Pada hari yang indah nian..hamba telah dijadualkan oleh pegawai perhubungan awam hamba untuk menghadirkan diri ke subuah majlis exam-exam di istana rumah kedai.. majlis exam-exam ini bukanlah best giler seperti majlis tari menari sambil memakai kasut kaca..no..no..no.. (sambail goyang jari telunjuk).. majlis ini menuntut semua tetamu yang datang untuk “menggoreng” satu set jawapan dari soalan yang dibaling oleh pengawal istana yang segak bergaya mengenakan gaun labuh ciptaan bill keith..
Sebelum hamba menghadirkan diri ke majlis exam-exam ini..hamba adalah juga membelek-belek BOOK OF SHADOW (pengaruh Charmed yang melampau) pemberian tok guru hamba pada malam sebelumnya.. BOOK OF SHADOW yang di bekalkan sungguh la tebal laksana tebalnya cinta hamba pada ayam goweng.. hamba mula berpikir dengan menggunakan otak hamba yang tak berape intelek ini cara2 menackle DEMON-DEMON yang dibangkitkan dalam BOOK OF SHADOW ini..tetapi hampa..jiwa hamba berasa sangat gundah gulana bila tidak ada saorang pun DEMON yang kekal dalam ingatan tulus ikhlas hamba..hamba pasrah..lalu terus membuka folder MOVIE di dalam lappy hamba yang tak berape mahal ni sambil menyanyi lagu Pasrah yang vocal originalnya adalah dari Erra Fazira..pabila hamba membelek folder MOVIE itu, tiada satu movie pun yang belum hamba saksikan..semuanya sudah hamba saksikan..
Jadi berbekalkan jaringan Wifi yang agak laju (mungkin beliau menaiki jet pejuang ketika ini), maka sekali lagi, otak hamba yang kurang intelek ini merangka satu strategi yang suci dan gunalah tanpa was-was.. hamba pun memuatturun la movie Hindustan dari laman sesawang You Tube..Quality gambarnya ialah A-.. ah..hamba tidak peduli itu semua..yang penting ia percuma tanpa sebarang caj tersembunyi.. selepas selesai mendonlod, hamba pun tgok la sikit MOVIE itu..Chori Chori Chupke Chupke..sikit-skit sahaja..itu pun sudah sebak dada hamba menyaksikannya..untuk pengetahuan semua, hamba adalah seorang pahlwan melayu yang sangat lembut hatinye..euuuwww..hamba bukan hadek2 ok…jangan salah faham,..nanti hamba krimkan santau angin kapada tuan hamba baru tahu..
Selesai sneak peak MOVIE itu, hamba kembali semula ke landasan yang benar-benar belaka.. kembali menghadapi BOOK OF SHADOW..ah..fikiran hamba bercelaru..ikan cencaru masak sambal lagi enak dari fikiran hamba yang bercelaru ini..hamba kembali tergelincir dari landasan yang benar itu..iman hamba tergoda dek kerana panggilan ladang dan kedai mamak bahtera yang hamba usahakan..wuwuwu..bukan dosa hamba bila naluri sebagai petani dan pengusaha restoran lebih menguasai..
Setelah penat lelah membanting tulang 4 empat kerat mencari rezeki, mata hamba tiba2 rasa mengantuk sungguh..hamba menutup BOOK OF SHADOW, dam terus memberadukan diri hamba..niat di hati pagi itu mahu ke GUA CANSELORI menguruskan hal ehwal pertapaan hamba di sini..tetapi apakan daya, mata hamba sangat degil..mahu tertutup sahaja..too bad..(eh..hamba sudah pandai berbahasa inggeris..lepas ini hamba mahu mengkirimkan khabar gembira ini pada bonda)
Eh..tuan hamba semua, mari hamba cerita pula hal ehwal ketika majlis exam-exam tadi..
Hamba pun tidak tahu la..apa la nasib hamba..mungkin event manger yang menguruskan majlis itu tidak menyukai hamba..hamba ditempat di satu sudut berdekatan dengan binatang yang digelar penghawa dingin..ah..sudah..hamba ini sudah la batuk-batuk bagai mahu terkeluar kerongkong..di letak pula hamba di situ..memg “sekian,mekasih” la hamba di situ..
Semint pertama..batuk-batuk manja
5 minit seterusnya..batuk-batuk mesra
Minit-minit seterusnya..batuk-batuk biasa
20 minit pertama..batuk-batuk-batuk-lagi
30 minit..pergi ke ladies..BATUK KUAT-KUAT..
Kuar dari ladies, hamba rase mahu mengalirkan air mata..macam mana mahu goreng soalan kalo batuk-batuk..wuwuwu..dalam 2 jam itu..dewan dihidangkan dengan muzik orkestra kerongkong hamba sahaja..
P palang S: wuwuwu..habis hangus hamba goreng..hadirin dan hadirat lain semuanya goreng rangup-rangup..
P palang S lagi: maaf dihulur pada sapa2 yang merasa orchestra kerongkong hamba tadi sangat menjengkelkan..
(oh ya..hamba harap keluarlah soalan seperti “siapakah teraju utama Chori Chori Chupke Chupke”..takpun.. “siapakah memegang watak sebagai makcik sedara kepada jiran Raj Malhotra di Switz”..tetapi hampa..)
8 NASIHAT:
siapakah penchori yg telah menchori chori chupke chupke itu??
zindagi kya mohabbat nga akele hum akele tum??(alih suara)
entah..mungkin seorang insan yang bernama choki2..huhu..
hahhaa...
chip klaka lor..
heheh
anyway xterggu pon bnyi ko btok...
xpasn kot...
mb telalu khusyuk menhasil novel smbil mnggoreng kerepek...
hehehe
huhu..elle...
aku tulis crite dongeng ade lah tuh...
batuk nan puteri oblong (engkau la) ittew tidak mengacau konsentrasi haku meratah soalan, tetapi bunyi kemuntahan sorang ahli serta rembesan angin ujian suara 'p', 'b', 'k' & 't' oleh someone ittew yang mengganggu haku...
stef: huhu..nox, mak sedaye upaye menahan kebatukan mak nox..tapi tu la..tekak mak gatal2 la..rase macam mahu digaru dijalan raye saje kekdahnye...huhu..bunyik2 /p/ /b/ tuh memg xdapek la mak nak nolong to nox..nasib ko la duk depan dia..hahaha
putra almaliki: (putra negara mane nih..ngeh2..)
thanks..huhu..baik..akan menjengah nanti ke blog tuan hamba..
terer gila boleh goreng
sume org buleh goreng wey..tapi nengok la skill camne..hahah...jangan hagus sudeyy..
(pes time fatul datang blog aku..xde bunge malai la nak bg..kehkeh..)
Post a Comment