Saturday 24 December 2011

BERHENTI BERHARAP (ecehhhh... :P)

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:36


assalamualaikum.. 

aku bukanlah suka sangat nak jadi manusia pesimis. aku memang try untuk cuba berlagak optimis.. yang sentiasa berfikir bahawa it's not the end of the world. tapi tak boleh. sebab ape? sebab keadaan. di sini dengan jelas aku nak meletakkan segala kesalahan di bahu "keadaan". "keadaan" selalu meletakkan aku di dalam situasi yang rumit. aku selalu berada di situasi yang aku tak inginkan. 

aku pernah menjadi orang yang penuh dengan perancangan hidup. pada tahun 2006-2007, aku dah nampak dah rancangan masa depan aku bagaimana dan dengan siapa perancangan itu di realisasikan. aku nampak semua itu. tapi bayangan masa depan aku tu makin lama makin kabur. sampai satu tahap (sekarang) aku rasa aku punya rancangan masa depan dah semakin hilang. in fact, dah takda. ya, sekarang aku sudah tiada perancangan masa depan.

sudah tiada perancangan masa depan, bukanlah bermakna aku nak menyatakan di sini bahawa masa depan aku sudah gelap. macam drama cerekarama lah pulak. tiada perancangan di sini bermaksud, aku sekarang hidup hanya bersandarkan ketetapan DIA yang punya cerita. kalau DIA tetapkan aku begini, dan aku akan jadi begini.. jika ketetapan DIA begitu, aku akan jadi begitu.. 

mungkin dengan menyatakan sebegini, orang akan nampak aku seperti seorang yang loser, tak berjuang dan tiada matlamat. terus terang aku nak nyatakan di sini bahawa aku tiada kuasa yang mengatur apa persepsi orang terhadap aku. orang yang judgemental itu bukanlah orang yang memberi aku makan nasik+ayam goreng+kuah kari. jadi buat apa aku nak ambil tahu tentang apa yang orang nak cakap tentang aku. kan?. 

sebab utama aku sudah tiada perancangan hidup ialah aku sudah berhenti berharap. ye, mungkin bunyinya macam lagu shela on 7, tapi itulah kenyataannya. 


Photobucket

0 NASIHAT:

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea