Friday, 30 December 2011

RAKYAT MALAYSIA JUDGEMENTAL KAH?

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:55
*entry mari berpikir*

assalamualaikum.. sekarang, yakni 30 disember 2011, aku sedang bercuti a.k.a menjadi nanny mcphee seketika kerana salah seorang sibling aku punya anak (anak buah aku heyy apesal susah payah benor ko nak describe nih hah?) dimasukkan ke hospital dek kesihatan yang tidak mengizinkan. aku di sini lebih kepada misi kemanusiaan PBB. tugas aku adalah menguruskan rumah tangga. dari kemas rumah, masak sampai lah ke acara bangun tengah malam buat susu budak (dua kali jari aku tersimbah air panas.. sodap ghaso eh mamai punya pasal)

ekceli, kat kawasan perumahan nih serius ramai niger. sangat ramai. petang2 dorang main bola kat taman. besar2 diorang tuh.. tough2 macam aaron aziz, tak pun paling koman macam adi putra badan berminyak. pastu ekceli aku ade terbaca belog wartawan sensasi (ok..aku memandai) bro mazidul akmal pasal AWANG HITAM. nak baca KELIK CINI dan CINI <----- mintak pelempang

aku faham dan mengerti bahawa rakyat afrika nih BANYAK sangat dah menipu rakyat malaysia bahkan di seluruh duniaaaaa (ye over). tapi kenapa media2 semua guna nickname AWANG HITAM untuk diorang? kenapa? sebab warna kulit dorang? hah! tak baik tau mengutuk warna kulit orang..  kita kat malaysia bumi bertuah nih berbuih2 suruh budak2 sekolah belajar sivik, beljar erti penerimaan, belaja hidup multi cultural, tapi kita orang tua selamber je panggil orang awang hitam..

woi, aku bukan lah beking brother afrika nih, tapi kemon lah rakyat malaysia. we can avoid this PENIPUAN thing.. but never be judgemental. BUKAN semua orang afrika tuh datang sini nak menipu duit orang malaysia.. bukanlah lah mak dorang lahir2 je dah pesan kat anak dia macam nih "dah besar nanti, pegi malaysia, orang malaysia ramai yang kaya dan lonely..pegi kikis duit dia" it's a big NO. (gaya aku beking macam aku ade balak afrika kan?)

bagi aku, PENIPUAN nih berlaku adalah totally silap rakyat malaysia (mangsa sendiri). they (the african) didnt took their (victims') money by force. si mangsa sendiri yang tangkap leleh kat brother africa ape pasal??? nak kene pelempang? pastu bila dah ternoda dan tersedar dengan kesilapan sendiri bila balak afrika dah cabot lari bawak duit dia, baru nak mengelupur report polis, tepon wartawan suruh interview masuk sokkabar METRO. 

Kalau nak kata tak tau atau tak sedar dengan kes2 penipuan nih, nampak sangat momohongnya.. kat sokkabar bertempek headline "rugi 14ribu: wanita terpedaya dengan awang hitam" takpun "pelamin anganku musnah: kekasih warga afrika kebas wang belanja perkhawinan".. memang banyak pasal bende nih kat media.. tapi kes nih tetap jadi.. tak tau apesal.. mangsa2 nih tak tau membaca ke? tak tau membaca? ok fineeee.

bila dah tertipu dan tersedih sebab ditipu dah akaun  bank ada 2posen, dalam tabung ayam ada 1.50 baru nak menangis dan time tuh baru lah nak kuar semua statement negatif pasal boipren sasa made in afrika dia tuh.. kalau tak, dulu siapkan didukung, dimandikan lagi.. macam princesssss (joyahhhh sangat kauuu). time tu barulah kuar semua ko punya AWANG HITAM bagai.. kalau tak, si awang hitam tuh lah yang kau panggil BRAD PITT.
*rujuk silang: entry brader mazidul.


rakyat malaysia, tolong lah.. jangan jadi mangsa.. kes dah ade.. berlambak.. pelis lah, bak kata seorang commentator kat blog brader mazidul "kalau nak lari, larilah lah dengan jejaka lombok.. senang orang nak datang selamatkan" (ehhh...ada kene mengene ker?)



Photobucket

0 NASIHAT:

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea