Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia pula menjaga kehormatannya”
Selain soal solehah, lelaki mahukan wanita yang bijak terutama yang dapat mendorong atau mengurangkan tekanannya terhadap masalah yang dihadapi.
Lelaki suka memilih pasangan yang tidak pernah mempunyai teman lelaki dan tidak bergaul keterlaluan dengan rakan-rakan lelaki.
Lelaki amat suka dengan wanita yang lembut, baik dan memiliki sifat keibuan.
Lelaki suka memilih pasangan yang tidak pernah mempunyai teman lelaki dan tidak bergaul keterlaluan dengan rakan-rakan lelaki.
Lelaki amat suka dengan wanita yang lembut, baik dan memiliki sifat keibuan.
Jika saudari tidak mempunyai ciri-ciri ini tetapi ada lelaki yang menyatakan cintanya kepada saudari, AWAS, dia mungkin pendusta.
Sesungguhnya tiada cinta selain kecintaan kepada Allah S.W.T. Tiada berhak seseorang hamba itu mencintai selain penciptanya yang maha Agung dan penyayang. Ketahuilah kecintaan seseorang hamba kepada hamba yang lain hanya semata-mata kerana Allah S.W.T. Cinta bukan kerana Allah S.W.T adalah dusta sama sekali dan hanya menurutkan hawa nafsu yang tidak pernah puas. Kecintaan kepada makhluk mestilah berlandaskan iman dan takwa kepada Allah S.W.T.Ketahuilah kenikmatan percintaan adalah selepas perkahwinan. Sepasang suami isteri yang bercinta adalah lebih nikmat dibandingkan dengan sepasang kekasih yang bercinta kerana hawa nafsu. Ketahuilah percintaan sebelum perkahwinan adalah mimpi indah yang akan berakhir apabila seseorang di alam realiti (selepas perkahwinan). Apabila memasuki alam realiti segala mimpi adalah tidak berguna dan sewaktu itulah segala kekurangan dan kelemahan suami isteri terserlah. Maka rumahtangga kurang bahagia. Bercintalah selepas perkahwinan walaupun akan menghadapi beberapa kesusahan tetapi itulah kenikmatan bercinta sebenar sebagaimana sepasang kekasih yang belum berkahwin menghadapi rintangan semasa bercinta. Apa yang perlu digusarkan, jika ada yang berkenan tanyalah pada Allah S.W.T (solat istikharah).
Sesungguhnya manusia tidak boleh membuat pilihan yang tepat.
Ketahuilah kehidupan di dunia hanya sementara, bila-bila kite boleh bertemu Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T izinkan kita nikmati nikmat dunia, bersabarlah..Masanya akan tiba juga.
Wallahu’alam.
Ketahuilah kehidupan di dunia hanya sementara, bila-bila kite boleh bertemu Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T izinkan kita nikmati nikmat dunia, bersabarlah..Masanya akan tiba juga.
Wallahu’alam.
0 NASIHAT:
Post a Comment