKU BERBAU BAWANG”
Ini yang paling sadis..bau bawang tidak dapat dinyahkan dari tgan kami yang halus ini..hahaha..adoyai..basuh bnyak2 kali pun xmo ilang..ape kebejadahannya semua ini..xkan nak kene gune peluntur pakaian lak baru nak ilang..alamatnye daging pon luntur la skali..hari ini pegi kelas bau bawang la gamaknye.. (dah letak losyen pon xmo ilang jugak tu..sedih..)

5 petang lebih (masa tidak dapat dikenalpasti dengan baik)
Kami pon bertolak ke rumah Kevin menaiki Air Asia kepunyaan kawan Din yang sedang kecewa kerana kekasihnya sudah berkahwin dengan org lain (full detail tu..hehehe).

macam2 yang kami angkut..cerek elektrik..periuk nasi..arang..peti ais je kami tak bawak..rumah Kevin tu kosong lagi, tu yang kene bawak barang2..
Masa menghidupkan api untuk memanggang ayam adalah saat2 yang agak2 menyakitkan hati dan sanubari jugak..mane taknye..asap dah agak berkilo2 jugak kami hirup, api tak jugak2 nyala..

kambing sungguh api itu..wak juga nampaknye sudah berputus asa..akhirnya beliau merajuk dengan kayu api tersebut dan berlalu pergi ke dapur untuk membantu olivia memasak spaghetti di dapur.. tinggallah saya dan Kevin terkebil2 memikirkan cara yang sesuai untuk menyala kana pi tersebut..banyak juga cubaan yang gagal..akhirnya kevin pun mengeluarkan satu kenyataan yang berbaur kecewa
“ni kalau aku bakar selipar aku baru nyala api ni”
kevin nampaknya sudah agak kecewa ngan keadaan itu sehingga dia mahu menjadikan selipar beliau sebagai korban..tp nampaknya jangka hayat selipar kevin masih panjang kerana wak telah menjumpai getah..yeyeyeye..api nyala dah..
Asap yang dihasilkan daripada pembakaran tersebut agak banyak sehingga jiran tetangga kevin keluar meninjau keadaan..jiran tetangga kevin pura2 membawa anak kecil bersiar2 melintasi rumah kevin padahal nak tengok ”ade rumah terbakar ke ni?”
Pada malam itu, tetamu khas dijemput( sekali lagi menaiki Air Asia kepunyaan kawan Din yang sedang kecewa kerana kekasihnya sudah berkahwin dengan org lain..hohoho). berbeza sungguh meraka dengan kami (event crew)...mereka sume wangi2..cantik2..hensem2..tetapi saya dan kevin berbau asap manakala oli dan kelle sudah berbau PREGO..

huhuhu..tapi xpe..ini menunjukkan kami komited dengan tugas kami..pasal bau, kami tidak hiraukan lagi

IMPORTED POST

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 17:45 0 NASIHAT
pada 21-22 mac 2009 bertempat di Zon Desa Selesa yang "selesa" la sgt tu (type sambil menjuling2kan mate) saya telah pergi bercamping di atas ketidakrelaan saya.. tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab saya pada agama, bangsa dan nusa..say pun pegi la jugak..lagipun kang kalo tak pegi, bos laser2 pulak..tu yg malas tu..bukan takut..cume hormat incik bos itu..huhuhu..

berbalik semula kepada topik utama perbincangan kita hari ini tentang CAMPING YANG CAM KAMBING ITU..
actually, CAMPING YANG CAM KAMBING ITU adalah kelolaan pihak2 tertentu yang saya tidak mahu war2 kan di sini.. pasal mereka tu tak penting pon.. camping tu diadakan atas sebab untuk memenuhi tuntutan satu subjek yg kami ambil di sini ( IPTA yg terpaksa dirahsiakan namenye atas sebab2 kerisauan dengan AKTA ISA).. pihak pengelola ( a.ka. classmate yang tak berapa di kenali) adalah sebab2 utama mengapa this-should-be interesting camping turn out to be CAMPING YANG CAM KAMBING..

