Sunday, 4 January 2015

MEDIA SOSIAL MEMBUNUH IQ MANUSIA

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 21:11
Ok fine.. heading serupa sakai.. kenalah dengan gaya yang sudah beberapa masihi tidak mengupdate blog.. haruslah skill memblog pun menjadi sendu.. ala lagipun scene blog ni pun dah ala-ala melukut di tepi gantang..  ada pun, orang tak heran.. tak ada pun lagi orang tak heran.. seperti jugak diriku ini.. (menangis bawah sinki)

Aku teringat lagi masa mula-mula ada blog dulu.. haih semua benda aku nak bagitahu.. masa tu hormon menulis (..pun boleh) sangatlah membuak-buak.. bila aku kata semua, aku memang maksudkan semua.. dari cerita berebut-rebut naik bas suasana edaran saaaampailah ke perihal roommate kesayangannnnn (..sangat). tapi itu dulu..zaman uni, waktu tu umur 21-23 camtu.. pikiran pendek, otak singkat.. sekarang ni dah matang, berkaliber, professional, berkerjaya etc.. (masuk mesin basuh, spin sendiri) tapi aku terfikir, adakah stail pemikiran aku berubah seiring dengan perubahan umur dan landskap sosial? (..peh landskap sosial.. ayat seperti mengundang cacian)

Untuk bercakap tentang aspek pemikiran ni, aku sebenarnya takut nak komen lebih-lebih.. nanti kang ada orang sentap dengan aku, taknak kawan sampai bila-bila kang.. hahaha.. it is true man.. kita semua ni secara semulajadinya sukaaaaaaa sangat dengan yang indah-indah sahaja.. tak boleh la orang nak komen kita lebih-lebih.. harus sentap selama tiga tahun.. betul tak? Gila kau tak betul, pasal aku pun perangai begitu jugak.. typical kan?

Paling koman kita mesti ada termasuk dalam satu ke dua group Whatsapp kan.. pernah tak kau mendapat stress berat dek hal ehwal group Whatsapp ni? Aku penah.

Selain Facebook, Group Whatsapp ialah tempat ZERO COMMON SENSE.. I mean it.. like seriously.. kemon lah.. ramai orang dalam Group Whatsapp sangat memerlukan common sense, sama macam diorang perlukan deodorant.. kann.. aku selalu hampir hilang akal apabila sering terbaca perkara-perkara yang budak tadika perpaduan pun dapat beza benda tu betul ataupun tipu.. main copy paste je suka hati dia.. main share je.. ayooo.. bila orang lain tanya “betul ke?” “sahih ke?” “serious?”, pastu dia jawab “entahlah, aku pun tak tau..aku share je dari group lain”.. apa kejadah main copy paste hal yang tak tau asal usul? KILL ME.

Solusi aku mudah.. aku mute group tu untuk 1 year.. I’ve had enough.. aku takut, bla lama-lama baca benda-benda bodoh gitu, takut menjejaskan IQ aku pulak..

Ok bye..jumpa lagi tahun depan..

kehkehkehkeh
Photobucket

0 NASIHAT:

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea