Thursday, 26 May 2011

USTAZAH LA SANGAT

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 09:11 0 NASIHAT

Assalamualaikum..

Sudah hampir 3 minggu berkhidmat (berkhidmat la sangat kau), ekceli berpraktikum di sini.. suasananya nyaman je.. tenang.. budak2 semua pun takde la buas-buas.. sopan je.. sume muke air sembahyang.. bahahaha..

Kat sini waima ko cikgu matematik, cikgu sains, geografi ataupun pendidikan jasmani, tetap di panggil ustazah atau pun ustaz.. oleh itu secara gear otomatiknya, aku juga di sapa dengan panggilan USTAZAH.. mula2 rasa nak pengsan jugak, tapi lame2 dah lali dah..

Bile kite bercakap tentang sekolah agama, ramai yang kate sekolah agama nih budak2 pasif sikit.. macam tak bercampur dengan orang dan setiap mase berstail imam.. ekceli budak2 sini masih aktif seperti budak-budak sekolah biase CUMA, setiap yang dorang buat berpaksikan cara hidup islam. That is how it should be la kan.. orang islam, kene la amalkan cara islam..

Bilik guru pulak, ade pengasingan antara cikgu laki dan cikgu perempuan.cikgu perempuan duduk bilik lain, cikgu laki ade bilik guru dorang sendiri..

Dalam 3 minggu nih banyak je bende yang terjadi.. kalau nak ditulis semua maun makan 2, 3 hari jugak nak habis.. yang penting, aku boleh cakap yang kau pasti akan rindu gile babeng kat skola nih once bile dah habis praktikum nanti..


Ok la..bye..



Photobucket
 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea