Masih dengan PRK (PilihanRaya Kampus).. 20 febuari jam 9.00 malam aku dah siap2 nak turun ke tapak rapat umum, as usual untuk bertugas sempena PRK ni la.. menurut tuan pengetua kolej, malam nih mungkin lagi PANAS dari hari sebelum sebab malam nih kirenye kali terakhir berkempen..
Aku bukan cakap ape lah.. aku memang exhausted gile nak mati.. tadi pagi sampai petang kat kampus p kursus kawen . penat lenguh punggung dengar ceramah pun xabis lagi.. dah kene bertugas malam nih.. tapi tanggungjawab kan.. ahaha.. mula2 tapak rapat umum penuh ngan parti A.. serba biru arini deme.. mula2 ok je la.. dorang just mekak ngan geng dorang je..
Then..dalam kol 10.30 malam, kumpulan parti M dan rakan sepasukan parti L serba KUNING datang berkonvoi nun dari proton city.. dengar kabo, dorang tadi ade solat hajat perdana kat sane.. good2.. tapi itulah, bila dua ideology yang berbeza bertemu di “MEDAN KAU-KUTUK-AKU-AKU-KUTUK-KAU” itu, jangan harap le dorang ni bile jumpe leh salam peluk cium pastu main lat talilat laili tamplom kat tengah tapak rapat umum tuh..no no no no..
Aku dan rakan sepasukan sedar yang keadaan akan jadi macam permainan sukan tarik tali pabila akan start mula tolak2 nanti bile dah duk dekat2.. aku dan sorang rakan sepasukan pegi la jaga dorang yang sedang berarak masuk tuh.. actually, kumpulan serbe KUNING is my feveret.. ahahaha.. ok.. dah sambung balik.. sedang diorang berarak ke tapak tuh. Parti BIRU duk ada lagi kat tengah2 tuh sebab mase tuh ade 4 lagi calon deme lum berpidato.. sorang berpidato 7 minit. 7 minit kali dengan 4 orang=28 minit.. kau cuba bayang sekarang ape akan jadi.. dapat bayang? X? ok.. meh aku sambung citer lagi..
Serius, keadaan mula dah tak terkawal..bila kumpulan serba kuning nih semakin maju ke hadapan, aku yang berada antara kumpulan biru dan kuning semakin lame semakin tersepit di celah abang2.. abang2 biru dan abang2 kuning.. aku actually kaget bila kumpulan kuning start buat roar, suruh calon parti biru berhenti bercakap.. dalam masa yang sama, makin lame dorang makin rapat dan akhirnya cume ade kire2 sedepa je jarak antara abang2 biru dan abang2 kuning.. kat tengah2 tuh aku… dapat bayang?
Kali ini aku terpaksa buang prasan kaget dan mula bertindak berlandaskan norma2 gadis sopan.. dorang jerit2 tak puas hati dengan parti biru..pastu aku cakap dengan nada yang lembut.. ..yelah ustaz mase kursus kawen tuh bilang, untuk mengawal kemarahan, kene bercakap lemah lembut
“sabar ye..sekejap je lagi..”
Ayat2 nih aku ulang ade dalam 20 kali jugak.. tapi semua tak ambik port. . sume tengah panas membara.. dah tak kesah sume, silap2 aku kene tempeleng kat situ.. pastu ade sorang abang kuning reply kat aku dengan nada yang aku kire buleh mengguris hati..
“boleh ketepi tak sebelum ape2 terjadi”
Wawauu.. aku rase sungguh sentap.. hello, aku bukan di situ untuk buat traffic obstruction ok.. aku di situ bertugas supaya aku xde la kene pukul nanti dalam kubur sebab tak amanah dengan tugas.. dah la dosa lain yang queue nak kene pukul dalam kubur tuh banyak.. kan.. tapi demi memastikan aku buat keje aku seperti ape yang diamanahkan, aku reply balik abang kuning itu dengan nada lembut yang masih sama
“awak boleh tolong bersabar sikit tak? Saya nak tolong awak nih”
Then.. gaya lembut gadis2 aku berjaya.. abang kuning itu dah xbuas dah bile aku minta dia bersabar.. tapi aku memang SALUTE dan tabik spring pada KETUA2 geng KUNING.. dorang COOL je.. bile aku mintak dia supaya dia dapat kawal anak2 buah dia, dia take it easy je.. xde nak emo2.. chill la bebeh.. kate perjuangan, xkan nak suruh bersabar 28minit pun tak boleh..
Pastu bile dah COOL keadaan, aku lepak2 ngan fie kat blakang.. pastu abang KUNING yang marah tadi approach kitorang
“masih student ke?” dia tanya kitorang..
Aku diam..tak jawab.. aku merajuk dan sentap dengan abang kuning itu.. sampai hati kau menggunakan nada yang sebegitu kepada aku..
Fie yang jawab “ye..student”
Dan conversation yang selebihnya fie yang sembang ngan abang kuning itu tanpa aku sedikit pun xamek port..
p/S: orang bilang ini lumrah hidup bila kite berada di posisi yang memerlukan kite berinteraksi dengan ramai orang.. tapi I nak sentap jugak dengan abang kuning itu sampai tahun depan. bye