Friday 3 December 2010

ROOMMATEKU SEORANG MALING (UPDATE)

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 22:13 8 NASIHAT

Sebenarnye nak cerita kat FB je.. muehehe..tapi tu la payah la nak cerita sikit2 nih.. kang line internet nye bengong la segala bagai..

Ok.. bagi yang tak tahu, aritu duit den hilang atau dalam bahasa indonesianya, kecopetan.. amaun takde lah banyak.. RM100.. tapi kesian la kepada acik jamal, bawak bas malam2 semata2 nak bagi den duit, tetibe duit itu hilang dicuri maling kan.. lokasi kehilangan, aku pasti dan yakin tanpa talian hayat bahawa lokasi kehilangan adalah di dalam bilik..dalam bilik yang dihuni aku dan cik roommate.. bercakap mengenai roommate, aku tidak lah kenal beliau secara personaly, pathetic bukan? Yang aku tahu, roommate aku ialah seorang yang tidak hygiene. bukan lah mengata, tapi pendapat aku telah disokong oleh beberapa individu yang sudah menziarahi aku di bilik ini.. perihal tentangnya telah aku cerita pada entry2 yg lepas.

Ok.. aku ni bukan lah jenis orang yang very out spoken.. aku jenis manusia yang bercakap bila perlu dan bercakap dalam golongan2 mereka yang aku suke je.. yang aku tak suke, kurang kenal, aku memang kurang cakap.. bila duit aku kehilangan, ia memerlukan aku tenaga dalaman yang kuat untuk berdepan dengan roommate aku.. bercakap lagi mengenai roommate aku ini, pada hari pertama aku check in untuk sebilik dengan dia, ade seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ex-roommate kepada roommate aku itu dan beliau telah memberi aku nasihat atau lebih kepada kata2 berjaga-jaga untuk berdepan dengan roommate aku ini.. beliau kate

“hati-hati dengan _____ ni.. mase saya duk dengan dia, duit saya ade hilang 100 ringgit.. awak kunci la ape yang patut dan jangan letak duit merata-rata”

Aku pulak jenis orang bukan suke sangat nak amek port dengan persepsi orang.. aku lebih suke kenal roommate aku dulu then baru decide samaada dia ni stok ok atau stok kene penyepak.. dan bile dia buat bilik ni, serupa kandang, aku telah masukkan dia dalam stok kene penyepak.. bila dia sudah aku masukkan ke dalam stok kene penyepak, memang aku takdelah nak bercakap2 lagi dengan dia kan.. ok..pada hari kejadian duit aku hilang, mahu tidak mahu aku teringat2 tentang pesanan ex-roommate kepada roommate aku itu.. dan out of nowhere, aku decide untuk confront dia..

Then, dia pulak tak balik2 ke bilik.. macam habah.. aku tunggu dia.. then aku mesej dia, aku cakap,

“balik x mlm ni? Aku de bnd skit nak bincg”

Dia reply

“blik2..nape lina?”

Aku tak reply.. aku just tunggu je dia balik.. budak ni memang la stok kene penyepak.. dalam kol 3 lebih pun tak balik2 lagi.. then pukul 4 lebih itu dia balik.. aku nak mulakan ayat nak tny dia tu punye la susah.. aku rase bende nih sehsuatu yang besar. But then aku kene tanya jugak. Bila aku tanya, dia mati2 tak ngaku.. siap2 nangis2 merayu2 lagi.. memang cara macam dia teraniaya lah senang cakap.. dia kata kalau aku rase dia yang amek, dia akan ganti balik duit aku sebelum cuti sem.. aku cakap kat dia

“kalau ko tak ambek dah la.. aku xnak cakap lagi bende nih.. aku bukan nak duit ko.. aku just tny je, ko ade ambek ke tak duit aku”

Dia cakap, kalau dia terdesak sangat dia akan pinjam duit kat aku.. lagipun kate dia, dia jage duit MINIMART bertahun xpenah pun ade kehilangan..pastu dia cakap lagi, dia xnak jadik JMK sebab dia xnak ade tanggungjawab bab duit2 ni walaupun dah dua sidang orang suruh dia jadik JMK.. untuk record, dalam rumah aku je dia dah pinjam RM 1150 dari tiga individu berlainan..sebelum nih aku tak tau pun, bile nak kuar kes mencurik bagai nih, baru aku tau.

Sejak peristiwa awal pagi tuh, dia macam sangat gelisah.. aku steady je.. aku memang rasa dia yang ambik.. tapi dia tak ngaku, nak buat macam mane.. mule aku nak buat report, tapi aku just ade bukti cakap2 dari housemate dan aku rase bukti tuh tak kuat nak di bawa ke pihak pengurusan. Last2 aku diam je la dan pura2 redho.. bapak aku pun aku tak bagitau pasal duit tuh.. bapak aku memang tak marah.. tapi aku sedih la nak bagitau..

Ok.. aku ingat kes melibatkan dia dah abeh la.. aku cume doa aku xdapat la satu rumah dengan dia sem depan kalau tak, aku serius akan menangis2 di konter pejabat KHAR mintak tukar rumah, kalau xdapat jugak, aku nekad blah je dr kolej.. tapi pada malam tadi.. yakni dalam pukul 9-10malam tadi, ade satu rombongan penyiasat (yang terdiri dari pimpinan kolej).. at that time aku tidooo.. aku terjaga pun sebab dorang bukak pintu bilik aku nih nak tinjau keadaan kandang kat bilik nih.. aku xamek port la.. aku ingat bende ape.. aku tido balik.. then, bile dorang blah, aku pegi la ketuk pintu junior tnya dia, “JMK datang tuh nak check kebersihan rumah ke?” then dia jawab “taklah.. dorang datang cerita pasal kak _____ (roommate aku)”

Kate junior itu, roommate aku sekarang nih DISYAKKI terlibat dalam kehilangan 2 bijik laptop jenama Compaq dan acer dari blok 3..sungguh watdehel kan. Aku sungguh tak percaya.. then roommate aku juga memang paten bayak helah dan putar belit.. dan kate junior tadik, rombongan penyaisat tuh kate, duit2 kawan2 dia pun dah banyak dah yang hilang..dan duit minimart juga.. dan pihak pimpinan sekarang tengah nyiasat la si roommate aku nih..

PERASAAN AKU SEKARANG: aku sungguh tidak percaya bahawa selama ini aku satu bilik dengan MALING.. dan aku rasa sekarang nak pegi lempang diri sendiri pastu letak kepala dalam baldi timbus dengan pasir.. ok bye.

00.29AM 3 dec 2010

*****UPDATE

ok.. selepas entry di atas di post kan di blog ini, dalam pukul 00.40AM (12.40 mlam) aku dan 3 org housemate serta beberapa mangsa SI MALING ini telah dipanggil untuk mengadakan sesi perbincangan untuk mencari konklusi la (katenye) bersama pihak pengurusan dan pimpinan.. bila di kumpul2 mangsa SI MALING ini, rupenye agak ramai ye mangsa2 beliau.. semuanya hilang duit dan hilang laptop lah seperti yg dicerita di peringkat awal.. dan aku selaku roommate SI MALING (saiton betull..kenapa aku leh dapat roommate macam ini?) di minta memulakan bicara lah perihal SI MALING.. aku cerita lah apa yg pihak pengurusan nak tau pasal dia, perwatakan dia dan juga tentatif kejadian kehilangan duit aku.. aku memang cerita detail.. macam mane dia mati2an tak ngaku..dengan expression dia yang sungguh FAKE tatkala tau aku kehilangan duit..

cerita disambung oleh housemate (junior) yg rapat ngan dia.. mengikut cerita dia memang selalu xdek duit dan selalu nak meminjam.. seperti yg aku dah cakap kat bahagian sebelum ni, kat rumah sahaja dia dah pinjam 1150.. seterusnye disambung oleh mangsa2 lain, MOSTLY geng2 rexco dia.. dia memang banyak meminjam dan bile pinjam, dia akan nyuruh orang itu bank in kan kat akaun dia.. tetapi menurut sumber yg rapat dengan dia, KAD ATM dia boipren dia pegang..watdehel kan.. budak2 nih kate boipren dia hensem.. aku pun dah tgok.. dan aku rase boipren dia memang agak kacak dan presentable.. (ok fine.. buang perkataan agak)..ye betull..stylo la orang nye..

yang hilang laptop itu pun di syakki dia sebab:

1. dia tetibe nak tido dekat bilik orang itu pada malam itu.. (perhatikan perkataan TETIBE)

2. dia dengan mangsa2 laptop hilang tuh xdek lah rapat sangat..tapi pada malam itu, dia TETIBE nak tido sane.. sawan ke?

3. hanya dia je yang ade kat bilik bile budak itu keluar..

(ini yang selalu akan terjadi bile kite percaya dan yakin budak u ni baik dan takkan buat perkara saiton seperti mencurik tuh.. boleh pulak dia tinggalkan orang lain dalam bilik itu)

4. setelah itu secara tibe2 dia tak jadik nak tido rumah budak itu dan dia pun angkut comforter sume balik rumah..

5. (disyakki mempunyai kaitan dengan kejadian copet lappy) housemate aku nampak dia balik semula ke rumah (mase tuh pakai baju kelawar) dan kuar semula tergesa2 pakai baju lain.. (aku mane? dah.. diam.. jgn tny.. aku tido) (-.-")

selepas bincang2 itu, pihak pengurusan nak p spotcheck barang dia.. ini lah masa yang aku nanti2kan.. selame nih aku je termalu dek tempat dia yang cam kandang.. selama ni aku mampu cerita je dan mungkin ade yang tak percaya dengan keDISASTERan tempat dia.. tapi semalam 14 orang luar jadik saksi yang tempat dia memang cam kandang.. semua bende ade.. u name it.. pastu dorang pun pegi tengok baju bajan dia yang dah ade maggot kat tempat basuh baju tuh.. hah! hambek ko.. aku bukan cakap kosong2an okeyyyy

mengikut teori aku, aku rase SI MALING ini jenis SPEDO BOIPREN..kenape?

1. mengikut cerita2 pinjaman2 wang yang dia buat, beribu2 riban tau.. kalau dia gune untuk tujuan berjoli sakan kegunaan dia, aku rase wordrobe dia penuh rekaan kelvin thoo, rizalman, bernard chandran , kasut pulak rekaan jimmy choo siap kristal swarovski dan mutiara hitam dari tanzania.. tetapi yang berlaku sangat la sebaliknyaaaaa.... (sila ambik perhatian tang aaaa yang byak2 tu ye... itu nak menggambarkan kejoyahan penulis)

2. KAD ATM di tangan BOIPREN.. ko nak mampos? cinta memang bangang.. itu je yang aku leh konklusikan.. (sori.. kejap eh.. nak mencaci jap).. ko memang pencinta yang vodoh nak mati bila selamber kodok ko je bagi boipren ko "pegang" KAD ATM ko.. kalau dia pegang je xpe la vodoh.. ini dia perabihkan rete ko tau x vodoh.. weyh2, orang lain dapat KPM boleh kuar kete VIVA sebijik dooo.. engkau ape ade? siap meMALINGkan diri lagik tuh.. ko sungguh looserrr tau tak.. dah pegi ikat leher gantung diri kat pokok besar tepi pakgad pintu timur nun..

pesanan aku kepada SEMUA yang BACA

1. TOLONG jangan terlalu meletakkan kepercayaan kepada orang lain.. macam aku..aku caya dia, last dia copet duit aku.. rase nak humban dalam parit kan?

2. TOLONG jangan jadik bangang.. cinta dah kalau boleh di beli dengan duit itu bukan cinta namenye.. itu bangang kuasa 800 (hah! kan dah mencaci lagi)

3. TOLONG jangan jadik vodoh, terlalu nakkan pasangan yang HENSEM dan CANTIK.. it will cost u bebeh.. ade je orang yang hemsem2 dan cantik2 dilengkapi dengan sifat yang baik2.. TETAPI, sila aware dengan SI HENSEM dan SI CANTIK yang tak lain tak bukan hanya nakkan harta kau SAHAJAAAAAAA...

bagi perempuan, SILA sematkan prasa ini dalam hidup anda:

LELAKI HENSEM ADALAH IBARAT HONDA ACCORD.. MONTHLY INSTALLMENT TINGGI.. ROAD TAX TINGGI.. MAINTAINANCE TINGGI.. SENANG CAKAP, LELAKI HENSEM MERUPAKAN SATU LIABILITI

p/s: aku menulis bukan untuk memalukan sesiapa.. cuma sekadar menjadi iktibar..

sekian,

yang teramat sangat bersedia untuk tidak menjadi bodoh kerana cinta yang bangang.

Photobucket

ENTRY LEPAS

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:33 4 NASIHAT
entry lepas aku dah tarik..
yang dah bace tuh bace lah..
yang lom bace...sorry..
:P



p/s: saje buat ia eksklusif



Photobucket

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea