Wednesday 14 October 2009

ANDA TAHU TAK TEKANAN ITU APE??

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:30


Ia terjadi pabila:-
1)      Pada HARI SABTU  yang dingin , serasa enak jikalau terus bergulung dalam selimut tebal yang diimport khas dari rumah selepas subuh sehinggalah awal tengahari..(xde nye awal tengahari kalo dah bangun pun pukul 12 tengahari)..tetapi apekan daya anda harus bangun juga untuk menghadiri KO-KU yang pada zaman persekolahan dulu anda hanya pergi sekali iaitu pada MESYUARAT AGUNG sahaja. . anda terpaksa mengucapkan selamat jalan romeo anda pada bantal golek ’pooh’ dan juga selimut anda...anda juga terpaksa menjadi jeles dengan roomate anda  kerana kelihatan beliau sungguh enak berguling di atas katil..TEKANAN BUKAN?

2)      Pada ketika anda hendak menaiki BAS PADA HARI SABTU untuk ke kelas KO-KU, tiada kelihatan langsung BAS  yang mundar mandir di situ.. apabila anda terus tunggu dan tunggu dan tunggu laksana menunggu itik bertelur telur platinum, MASIH TIADA BAS YANG KELIHATAN..dan pabila jam di tangan orang yang berdiri bersebelahan anda (bayangkan anda tiada jam) menunjukkan pukul 7.45 pagi, baru la kelihatan SEKETUL BAS sedang terhegeh2 memasuki kawasan apartmen kediaman anda..(apartmen? Xbleh blah..)..kelas anda pukul 8 pagi..7.45 baru ade seketul bas..TEKANAN BUKAN?

3)      Pada ketika hanya seketul bas sahaja yang kelihatan, mereka2 yang tidak ade manner yang sopan seperti miss world ini menolak2 ketika menaiki bas.. mereka bukan menolak dengan keadaan yang sistematik seperti menolak sedikit dan kemudian menganjak kebelakang sedikit untuk mengambil jarak..mereka menolak, menolak dan terus menolak bagaikan jentolak menolak rumah setinggan di ibu kota..anda yang mengamalkan tatasusila budaya timur ini akan tersepit bukan?..xkisah apa jua saiz anda..jikalau mereka semua mengamalkan budaya bangladesh semasa menaiki bas, diyakini anda bakalan mengalami sesak saluran pernafasan akibat dihimpit dengan teruk laksana nasik himpit..jadi..TEKANAN BUKAN?

4)      Pada ketika selepas menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan angin yang maha dasyat dalam perjalanan ke kelas, sesampai sahaja di kelas, didapati HANYA ANDA SORANG SAHAJA makhluk hidup yang berada di situ..pabila anda mengerling sekilas jam di hempon jenama murah anda, kelihatan sudah pukul 8.05pagi..anda berasa pelik kerana anda menganggap bahawa anda sudah agak terlambat..setelah menunggu seketika di kelas, satu persatu teman sekelas anda memenuhi ruang..tapi BAYANG-BAYANG INSTRUKTOR anda tidak juga kelihatan sejak dari tadi..pabila di mesej, beliau memberitahu bahawa beliau akan sedikit lambat..LAMBAT?? instruktor lambat datang?? Anda tentu terpinga-pinga mengenangkan rasionalnya anda tergesa2 pergi ke kelas walhal instruktor anda mungkin sedang enak bercanda bersarapan dirumah..TEKANAN BUKAN?

5)      Pada ketika instruktor anda datang, jam di hempon TELAH MENUNJUKKAN PUKUL 9 PAGI..kelihatan beliau cukup kasual mengenakan seliapar yang sesuai digunakan ke pasar2 malam sekitar lembah kelang..juga dengan muka beliau yang agak macam baru sahaja 20minit bangkit dari katil..beliau juga kelihatan agak2 malas dalam mengatur langkah nya ke depan kelas.. dan pabila beliau mendudukkan diri ke kerusi, ayat pertama yang beliau lontarkan ialah:-

”saya sebenarnya malas nak buat kelas hari ini....bla..bla..bla..kelas kite hari ni sejam je kan..nanti sejam yang saya lambat nih kite buat replacement class ye..”

Anda yang telah melalui begitu banyak onak dan duri nih mesti rasa mahu melemparkan tong gas ke arah beliau kan? TEKANAN BUKAN??

6)      Pabila telah dijanjikan tarikh tempat masa yang sesuai, anda pun terpaksa menghadiri kelas ganti yang pada dasarkan disebabkan oleh sikap beliau yang gemar menghadirkan diri beliau terlalu lambat ke kelas..dan seperti sikap2 sebelum ini..kelas asalnya bermula pada pukul 8 MALAM akhirnya tertunda sehingga pukul 9 MALAM..sebabnya??? sebabnya adalah seperti yang di atas. Selain itu, belioau juga ada memesan kepada anda untuk MEMBAWA TALI AGAR DAPAR SAMA-SAMA BELAJAR MEMBUAT IKATAN..tetapi di sebabkan kelewatan beliau yang memang telah di agak oleh semua pelajar dan kesukehatian jiran dia mengubahkan planning asal pengajaran dia, akhirnya ARAHAN BELIAU BERTUKAR KEPADA:-

”nanti balik rumah BUAT SEMUA IKATAN TU..NANTI TAMPAL KAT BOD HITAM TU..SABTU NIH SAYA NAK TENGOK..TAK BUAT XDE MARKAH”

Apa anda rasa? Anda rasa mahu melenyek beliau dengan VAN SAFEGUARD yang diparking di taman u itu bukan? Macam mana anda mahu buat ikatan itu semua jika anda belum belajar..TEKANAN BUKAN??

JADI, SEKARANG ANDA TAHU TAK TEKANAN ITU APE???







8 NASIHAT:

F.Aminurrashidd said...

isk giler bangkai pemalas instruktor, raja segala hampagas ker hape?

''Anda yang telah melalui begitu banyak onak dan duri nih mesti rasa mahu melemparkan tong gas ke arah beliau kan?''

ayat itu menyebabkan aku xleh bayang kalo betul2x ko lempar tong gas kat dier.. hahaha~

aku seorang Temah said...

tang ni aku cume tekanan je..tang kes budak2 girl guide yang seorang dua nih lagi buat haku mendidih darah..


memg tekanan ngan instruktor tu wey..

F.Aminurrashidd said...

ha?? ape hal lak?? ko x moh post kew? heheh (berpura-pura jadi naif disini yerr)

Rich said...

meh sini mak nak komen...itu bukan instruktur, tetapi pekerja kontraktor namanya! cip, len kali jgn join pandu puteri...mmg dipandu crazy ler (prejudise!) heheheh...

aku seorang Temah said...

fawez: post? cam malas lak..takut tergune bahasa2 kasar..hahaha

rich (byak woo duwet hehehe): tu la pasal nye..suai jadik buruh binaan je dia tuh..tekanan aku heh

Mizz QeLLe' said...

adoiiii...tekanan...tekanaan...tp...
cobaaaannnnnn...hehe...

handhalah ibnu kamil said...

aku nak gelak boleh di simpang2 kesesakan dan ketekanan yang berada dalam diri anda?

apakah?

aku seorang Temah said...

kelle: memg tekanan ni kelle...adehh...xpe kelle, sem depan pandu puteri kite sekelas...huhu

abu: buleh abu..buleh...sangat dialu2kan..

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea