Saturday, 16 October 2010

PERASAN ARTIS

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:17
assalamualaikum..
perhatian kepada semua pembaca.. jika anda dapati blog ini seperti rumah tinggal di hujung blok perumahan kos rendah, sila abaikan..

ini adalah kerana si penulis kini dalam keadaan yang kurang mengizinkan.. kurang mengizinkan bukanlah bermakna suaminya tidak mengizinkan beliau berblog lagi.. bukan..bukan.. ini adalah kerana penulis blog tiada suami.. yang ada hanyalah bakal suami.. (aminnnn..) yang entahkan bila mahu ketemu..

kurang mengizinkan di sini adalah, pada ketika dan saat tampalan ini di tulis, penulis adalah dalam berada dalam keadaan kesihatan yang sedikit terganggu dek batuk2kan dan panas2an dan pening2an yang sememangnya mengganggu konsentrasi untuk mengarang.. setakat dua tiga ketul ayat itu boleh lah beliau karang.. kalau nak tampalan2 yang panjang2 18 meter itu semua memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan secara langsung akibat kesihatan yang terganggu, rasa nak menulis dan mengarang itu tiada.. yang ada hanya lah rasa untuk tidor sahaja.. lagipun penulis juga seorang yang degil. sudahlah batuk2 macam nak pengsan, pegi bantainya minum ais.. itu semua cari pasal lah tuh.. pastu lepas minum dan batuk2 tak hengat, penulis akan berasa sedih dan rasa nak balik rumah jumpa emak.. mengada betul..

sehubungan dengan itu, di minta agar semua pembaca tidak meluat dan rasa nak sepak penulis kerana beliau suka perasan artis dengan membuat tampalan seperti ini..



yang benar,
-ADMIN-




p/s: penulis berasa yang beliau mahukan seorang yang RAJIN untuk menjadi penulis bersama secara sukarela di blog ini.. sapa yang berminat, boleh bagitahu managing department blog ini ok..


p/s: amacam, meluat tak?

Photobucket

0 NASIHAT:

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea