LOKASI : SITC
MASA : 8 MALAM WAKTU CONGO
TARIKH :2000 TAHUN SEBELUM MASIHI
CUACA : ALA-ALA BERADA DI ANTARTIKA
SUHU : DI BAWAH PARAS BEKU
MODE : MASIH LAGI TAK DAPAT DIPASTIKAN
CATATAN (arini eja betul):
Hari ini ialah hari pertama fatimah berjumpa dengan incik EXAM.. sebenarnye, fatimah tidak suke dengan beliau..tapi beliau suke fatimah.. Fatimah pun bukan jenis orang yang sombong dengan peminat2 fatimah.. so Fatimah jumpe la incik exam nih..
ceh.. ingat Fatimah je yg incik exam nak jumpe..rupenye ramai lagi.. Fatimah g awal tadi..kul 7 fatimah dah turun..hee~~..xmacam orang tu..kul 7.30 baru nak g stesen bas..kene tinggal bas, Fatimah gelakkan je nanti..hahaha..semasa di stesen bas, Fatimah telah bertemu ngan teman2 fatimah iaitu farah, elle dan yanti.. awal juga anak2 dara cun nih..excited gamaknye nak g jumpe incik exam..tapi upe2nye mereka awal kerana ade misi yang perlu mereka laksanakan iaitu memakan nasik lemak yang berharga rm1.20 (ni kot hargenye..fatimah tak makan nasik lemak nih..tu yg tak tau harge..kolestrol tinggi..hakhak..dush2..tumbuk rusuk sendiri jap)..
fatimah dan elle hanya memakan sandwich sahaja pagi itu..cam xde feel pule Fatimah mahu makan kerana Fatimah senarnye tak sedia seh nak jumpe incik exam..gile la..ape yg Fatimah mahu mencarut kepada beliau sebentar lagi.. tapi sebagai wanita korporat yang unggul, Fatimah rilek2 je.. Fatimah dah ade sesuatu yg Fatimah rancangkan kalo2 nanti Fatimah tergagap2 menjawab soklan incik exam tersebut..
Ramai juga umat manusia di SITC td..lebih kurang ramainye cam nak g tgok konsert pop yeh2 je.. sedang Fatimah berjalan ke pintu masuk, ade sorg budak comel (aini) cakap “ Fatimah, good luck eh”.. Fatimah hanya mampu membalas “mekasih..ko pun good luck juge”.. hahaha(gelak dalam hati)..
rupenye name Fatimah ini sudah agak ramai jugak yg tau.. kalo begini, kadar kebarangkalian untuk Fatimah bergelar Fatimah hingga ke graduation day adalah sangat tinggi.. tapi Fatimah tak kesah..”mak tak kesah nyah”.. name tu pun agak ketimuran..jadi memg sesuai la ngan Fatimah yang PEMALU DAN BERSIKAP KETIMURAN ini.. tapi ade juge yang xbest tadi,,ni Fatimah nak cakap ni..perlu ke(ayat farah) nak rebut2 time masuk pintu SITC itu? APEKAH??? (ayat yanti)..
cukup2 la tu rebut2 time nek bas..xkan nak masuk dewan pun nak rebut dey..nasib baik bulu mate palsu Fatimah tidak tertanggal..kalo tak, memg Fatimah muay thai sekali sume..
Fatimah pun berjalan la ke meja Fatimah..meja no 410..tepi sekali..sejuk..sebelah fatimah ialah jidih (mesti ade org jeles aku duk sebelah jidih)..hahaha..depan fatimah ialah tony..tony dengan mukenye yg penuh berilmu..blakang Fatimah steph.(fullstop.xmo ah crite lebih2 sal dia.(sambil bersiul2))..
Dapat je bukak buku soklan, Fatimah pun bace la sume soklan..paper pagi nih paper KENEGARAAN.. kene jawab dua soklan dari 4 soklan..fatimah pun bace la soklan tu satu2.. soklan 1st fatimah pangkah..xleh jawab la..proceed ke soklan ke 2..ni pun kene pgkah juge..xtau menahu pun pasal tu..fatimah pun teruskan pembacaan fatimah ke soklan ke 3..yg ni pon kene tolak masuk lombong sebab tak tau juge..soklan 4 pun tau..ABEH??? APE YANG FATIMAH PERLU JAWAB??
Fatimah mule rase tak sedap ulu hati.. Fatimah tgok orang sebelah sedang rancak menjot down point..alamak..xkan Fatimah nak lukis org lidi je kat booklet ini..adoyai.. okeh..fatimah mule memikirkan idea macammane nak memenuhkan booklet ini..HAAAA!!! Fatimah telah mendapat 1 idea..
“soalan 3.
pada zaman dahulu, tinggal seekor tenggiling yang kacak dengan pak sedara beliau (bujang terlajak) yang tidak kurang kacaknye laksana din beramboi..hidup meraka, kais tengahari (bangun lambat daa), makan tengahari, kais malam, simpan untuk sarapan besok..memg sungguh daif la hidup mereka..lagipun padan muke mereka..meraka malas membanting tulang di lombong2 bijih besi milik yap ah loy yang berdekatan.. oleh hal yg demikian..hanya megi sahaja la juadah mereka.. pada satu hari, sedang si tenggiling berlari2 emak ( laju skit dari berlari2 anak) di dalam utan, tetiba beliau telah terlanggar dengan sebuah kete tolak milik sorang gadis kaye dari keturunan siput sedut.. tenggiling itu sangat terpesona dengan kecantikan si gadis itu yang ketika itu sedang memakai mop sebagai rambut palsu dan mengenakan mekap cap abon ( AVON yang made in Thailand)..hati tenggiling itu berdegup kencang laksana seperti halilintar..”oh tuhan..cintakah yang aku rasakan ketika ini”..keluh si tenggiling..tapi si gadis siput sedut tu buat dek je ngan tenggiling tu..ye la..dah cantik..mesti la kene blagak skit kan..baru la pakej.. setelah berhari-hari gila bayang seorang diri di rumah, si tenggiling telah membuat keputusan untuk masuk meminang si gadis td..biarpun beliau tiada duit..tetapi semangat kesukanan yang beliau tunjukkan patut dihargai dan di beri pingat DATUK seperti yg shah rukh khan dapat......
dan seterusnya…ntuk full version crite tenggiling dan pak sedara beliau nih, kene la kamu semua tunggu terbitnya buku Fatimah nanti..lalala…
setelah abeh menjawab soklan 3..fatimah pun ingin meneruskan kepada soklan ke 4..fatimah sudah kekeringan idea..ape la yang Fatimah nak tulis nih..
fatimah telah mendapat idea lagi..lalala..idea nih Fatimah rase memg paling bernas yang Fatimah pernah hasilkan (Fatimah rase, kalo korang tak rase, ape fatimah pedulik..hahaha)..fatimah pun tulis biodata Fatimah di situ supaya en samri lebih mengenali hati budi Fatimah..tapi Fatimah xmoh buat yg bese2.. xbest.
“soalan 4.
NAMA : FATIMAH BINTI *****(nama terpaksa dirahsiakan)
UMUR : 17 tahun (sweet seventeen tu..)
TARIKH LAHIR : 7 januari 1992
TEMPAT LAHIR : Rumah Bunda
CITA-CITA : Miss world
HOBI : mengumpul setem..menanam pokok bunge..memasak (bakal disayangi emak mertua)
MAKANAN KEGEMARAN : sayur2an hijau (hahaha..)
MINUMAN KEGEMARAN : sky juice je (jimat..)
PENGALAMAN MANIS : termakan gule
PENGALAMAN PAHIT : makan ubat pahit..wekk
ARTIS WANITA KEGEMARAN : INA NAIM
ARTIS LELAKI KEGEMARAN : SAWI(artis baru)
IDOLA : makcik cleaner sebab nak jadi rajin cam beliau.heee~~
MADAH KEGEAMARAN : gagal sekali tidak bermakna akan berjaya pulak lepas nih..
UCAPAN : semoga en samri bahagia dan sihat2 selalu dengan kambing peliharaan
Sekian..terima kasih..”
Begini lah yang fatimah tulis di kertas jawapan..walopun jawapan ni paling kurang bijak di antara semua..fatimah rase..ni la jawapan yang paling cantik dan colourful yang pernah en samri terima..lalala
Kepada semua rakan2 fatimah..doakan semoga fatimah tak kene repeat paper ini semula ye..lilili (penat pulak dari tadi sik lalalala je)
Oh ye..sebelum fatimah menutup siaran..ni fatimah nak crite nih..
Kejadian ini berlaku semasa fatimah ingin mencucuk dinding di depan pondok pak gad pintu TIMUR..ini adalah kerana di dalam purse fatimah, populasi habuk telah mendahului carta berbanding dengan populasi duit..
dan sebagai seorang mahasiswi yang mengamalkan budaya timur yg kuat, fatimah pun bratur la kat barisan yang giler bapak nye panjang tu..fatimah lek2 je la bratur sambil menyanyi2 kecil sebuah lagu zapin..
TIBA2..ade saorang wanita yang anggun lagi menganggunkan tetibe potong barisan..tetibe parking sebelah kawan dia..APEKAH??
lame tak makan kasut boot palapes masak kari ke? Dah la panas2 sini, mekap jename mahal fatimah nak cair dah..leh lak ade yg potong barisan..antu tol..
tapi fatimah lek2 je la..malas fatimah nak marah2..buat tambah kedut kat muke je..(abeh..yg aku tulis ni bukan tanda2 kemarahan ke???) lalala.fatimah pun tak tgok sgt muke dia..ntah sape tah..lantak la dia..kalo dia rase potong barisan tu kool..biak p la dia..fatimah yg mengamalkan budaya ketimuran ni xmoh la ikut dia..fatimah sikit pun xde maki sebab fatimah rase orang ramai yang tgah beratur tu mesti dah berlori2 maki dia..nasib kamu la wanita..
Itu la pengalaman hari pertama fatimah bertemu dengan incik exam.. laporan lintas langsung untuk hari kedua dan seterusnya akan menemui penonton di saluran 8 TV C(televisyen congo)..
Sekian..mekasih..lalala
p/s: crite tentang EC2 ade dibawah ini..sekian..malu2..blushing suda nih..
<a href=http://myspace.laymark.com>