Tuesday, 5 March 2013

DRAMA-DRAMA BACHELOR EDUCATION

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:10

Hai sayang!!!
Gila bertahun tak update.. bukan apa, sibuk.. sibuk lahhh sangat.. ekceli takde bende yang interesting yang nak dibahaskan dibebelkan.. biasalah hidup seorang penganggur, ape je yang menarik.. makan tido ajelah kejenya kan.. gila kauuu.. lame gila nak tunggu kerajaan Malaysia ni nak postingkan aku.. kalau aku kawen, keluar dah anak sorang.. haaa kelas kau jahh.. kehkehkeh.. ye, tapi serius, ade kenalan aku kat uni yang sempat beranak sorang dalam pada masa menunggu nak posting.. efektif dan inovatif sangat..

Aku sebenarnya kurang paham drama yang menimpa aku dan bebudak B.Ed yang lain.. dulu macam nak mati kitorang compresskan 3 semester dalam satu tahun (2011) dengan harapan (janji ditabur oleh pihak yang berkaitan) akan dipostingkan cepat.. tapi nan hadoo.. mati kering tunggu posting.. habis je final exam sem 6, terus pegi praktikum.. tak sempat joli tetibe kene pegi praktikum pulak.. habis je praktikum, dapat lah cuti seminggu pastu terus masuk untuk final semester pulak.. final semester kene buat thesis pulak.. pastu kene pulak buat report action research.. memang tak cukup tanah la masing-masing.. senang cakap, aku memang busy lah mak jemahh hoii.. (banyak pulak perkataan “pastu” dengan “pulak”..ehhh)

Ni sekarang pulak, bebudak B.Ed ni semua tengah meroyan dek hal posting-memosting ni (haaa kauu..hambik imbuhan kata majmuk baru ciptaan aku..kelasss tak).. ceritanya macam ini.. untuk tujuan penempatan (posting) kitorang (bebudak B.Ed) ni akan melalui proses temuduga yang maha hebat cabarannya (over sgt).. untuk proses temuduga ni, memasing tak tentu dek arah mengapal segala mak nenek PPPM 2013-2025, dasar-dasar kerajaan, kementerian, isu semasa dan pendek kata semualah yang terkene mengene dengan industry pendidikan ni ha. Kumpul punya kumpul nota-nota yang berkaitan untuk persediaan temuduga ni, adelah dalam 200++ mukasurat.. (muntah)

Lalu menggigih la kitorang, berusaha mengapal, berusaha mengingat dengan bersungguh.. tapi aku memang tak boleh nak ingat, lagi pulak mengapal.. tapi aku gagahkan jua membaca demi sebuah impian untuk mengeluarkan diriku dari kelompok pengangguran (muka bersemangat waja).. TAPIIII.. bila SPP dah naik nama untuk urusan temuduga (atau lebih dikenali sebagai IV-singkatan kepada interview), nama aku langsung tak naik.. adelah dalam 856 kali aku cek, nama aku masih tak naik.. aku sumpah cuak, kecut perut, berpeluh sejuk bila nama aku tak naik-naik.. hati kecilku berkata “gile babeng..takkan nak tunggu lagi setahun kot..syaitonnn”.. Budak kelas aku ada dah yang dapat, aku mula terasa sekadar dipinggiran.. setiap kali check, kuar natang ni..



Gila kentang nebes aku tau tak.. kalau lah andai kata nama aku tercicir dari system, maka gelaplah donia ku ini.. aku memang mengharap la.. fyi, aku ade apply jawatan pegawai perkhidmatan pengajian tinggi DH41 jugak.. kiranya, kalau lulus temuduga, akan dilantik menjadi tenaga pengajar kar kolej komuniti ataupun politeknik, sudah pegi interbiu kat putrajaya.. tetapi resultnya sangat lah hampagas..



GAGAL katenye.. sedih I tauu.. tidak mengapalah, dah orang tak sudi..

Ok, balik kepada isu nama aku yang tak naik2 dalam system untuk temuduga ni.. dalam 2, 3 hari tu, maka keluarlah memo ineww..



Katanya kalau pointer 3.5 dan ke atas dan juga praktikum A/A- maka tergolong dalam kelompok penilaian khas.. kelompok penilaian khas ni xpayah pegi temuduga, terus ke lantikan tetap DG41.. tapi yang memuskilkan kepala hotak aku ialah ade jugak bebudak yang 3.6, 3.7, 3.8 praktikum A/A- kene p interbiu.. drama apekah ineww? Aku punya pointer pun paras2 hidung jaa, cukup2 jaa lepas syarat minimum.. adalah sangat mustahil jika aku boleh terhumban di dalam kelompok bebudak bijak pandai ni.. aku punya panik jangan cakap la.. runsing mengenang nasib yang tidak tahu hujung pangkal (menangis bawah shower).. mujur aku tak tomoi itik jiran untuk melepaskan kekecewaan aku..

Selang beberapa hari, aku mendapat khabar berita yang kitorang boleh mentelepon SPP untuk buat semakan nama untuk kelompok penilaian khas.. aku pun, tanpa membuang masa, terus mentelepon SPP untuk mendapatkan pengesahan mengenai status hubungan kami aku yang kini terumbang ambing di badai ombak rindu nyanyian shila hamzah sambil menangis teresak-esak.. Setelah cubaan kali ke 657 kali, maka telepon pun di awab oleh seorang pegawai yang bersuara peramah.. Dia terus straight tanya no ic.. pastu dia cakap yang nama aku memang ada dalam SENARAI NAMA UNTUK PENILAIAN KHAS.. syukur sangat.. kalaulah nama aku tercicir, makanya aku akan membawa diri berhijrah ke Guatemala..


Ok.. itu je lah yang aku nak cerita.. drama-drama yang melanda diriku sejak akhir-akhir ni.. berjumpa kita di lain warkah..

p/s: sejak akhir-akhir ni aku ade masalah sindrom korea.. dulu aku sumpah menyampah dengan korea, sekarang asyik-asyik nak tengok korea je.. normalkah aku?

Yang Benar:
  Photobucket

xoxo

2 NASIHAT:

diya jamal said...

pergh, penilaian khas~!
apasal susah sgt ko nk posting nih?
fatin senang je? (walupun bukan B.Ed)

.: Si BungaKopi : . said...

huhuhu..akhirnya kann. short sem la sgt kita ni.

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea