Ok fine..
heading serupa sakai.. kenalah dengan gaya yang sudah beberapa masihi tidak
mengupdate blog.. haruslah skill memblog pun menjadi sendu.. ala lagipun scene
blog ni pun dah ala-ala melukut di tepi gantang.. ada pun, orang tak heran.. tak ada pun lagi
orang tak heran.. seperti jugak diriku ini.. (menangis bawah sinki)
Aku teringat
lagi masa mula-mula ada blog dulu.. haih semua benda aku nak bagitahu.. masa tu
hormon menulis (..pun boleh) sangatlah membuak-buak.. bila aku kata semua, aku
memang maksudkan semua.. dari cerita berebut-rebut naik bas suasana edaran saaaampailah
ke perihal roommate kesayangannnnn (..sangat). tapi itu dulu..zaman uni, waktu
tu umur 21-23 camtu.. pikiran pendek, otak singkat.. sekarang ni dah matang,
berkaliber, professional, berkerjaya etc.. (masuk mesin basuh, spin sendiri) tapi
aku terfikir, adakah stail pemikiran aku berubah seiring dengan perubahan umur
dan landskap sosial? (..peh landskap sosial.. ayat seperti mengundang cacian)
Untuk bercakap
tentang aspek pemikiran ni, aku sebenarnya takut nak komen lebih-lebih.. nanti kang
ada orang sentap dengan aku, taknak kawan sampai bila-bila kang.. hahaha.. it
is true man.. kita semua ni secara semulajadinya sukaaaaaaa sangat dengan yang
indah-indah sahaja.. tak boleh la orang nak komen kita lebih-lebih.. harus
sentap selama tiga tahun.. betul tak? Gila kau tak betul, pasal aku pun
perangai begitu jugak.. typical kan?
Paling koman
kita mesti ada termasuk dalam satu ke dua group Whatsapp kan.. pernah tak kau
mendapat stress berat dek hal ehwal group Whatsapp ni? Aku penah.
Selain
Facebook, Group Whatsapp ialah tempat ZERO COMMON SENSE.. I mean it.. like
seriously.. kemon lah.. ramai orang dalam Group Whatsapp sangat memerlukan
common sense, sama macam diorang perlukan deodorant.. kann.. aku selalu hampir hilang
akal apabila sering terbaca perkara-perkara yang budak tadika perpaduan pun
dapat beza benda tu betul ataupun tipu.. main copy paste je suka hati dia..
main share je.. ayooo.. bila orang lain tanya “betul ke?” “sahih ke?” “serious?”,
pastu dia jawab “entahlah, aku pun tak tau..aku share je dari group lain”.. apa
kejadah main copy paste hal yang tak tau asal usul? KILL ME.
Solusi aku
mudah.. aku mute group tu untuk 1 year.. I’ve had enough.. aku takut, bla
lama-lama baca benda-benda bodoh gitu, takut menjejaskan IQ aku pulak..
Ok bye..jumpa
lagi tahun depan..
kehkehkehkeh