Thursday, 30 September 2010

SHARING IS CARING

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 23:15 0 NASIHAT

ehem2.. actually aku jumpa ini pabila aku search 1 lirik.. lirik ape? eh malulah nak cerite.. :P

just want to share it with you guys..

sebelum itu.. nak lagi mantap pembacaan.. sila dengar sekali instrumental music di bawah ye..


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


What is love?

Are your palms sweaty, is your heart racing, and is your voice caught within your chest? -it isn't love, it's like.


You can't keep your eyes or hands off of them, am I right? -it isn't love, it's lust.


Are you proud, and eager to show them off? -it isn't love, it's pride.


Do you want them because you know they're there? -it isn't love, it's loneliness.


Are you there because it's what everyone wants? -it isn't love, it's loyalty.

Are you there because they kissed you, or held your hand? -it isn't love, it's low confidence.

Do you stay for their confessions of love, because you don't want to hurt them? -it isn't love, it's pity.

Do you belong to them because their sight makes your heart skip a beat? -it isn't love, it's infatuation.

Do you pardon their faults because you care about them? -it isn't love, it's friendship.

Do you tell them every day that they are the only one you think of? -it isn't love, it's a lie.

Are you willing to give all your favorite things for their sake? -it isn't love, it's charity.

Does your heart ache and break when their sad? -then it's love.

Do you cry for their pain, even when they're strong? -then it's love.

Do their eyes see your true heart, and touch your soul so deeply it hurts? -then it's love.

Do you stay because a blinding, incomprehensible mix of pain and relation pulls you close and holds you there? -then it's love.

Do you accept their faults because they're a part of who they are? -then it's love.

Are you attracted to others, but stay faithful without regret? -then it's love.

would you give them your heart, your life, your death? think about it for a second.

this is all so true. it makes so much sense. and remember...love is a very powerful word. so the next time you want to use it, ask yourself these questions. do you really love him/her?


p/s: kehkehkeh.. aku memang suka buat pe'el kanak2 lembam :P

Photobucket

Monday, 27 September 2010

UNGKEP KARI

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 20:35 0 NASIHAT
ehem2..
arini chef temah nak memulakan kelas ye temen2.. (tang yg temen2 itu baca dalam nada nabila sinetron mutiara hati..xtau? sila gugel "nabila mutiara hati")
.
.
.
.
.
.
.
.
(nada serius)
xde.. camni.. tadi aku tetibe lah rajin kunun2.. jadi aku pun bajet nak masak lah.. oleh itu, aku pun p la kedai lepas bola baling tadi kunun2 nak mencari chicken.. last2 hatiku hampa dan hancur berkecai.. chicken dah habis pulek.. yelah kan.. pkul 7 malam dah.. kedai mane je yg ade chicken lagik.. kalo nak jugek, kene p selongkar reban sendiri lah.. tak gitu.. jadi aku mengambil langkah drastik dengan membeli saje sepaket sosejr cam AYAMas (ayam juge kan)..

pabila siap la semuanya..menunaikan kewajipan bagai, aku pun mula bertempur.. berbekalkan pengalaman cetek tentang dunia perdapuran, aku pun mule la mengumpulkan bahan2 semua.. wow.. ketika ini daya ingatan yang tinggi memang aku perlukan dek nak mengingat bahan2 nak memasak ungkep ini.. nak je aku tepon acik saniyah tanya resepi.. tapi ego aku menghalang.. aku risau di smashing oleh beliau.. last2 dalam 20 minit memikirkan bahan2 ape yg sebenar2nya, ego aku tewas juga dengan permainan minda ini.. aku tepon la acik saniyah..



"assalamualaikum..may i speak to acik saniyah plisssss.."

"ok..pliss hold on for a minute.. she's on her way.."

kedengaran suara adikku yg malas mandi dihujung talian..

aku menjawab kasual dan simple ..
"ok"

sebentar itu,

"acik saniyah speaking, who's there?"

"omak.. ni den ni ha... nak masak ungkep kari camno ah.. den lupo la tang bahan2 eh tu.. meh bagitau den jap.. den nak masak ha.. poghut dah kebulur amek ni ha..."

"kemon dear, cool bebeh.. first... u need.....

aku menyalin pantas bahan2nye di dalam kepale hotakku..

pastu aku menyampuk sikit percakapan acik saniyah

"omak2..ni kalau ganti an ayam tuh dengan sosej, buleh ko?"

acik saniyah pula meniru gaya kasualku dan menjawab...

"if you want to change it to tayar basikal oso can"

aku sedih..sejak akhir2 nih acik saniyah dah pandai menyentap..

"ok la omak.. bye..see you soon.. assalamualaikum"

.
.
.
.
.
.
.
.
.

UNGKEP KARI
bahan2:
1. Ayam yang sudah siap dibersihkan, dibuang bulu.. dan segala2nye lah..
2. cili kering yang sudah dikisar/ cili boh.. ekceli cili boh yang jual kat kedai nih xsedap macam yang cili blend sendiri kat umah.. oh ade satu tip.. kalo blend cili kering yang sudah direbus tuh, letak sikit minyak masak ngan bawang putih..
3. 2 atau 3 sudu makan serbuk kari.. serbuk kari daging/ayam tuh.. cap ape2 pun boleh.. asal serbuk kari.. jangan p letak serbuk asam boi pulek...
4. bawang merah..bawang besar pun boleh.. xde beza pun.. hoho
5. bawang putih..
6. halia
7. kunyit
8. serai sikit (kalo xde pun xpe)
9. minyak masak untuk menumis.. ini penting.. jangan lak p taruk minyak moto.. jangannnn...

*bahan2 diatas tertakluk pada hemat tukang masak sendiri.. kene ejas sendiri la.. xgheti la nak letak exact portion..

cara2 nye ialah..

1. tumbuk bwang merah, bawang putih, halia dan kunyit.. (kalo xde lesung.. hiris halus pun boleh.. ahaha.. kat umah aku xde lesung.. kang ade pulak yang ketuk pintu umah nak pinjam lesung.. mano dapek..)

2. panaskan minyak dalam kuali (again.. umah aku xde kuali.. yang ado hanyalah piuk nasi.. haha.. asal ape yg ade je gune la.. kalo nak feeling zaman hang tuah, leh la idupkan api gune kayu kat bawah pokok mane2 then bawak la piuk segala masak kat situ..kan?)

3. tumiskan bahan2 yang ditumbuk itu dengan cili dan serbuk kari sehingga garing.. (ok.. proses ini bahaya sikit.. bagi sesiapa yang umah dekat2 ngan felo itu, jage2 sikit.. jangan feeling suri rumah sangat sampai beriya menumis sampai terbau umah felo nun.. masak ko kang bile felo datang, angkut piuk2 ko sume...)

4. pabila dah garing..orang kate dah terbit minyak..(orang kate la..bukan aku kate), boleh la masukkan ayam/daging/sosej itu... kacau hingga sebati ye.. jangan taruk air dulu... no..no..no..tutup semula periuk menggunakan tudung periuk.. tudung arianni ngan sanggul rambut tuh xde kene mengene dalam ini cerita ok..

5. setelah lebih kurang 15minit.. (kalo gune piuk nasik dia memang berzaman sikit) p la tinjau lauk anda itu.. mengikut pengalaman aku, at this point, ayam/ daging itu akan mula mengeluarkan air beliau sendiri.. kalo sosej pulak ketika ini beliau sedang mengembang dengan pesat.. letak air sikit.. bagi dia paras2 dengan ayam/ daging/ sosej itu.. dan letak lah segala bagai garam, gula, MSG (kalo nak), pastu asam keping ( kalo nak letak bubuh 1 je yg kecik... tapi lepas 5 minit letak asam keping tuh, kene angkat asam keping itu.. kalo tak kang, lauk ko jadik asam jawa la pulak..ok?)

6. masak sehingga ia empuk.. kalo ayam kejap je.. lagi2 kalu gune chicken breast tuh.. daging take time sikit.. sosej pun kejap je.. jgn sampai overcook pulek.. chicken breast nih kalo overcook, leh jadik keras cam kayu.. kesat tekak kau tau tak.. daging pun same.. akan jadik liat sampai tertanggal gusi kau..




ok.. tu je.. sekian terima kasih..

p/s: johnny depp telah tertinggal dengan secara sengaja di rumah.. jadi xde gambar sosej masak ungkep kari.. (T T)




Photobucket

Sunday, 26 September 2010

KEREPEK-KEREPEK BUATAN MALAYSIA

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:52 3 NASIHAT

Tell me when was the time that people around you treat you as equal?

Can you tell me now?

You can’t?

Guess what.. I already know the answer since then..

You can’t even remember when that time is because the time that you were looking for

does not exist.

All this time, you just playing hide and seek with your own self..

You thought of hiding yourself from the truth.

So that you will not encounter with the reality..

The reality that you simply shove it under your bed..

Pretending that it is not there..

Pretending that everything just fine..

Everything flow according to your will..

But you are very wrong..

Please wake up..

Before I wake you up by slamming your head against the wall..

Before I wake you up by stabbing your face with the fork..

Or before I wake you up by simply kicking up your butt..

Now you choose..

Before I chose it for you..



yours sincerely,

Photobucket

Saturday, 25 September 2010

AKU MERAJUK (ALASAN!)

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 13:54 3 NASIHAT
REHAT DARI MENGUPDATE BLOG..
MERAJUK..






(alasan kuat tak? hahahaha)
Photobucket

Tuesday, 21 September 2010

TEGURAN SESAMA MANUSIA DARI INSAN YANG TIDAK SEMPURNA

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 20:54 1 NASIHAT

Macam nih la senang cerita.. setElah u kesayangan hamba ini menukar pusat kuliah nye dari rumah kedai ke kawasan perindustrian berat, merasalah bebudak ini duk bertapa dalam bas lebih lame dari semasa rumah kedai digunakan.

Komen aku? okeh je.. tempat pun lawa.. dan selesa..

Ok.. camni.. kemudahan kat situ pun aku kire mantap.. aircond boleh dirase di hampir segenap ruang.. kat kaki lima.. kat tandas pun ade.. hoho.. memang ketiak sentiase kering lah senang cakap.. tapi ini bukan bermakna xpayah pakai deodorant..no..no..no.. deodorant dan manusia dapat aku ibaratkan seperti isi dan kuku.. memang tak boleh pisahkan.. kalau dipisahkan, maka pincanglah dunia.. tak pakai perfume mahal2 pun xpe.. TAPI… deodorant mesti mau pakai ok.. (MEREPEK like usual)

surau pun mantap.. hoho.. kalo kat kampus, suraunye alahai.. lagi2 kat HEPA.. macam terkurung dalam surau tu.. dia punya aroma, jangan cerita la.. bercakap tentang surau.. aku kire perkara nih aku dah pendam lame..dari sejak aku ade kat sini lagi.. tapi aku rase kali ni bende ini perlu ditegur.. ia mungkin terjadi kat mane2.. bukan kat tempat aku je..

camni lah.. mungkin bende ni nampak remeh bagi sesetengah orang.. tapi aku.. no..no..no..

seingat aku, surau ni disediakan oleh pihak berkenaan adalah untuk memberikan LEBIH keselesaan kepada pelajar.. kemudahan untuk solat dan tak perlu lah nak terkocoh2 solat kat umah sebelum ke kelas.. contohnya kalau kelas cuma ada gap dari pukul 1 petang-2 petang.. jadi mahu tidak mahu, solatlah sahaja di surau yang berdekatan. Kalau nak balik alamatnye sampai ke kelas semula pada pukul 3 petang.. nescaya ditempeleng sampai tercabut gusi oleh lecturer.

Dan aku juga paham, dalam waktu 1petang-2petang itu memang merupakan ruang waktu yang mencabar kredibiliti kelopak mata kita untuk kekal terbuka.. ok..itu aku paham sangat.. tapi yang aku tak faham ialah, kenapa surau yang sepatutnya boleh memuatkan lagi ramai orang kelihatan sesak mesak dek kerana ade manusia2 terpelajar yang menjadikan surau sebagai bilik rehat mereka.. melingkar2 tengah jalan.. lebih teruk lagi, secara berkumpulan pulak tuh.. melingar itu ialah berbaring2 ye kawan2.. kalau yang duduk itu biasalah.. lagi menarik, ada juga yang sempat menaip asgment.. aku rase bende nih xpatut berlaku .. kan lebih elok kalau surau itu digunakan hanya untuk solat. Masuk, solat, selepas siap, keluar..mungkin dengan cara itu dapat mengurangkan lagi kesesakan surau itu.. kita beri la peluang kat kawan2 lain nak solat.. ye tak?

Ok.. ini lagi satu

Aku paham.. kadang2 kita nih terlalu banyak bende yang kita nak cakapkan sampai dari kelas bawak ke lif, bawak ke bas, bawak ke toilet dan JUGA BAWAK KE SURAU… kita asyik nak bercerita.. pasal assignment lah.. lelaki la..lecturer lah.. facebook la..lelaki la sekali lagi.. ok.. aku faham.. tapi boleh tak mintak sesuatu.. camni.. nak bercakap, sila kan.. aku tak minta lebih dengan tidak langsung memberi peluang untuk bercakap dalam surau.. tapi aku cume mintak volume itu direndahkan la supaya tidak menggangu jemaah yang lain.. kesiankan.. bagi aku.. aku juga tak sempurna.. juga sukar nak kusyuk ketika solat..

yelah, mungkin kita bilang, “kalau solat kusyuk hal2 lain mesti xde effect” tapi dah kalau kita berborak2 dengan suara seperti berborak di kedai mamak sambil makan kacang putih, sedikit sebanyak mengganggu.. lagi2 xsampai pun semeter jarak kita dengan kawan2 yg tengah solat.. kesian dia kan.. lagi2 ada juga kalangan kita yang diluar nampak molek.. tapi hakikatnya xsemolek yang ditunjukkan pada orang ramai. Disebabkan oleh ini, mungkin ada orang yang tidak lagi memandang kita seperti dulu.. lebih teruk lagi, mungkin kita telah memberi generalization kepada semua orang mengenai kita dan juga mereka yang sealiran dengan kita.. ia buruk bukan?

Maafkan aku, Aku juga bukan insan sempurna.. tapi aku rasa perkara ini tak patut berlarutan..

Yang ikhlas,


Photobucket

Sunday, 19 September 2010

ASSIGNMENT PROF SANIYAH SEMUA DAH SETTLE

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:05 3 NASIHAT
assignment2 dari PROF SANIYAH:-

1. kajian tentang pencuci ape yang terbaik untuk membuatkan cermin tingkap dan pintu bersinar2 macam beca terbang TV3. sumber dan dapatan kajian perlu dikepilkan bersama assigment.. menurut prof saniyah, lagi baik disertakan dengan testimoni2 dari penduduk sekitar.. semuanya kene hantar dalam dua copy. 1 hardcopy, 1 lagi letak dalam CD.

SETEL

2. methodology dalam pembuatan rendang ayam ala thai.. kene siapkan bahan2 yang mengikut acuan yang betul.. kalau dalam buku resepi kate seulas bawang merah, letak je la seulas.. jangan memandai nak letak selori.. tapi satu lah.. kalau tulis suh letak garam secukup rase, letak je la.. tapi jangan rase.. pegi amek pen, potong secukup rase, gantikan dengan sesuka hati.. mane buleh rase time puase.. mungkin penulis buku resepi tak kaji dulu struktur ayat.. main bedal je.. ni sume la nih,, nak kene bedal ke?

SETEL

3. field work tentang kuih2 raya pula.. pehh.. yang ini betul2 mencabar kredibiliti... bahan2 dibeli 3 hari sebelum deadline.. ko gile.. berterabur aku ngan coursemate aku, oitok dan kak ina terkial kat bilik kuliah prof saniyah.. paling tak boleh blah, fieldwork ini bukan saje di observe oleh prof saniyah, juga diselia dan di kawal rapi di bahagian quality control oleh dekan fakulti prof emiritus Jamal.. lagi lah terkial2.. tak baik la prof emiritus jamal.. ade lak di perlekehkan amali yang kami lakukan.. katenye "sedap ke tak nih".. ayat2 itu dirakam dalam bentuk MP3 dan diperdengarkan sentiase lalu menjadi halwa telinga kami..

SETEL

4. disebabkan markah bawa (carry mark) aku tak cukup untuk memperoleh A atau paling koman pun C, maka prof saniyah telah menambah lagi assigment. kali ini satu lagi kajian tentang kaitan tapak tangan licin dengan sabun membasuh pinggan yang digunakan. pinggan2 yang digunakan untuk uji kaji ialah berjumlah sepuluh lori simen hasil dari tetamu2 yang begitu hype.. dan bagi aku yang sedia ada tapak tangan cam buaya, jangan harap la nak jadik lembut dek menggunakan sabun yang sesuai.. sample sabun basuh pinggan jenama X itu aku dah hantar pada makmal.. tapi xpayah hantar pun xpe.. sah2 la sabun basuh pinggan memang xde kait mengait dengan tangan tukang basuh pinggan.. cilakak..iklan tipu aku..

SETEL



.......................................................................................................................................

semuanya telah ditaip kemas menggunakan font times new roman font 12..
spacing aku tipu sikit2.. prof saniyah kate spacing 1.0 sudah.. tapi aku bantai spacing 2.0..
pehtu paling koman prof kate 1 asiggment lebih kurang 30 pages.. tapi aku rase input aku terlalu banyak.. sampai 1 assigment aku bantai buat 58 pages.. ini siap kire komen, keluhan dan rungutan beserta dengan references stail APA..
lagi satu, prof pesan, assigment itu jangan comb bonding pulak.. tape binding je di benarkan..



begitu komited aku menyiapkan assignment prof saniyah..
assigment lain?




kire cincai sume sekali, dapat aku rumuskan bahawasanya,
hanya muke depan je yang dah siap.. isik nye belum lagi..
belum ade hidayah..


Photobucket
 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea