ok ni entry simple..
sekarang kat IPTA semua tengah sibuk nak PilihanRaya Kampus..
ok fine..
aku sebagai student di salah satu institusi tertua ( kot la.. 1922 bukak kan??) kat malaysia nih sedikit sebanyak memang merasai jugak la kepanasan bahang2 perjuangan yang diorang sume panggil sebagai "POLITIK KAMPUS"
POLITIK?
ok fine..
aku dapat tafsirkan aku ialah seorang yang buta POLITIK..
serius aku tak paham selok belok dan kenapa dan mengapa semua isu atau topik atau kontroversi dalam sesuatu kejadian "PERPOLITIKAN" ini terhasil..
siot.. gua memang clueless..
yang aku tau aku mai sini nak belajar dan nak grad..
lagipun kat surat tawaran yang datang dari institusi ini tiada dalam satu baris pun yang mencadangkan:
"selain menamatkan pengajian dalam tempoh 4 tahun, anda digalakkan untuk berPOLITIK"
surat kome ade?
surat aku xde..
ok fine..kan dah membebel..
sebenarnya dalam minggu pilihanraya nih, aku bertugas sebagai pemantau dan membantu felo kolej..
aku kire tahap kuli-kuli je la..
kot2 ade la yang nak merusuh kan..kan? kan? ade???
kalo ade yang nak merusuh ke, bako kolej ke, bako moto ke..kirenye aku dan beberapa rakan sepasukan kene amik port la.. kene la kitorang amek baldi sorang satu pergi jirus yang terbako tuh..
tapi disebabkan xde orang bako moto ataupun kolej (hati je ade sikit terbako)
aku cume duk perati je la deme nih buat rapat umum@raih undi@jual menifesto dan sebagainya.. tapi malangya, serius dooo..gue memang xpaham sepatah haram yang deme nih cakap.. yang aku tau perjuangan.. tapi belum nampak..
jadi.. aku rase aku xkan nampak sebab?
AKU MEMANG BUTA POLITIK
serius..xmain2 punya.. berdiri lame2 macam nak patah pinggang tadi, tapi 1 input aku xdapat..
ahahaha
AKU CUMA HARAP SANGAT PIHAK YANG BENAR AKAN MEMPEROLEH KEJAYAAN dan SEMANGAT BERJUANG ITU AKAN TERUS KEKAL, bukan semarak hanya pada ketika ini sahaja...
p/s: AKU perlukan guideline undi ngundi ISNIN nih.. kalo tak aku main bedal je pangkah sambil tutup mate..
p/s/s: (INI SERIUS PUNYA) homaigoddd.. kalo xde idea pun jangan lah sampai tega ko buat menifesto UNTUK MENAMBAHKAN BILANGAN WATER COOLER? kamon la.
1 NASIHAT:
haha. water cooler skarang banyak kuman. tolak ar manifesto tu.
Post a Comment