Macam nih la senang cerita.. setElah u kesayangan hamba ini menukar pusat kuliah nye dari rumah kedai ke kawasan perindustrian berat, merasalah bebudak ini duk bertapa dalam bas lebih lame dari semasa rumah kedai digunakan.
Komen aku? okeh je.. tempat pun lawa.. dan selesa..
Ok.. camni.. kemudahan kat situ pun aku kire mantap.. aircond boleh dirase di hampir segenap ruang.. kat kaki lima.. kat tandas pun ade.. hoho.. memang ketiak sentiase kering lah senang cakap.. tapi ini bukan bermakna xpayah pakai deodorant..no..no..no.. deodorant dan manusia dapat aku ibaratkan seperti isi dan kuku.. memang tak boleh pisahkan.. kalau dipisahkan, maka pincanglah dunia.. tak pakai perfume mahal2 pun xpe.. TAPI… deodorant mesti mau pakai ok.. (MEREPEK like usual)
surau pun mantap.. hoho.. kalo kat kampus, suraunye alahai.. lagi2 kat HEPA.. macam terkurung dalam surau tu.. dia punya aroma, jangan cerita la.. bercakap tentang surau.. aku kire perkara nih aku dah pendam lame..dari sejak aku ade kat sini lagi.. tapi aku rase kali ni bende ini perlu ditegur.. ia mungkin terjadi kat mane2.. bukan kat tempat aku je..
camni lah.. mungkin bende ni nampak remeh bagi sesetengah orang.. tapi aku.. no..no..no..
seingat aku, surau ni disediakan oleh pihak berkenaan adalah untuk memberikan LEBIH keselesaan kepada pelajar.. kemudahan untuk solat dan tak perlu lah nak terkocoh2 solat kat umah sebelum ke kelas.. contohnya kalau kelas cuma ada gap dari pukul 1 petang-2 petang.. jadi mahu tidak mahu, solatlah sahaja di surau yang berdekatan. Kalau nak balik alamatnye sampai ke kelas semula pada pukul 3 petang.. nescaya ditempeleng sampai tercabut gusi oleh lecturer.
Dan aku juga paham, dalam waktu 1petang-2petang itu memang merupakan ruang waktu yang mencabar kredibiliti kelopak mata kita untuk kekal terbuka.. ok..itu aku paham sangat.. tapi yang aku tak faham ialah, kenapa surau yang sepatutnya boleh memuatkan lagi ramai orang kelihatan sesak mesak dek kerana ade manusia2 terpelajar yang menjadikan surau sebagai bilik rehat mereka.. melingkar2 tengah jalan.. lebih teruk lagi, secara berkumpulan pulak tuh.. melingar itu ialah berbaring2 ye kawan2.. kalau yang duduk itu biasalah.. lagi menarik, ada juga yang sempat menaip asgment.. aku rase bende nih xpatut berlaku .. kan lebih elok kalau surau itu digunakan hanya untuk solat. Masuk, solat, selepas siap, keluar..mungkin dengan cara itu dapat mengurangkan lagi kesesakan surau itu.. kita beri la peluang kat kawan2 lain nak solat.. ye tak?
Ok.. ini lagi satu
Aku paham.. kadang2 kita nih terlalu banyak bende yang kita nak cakapkan sampai dari kelas bawak ke lif, bawak ke bas, bawak ke toilet dan JUGA BAWAK KE SURAU… kita asyik nak bercerita.. pasal assignment lah.. lelaki la..lecturer lah.. facebook la..lelaki la sekali lagi.. ok.. aku faham.. tapi boleh tak mintak sesuatu.. camni.. nak bercakap, sila kan.. aku tak minta lebih dengan tidak langsung memberi peluang untuk bercakap dalam surau.. tapi aku cume mintak volume itu direndahkan la supaya tidak menggangu jemaah yang lain.. kesiankan.. bagi aku.. aku juga tak sempurna.. juga sukar nak kusyuk ketika solat..
yelah, mungkin kita bilang, “kalau solat kusyuk hal2 lain mesti xde effect” tapi dah kalau kita berborak2 dengan suara seperti berborak di kedai mamak sambil makan kacang putih, sedikit sebanyak mengganggu.. lagi2 xsampai pun semeter jarak kita dengan kawan2 yg tengah solat.. kesian dia kan.. lagi2 ada juga kalangan kita yang diluar nampak molek.. tapi hakikatnya xsemolek yang ditunjukkan pada orang ramai. Disebabkan oleh ini, mungkin ada orang yang tidak lagi memandang kita seperti dulu.. lebih teruk lagi, mungkin kita telah memberi generalization kepada semua orang mengenai kita dan juga mereka yang sealiran dengan kita.. ia buruk bukan?
Maafkan aku, Aku juga bukan insan sempurna.. tapi aku rasa perkara ini tak patut berlarutan..
Yang ikhlas,
1 NASIHAT:
pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas.
Post a Comment