antara sebab2 yang dikenalpasti menjadi punca kepada keTIDAKBESTan camping itu

1. keEMOSIONAL KETUA PENGARAH PROGRAM

tempat nak camping ni gile bapak punye jauh dari main road.. hanya kenderaan kecil seperti basikal, motosikal, kereta, beca, moto bawak tong gas itu sahaja yang boleh masuk.. selain itu, kalo tidak mahu masuk ke kawasan itu melalui main enterance, gunekan jalan air pon boleh.. tetapi tentulah sahaja kite memerlukan pelampung itik, sampan, tonkang atau moto air ( munurut kevin, moto air itu bahasa timangan untuk MOTOBOT di sarawak).. akan tetapi kami tiada la pelampung itu semua.. yang ade pon cume tiub moto wak yang sedang berada di dalam tayar moto wak.. akibat tiada peralatan yang sesuai untuk menggunakan jalan air melalui sungai di sebelah KHAR, kami pun memilih untuk menggunakan main enterance di hadapan taman u. tetapi disebabkan kami malas nak menambahkan kadar kehitaman kulit kami yag sedia ala2 manggis (gile ke ape..kul 3 petang nak kene jalan kaki tengah panas..) kami pon menggunakan khidmat teksi sapu yang sedia berkhidmat 24 jam itu.. semasa berkumpul, KETUA PENGARAH YANG EMO tu pon mule kan lah first peep talk dia.. cakap thanks la pada yang willing datang dan sebagai nye la..tetibe dia sentuh tentang hal pengangkutan (care kami datang ke sane la).. dia kate ade yg datang jalan kaki, ade yang naik moto, ade yang nek kereta sapu..dan dengan tetibenye dia berkata lebih kurang la jugak ni bunyi nye..

"besok, mase balik saya xnak ade yang naik kereta sapu..yang naik moto tu takpe la..tapi besok sume kene jalan kaki"


"hello..aku g naik teksi sapu ade gune duit ko ke? ade gune duit tabung ayam ko ke? ade aku gune duit PTPTN ko yang sikit tu ke?" kata saya di dalam hati...

banyak gak yg suara2 yag tak puas ati ngan statement beliau..

pastu ade la sorg budak tu (name terpaksa dirahsiakan)..budak ini slah seorang yg naik teksi atas sebab2 xmo mencairkan mekap di muke nye..dia pon angkat tgan (ade manner..hehehe) dan bertanya satu soalan kepada ketua pengarah tersebut

"ape rasional nye pihak anda tak bagi kami naik kereta sapu?" tu je soalan budak itu yang seperti biase menggunakan nada sekata yang sarcastik..

pastu pengarh program yg emo tu menjawab..(dan semestinye dengan keEMOSIONALan yang melampau)

"adakah kite mati kalo jalan dari simpang tu datang ke sini?"

pada perkiraan aku, ketua pengarah ini ade sikit terputus fius di otaknya ataupun bahasa melayu nya fail semasa Spm.. ini adalah kerana, dia telah menjawab soalan itu dengan memberikan soalan yang lain..bukankah soalan itu perlu di jawab dengan jawapan yg tepat lg rasional? orang tny soalan untuk dapat jawapan la dey..bukan nak soalan balik..senegal (ini bukan sengal, ini betul2 SENEGAL) nye ketua pengarah..


2.keAGAKPOYOan urusetia wanita yang bajet chalet tu sugar daddy dia punye

semasa camping ini, semua peserta telah di berikan khemah untuk tujuan pemBERADUan.. bukan peserta sahaja..malahan urusetia juga perlu tidur di dalam khemah untuk mengamal kan konsep FAIR AND SQUARE.. pihak pengelola ade la menyewa satu chalet untuk tujuan penyimpanan barang.. tapi urusetia2 wanita nih melakukan chalet itu seperti sugar daddy depa yg punye..ape kes dol.pastu chalet itu juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan untuk peserta wanita untuk freshen up and semayang..

ade urusetia yg wanita nih lebih2 lak..acting cam best je..cam org nak sgt je gune chalet buruk lg huduh tu.. kemudahan ni kongsi la same2 dey..jgn ko ingat ko sorang je nak mandi and semayang..jgn ingat kamu ni 1 step upper than us.. kamu dan kami same je..jgn nak mempoyokan diri.. org nak tumpang semayang je la dey..takkan nak tggu kejap sebelum isyak tu pun di kira melepak di chalet kamu yg buruk tu..adoyai.. ni la dia melayu yg agak poyo.. umur sebaya je dol.. aku bukan dulik pon same ade ko urusetia ke tak.. ade aku kesah??????

KESIMPULAN

CAMPING INI MEMANG AGAK CAM KAMBING..


p/s: Aku tak mandi seharian akibat kepoyoan mereka..lgpun air sgt lah tidak best.. basuh muke ngan gosok gg pun gune air mineral

SAYA MACAM KURANG BIASE

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 16:59 0 NASIHAT
SAYA MACAM KURANG BIASE DI PAGE INI..
MASIH TERINGAT PAGE LAME YANG TERPAKSA DI TINGGALKAN..

SAYA SANGAT SEDIH

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 08:05 0 NASIHAT
SAYA SANGAT SEDIH KERANA TERPAKSA MENINGGALKAN MY LIFE, MY SOUL..MY FIRST EVER BLOG.. SO MANY THINGS THAT I'VE SHARED WITH ALL MY FRIENDS THERE..
 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea