Hai sayang!!!
Gila bertahun tak update.. bukan
apa, sibuk.. sibuk lahhh sangat.. ekceli takde bende yang interesting yang nak dibahaskan
dibebelkan.. biasalah hidup seorang penganggur, ape je yang menarik.. makan
tido ajelah kejenya kan.. gila kauuu.. lame gila nak tunggu kerajaan Malaysia
ni nak postingkan aku.. kalau aku kawen, keluar dah anak sorang.. haaa kelas
kau jahh.. kehkehkeh.. ye, tapi serius, ade kenalan aku kat uni yang sempat
beranak sorang dalam pada masa menunggu nak posting.. efektif dan inovatif
sangat..
Aku sebenarnya kurang paham drama
yang menimpa aku dan bebudak B.Ed yang lain.. dulu macam nak mati kitorang
compresskan 3 semester dalam satu tahun (2011) dengan harapan (janji ditabur
oleh pihak yang berkaitan) akan dipostingkan cepat.. tapi nan hadoo.. mati
kering tunggu posting.. habis je final exam sem 6, terus pegi praktikum.. tak
sempat joli tetibe kene pegi praktikum pulak.. habis je praktikum, dapat lah
cuti seminggu pastu terus masuk untuk final semester pulak.. final semester
kene buat thesis pulak.. pastu kene pulak buat report action research.. memang
tak cukup tanah la masing-masing.. senang cakap, aku memang busy lah mak jemahh
hoii.. (banyak pulak perkataan “pastu” dengan “pulak”..ehhh)
Ni sekarang pulak, bebudak B.Ed ni semua
tengah meroyan dek hal posting-memosting ni (haaa kauu..hambik imbuhan kata
majmuk baru ciptaan aku..kelasss tak).. ceritanya macam ini.. untuk tujuan
penempatan (posting) kitorang (bebudak B.Ed) ni akan melalui proses temuduga
yang maha hebat cabarannya (over sgt).. untuk proses temuduga ni, memasing tak
tentu dek arah mengapal segala mak nenek PPPM 2013-2025, dasar-dasar kerajaan,
kementerian, isu semasa dan pendek kata semualah yang terkene mengene dengan
industry pendidikan ni ha. Kumpul punya kumpul nota-nota yang berkaitan untuk
persediaan temuduga ni, adelah dalam 200++ mukasurat.. (muntah)
Lalu menggigih la kitorang,
berusaha mengapal, berusaha mengingat dengan bersungguh.. tapi aku memang tak
boleh nak ingat, lagi pulak mengapal.. tapi aku gagahkan jua membaca demi
sebuah impian untuk mengeluarkan diriku dari kelompok pengangguran (muka
bersemangat waja).. TAPIIII.. bila SPP dah naik nama untuk urusan temuduga
(atau lebih dikenali sebagai IV-singkatan kepada interview), nama aku langsung
tak naik.. adelah dalam 856 kali aku cek, nama aku masih tak naik.. aku sumpah
cuak, kecut perut, berpeluh sejuk bila nama aku tak naik-naik.. hati kecilku
berkata “gile babeng..takkan nak tunggu
lagi setahun kot..syaitonnn”.. Budak kelas aku ada dah yang dapat, aku mula
terasa sekadar dipinggiran.. setiap kali check, kuar natang ni..
Gila kentang nebes aku tau tak..
kalau lah andai kata nama aku tercicir dari system, maka gelaplah donia ku
ini.. aku memang mengharap la.. fyi, aku ade apply jawatan pegawai perkhidmatan
pengajian tinggi DH41 jugak.. kiranya, kalau lulus temuduga, akan dilantik
menjadi tenaga pengajar kar kolej komuniti ataupun politeknik, sudah pegi
interbiu kat putrajaya.. tetapi resultnya sangat lah hampagas..
GAGAL katenye.. sedih I tauu.. tidak
mengapalah, dah orang tak sudi..
Ok, balik kepada isu nama aku
yang tak naik2 dalam system untuk temuduga ni.. dalam 2, 3 hari tu, maka
keluarlah memo ineww..
Katanya kalau pointer 3.5 dan ke
atas dan juga praktikum A/A- maka tergolong dalam kelompok penilaian khas..
kelompok penilaian khas ni xpayah pegi temuduga, terus ke lantikan tetap DG41..
tapi yang memuskilkan kepala hotak aku ialah ade jugak bebudak yang 3.6, 3.7,
3.8 praktikum A/A- kene p interbiu.. drama apekah ineww? Aku punya pointer pun paras2
hidung jaa, cukup2 jaa lepas syarat minimum.. adalah sangat mustahil jika aku
boleh terhumban di dalam kelompok bebudak bijak pandai ni.. aku punya panik
jangan cakap la.. runsing mengenang nasib yang tidak tahu hujung pangkal
(menangis bawah shower).. mujur aku tak tomoi itik jiran untuk melepaskan
kekecewaan aku..
Selang beberapa hari, aku
mendapat khabar berita yang kitorang boleh mentelepon SPP untuk buat semakan
nama untuk kelompok penilaian khas.. aku pun, tanpa membuang masa, terus
mentelepon SPP untuk mendapatkan pengesahan mengenai status hubungan kami
aku yang kini terumbang ambing di badai ombak rindu nyanyian shila hamzah
sambil menangis teresak-esak.. Setelah cubaan kali ke 657 kali, maka
telepon pun di awab oleh seorang pegawai yang bersuara peramah.. Dia terus
straight tanya no ic.. pastu dia cakap yang nama aku memang ada dalam SENARAI
NAMA UNTUK PENILAIAN KHAS.. syukur sangat.. kalaulah nama aku tercicir, makanya
aku akan membawa diri berhijrah ke Guatemala..
Ok.. itu je lah yang aku nak
cerita.. drama-drama yang melanda diriku sejak akhir-akhir ni.. berjumpa kita
di lain warkah..
p/s: sejak akhir-akhir ni aku ade
masalah sindrom korea.. dulu aku sumpah menyampah dengan korea, sekarang
asyik-asyik nak tengok korea je.. normalkah aku?
Yang Benar:
xoxo
2 NASIHAT:
pergh, penilaian khas~!
apasal susah sgt ko nk posting nih?
fatin senang je? (walupun bukan B.Ed)
huhuhu..akhirnya kann. short sem la sgt kita ni.
Post a Comment