Masuk hari ini, sudah 2 bulan dan beberapa hari temah menginap di *-*-* (no rumah terpakse dirahsiakan ). Pada semua hadirin dan hadirat yang suke melepak sambil makan kuaci kat blog nih mesti selalu membaca keluh kesah kak esah temah tentang banyakkkkkk perkara. Bile emosi menggelegak macam gunung berapi Kilimanjaro, mule la tulis tanpa berpikir panjang.. tulis ikut sedap urat penkreas je. Kadang-kadang bile bace2 balik entry lame2, rase annoying jugak dengan diri sendiri.. banyak sangat mengeluh..
Entry-entry mengeluh, marah-sakit hati-rase nak pijak orang je:-
1. I QUIT
2. AKU SEBENARNYE TAK TAU NAK UPDATE PASAL APE SEBAB MINGGU INI MINGGU MARAH-MARAH SEDUNIA..
4. ANDA TAHU TAK TEKANAN ITU APE??
Banyak lagi sebenarnye entry dalam ketegori serupa..malas nak link J
Camni.. dalam banyak2 entry tuh, temah selidik dalam-dalam, membuat carta pai dan graf bar berganda semua, temah dapati banyak sungguh entry temah yang menjurus kepada masalah dengan housemate2 temah.. kenape ye? Temah pun semakin hari semakin sayang keliru dengan fenomena yang membimbangkan hati nurani ni.. kenapa temah sering berproblem dengan housemate? Adekah temah seorang yang sesuai duk dalam hutan kawan ngan monyet-monyet? Ataupun housemate2 temah iteww yang monyetnye sekarang?
Persoalan itu temah cuba rungkaikan satu persatu demi menjawab semua beban pemikiran yang melanda temah sekarang. Temah lebih suke menggunakan pendekatan TRIVIA dalam menggali lebih dalam (brape banyak dalam daaa) permasalah jiwa ini.
TRIVIA 1:
Dengan berkadaran seminggu sekali membasuh baju, temah juga menghadapi masalah berkaitan ampaian.
Penerangan tentang trivia : housemate sume pakat-pakat sidai baju pastu tak gheti nak angkat, macam vavik.. nak tunggu orang angkatkan ke? P mati lagi baik. Tak cukup dengan ampaian di balkoni, kat tempat basuh baju pun letak bersilang2 tali berbagai jenis dan warne dek nak menggantung asset memasing.. agak aku yang nak membasuh ni nak meengok dorang punye ke? Pastu time basuh baju, cantik sgt ke kau punye sampai aku nak bertunduk bagai pasal nak mengelakkan asset kau tuh?
TRIVIA 2:
Tempohari, rumah temah disaman felo kerana kasut kat luar tak bersusun.mengikut rekod, sudah 4 kali beliau menegur
Penerangan tentang trivia: ni kalau dah pemalas tuh, baik pegi mam je la.. jangan la nak nyusahkan orang. Kalo ade kelas pagi tuh, kalau tugas, tugas la dulu.. bangun la awal..takkan itu pun aku nak ajar.. kalo takat menyapu ruang tamu yang BESAR tuh ngan susun selipar kat luar tuh, ape la sangat.. xkan itu pun ko nak orang tolong.. pastu kau sorang lagi, kau ketua rumah. Dah la kau lantik diri kau sendiri, pastu ko boleh buat gile lak lepas tangan camtuh.. ko ade sakit gile babi ke? Kau kongsi toilet ngan aku, tapi kalau muke aku nih tak cuci toilet berkarat la toilet tuh.. ape kau ingat aku muke jamban.. aku rase panjang tudung kau lagi lebih dari aku.. xkan hal2 camni pun aku kene slow talk ngan kau.. jangan bagi aku naik gile.
TRIVIA 3:
Untuk rekod, sudah beberapa harta temah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Penerangan tentang trivia: mula2 periuk nasik. Pastu iron, sekarang cerek. Tapi cerek la paling cedera parah.. siap bocor ok. Dush2.. aku nak kate ko B**** xbaik pulak orang ramai bace blog aku. Kang orang kate aku mulut hansuang. Tp tu la. Kau nih memg kurang akal, ko p tekan plak, pastu dalam cerek ko tak bubuh air.. ape kau ingat air tuh otomatik berlari2 dari pili ke dalam cerek sesaat lepas ko on plak tu ke? Cube kau bgtau aku skrg.. aku rase nak pijak je kau tadi, tapi xpe..aku sabar.. aku p amek air semayang, pastu selak2 yassin ngan mathurat yang aini bagi tuh.. baik ko berterima kasih pada aini sekarang kerana hadiah dia buat aku lupe care2 memijak manusia dengan berkesan.
Hah iron. Ko lenjan iron ko bawak p sawah..pastu dah sewel, ko lenjan lak iron aku. o… nak iron yang best je.. yang dah kesat kau xnak.. pastu nih aku nak Tanya kau ni, ko nih sewel ke yang iron baju mesti nak spray menatang yang budak palapes gune tuh untuk iron uniform dorang? Baju kurung ko, tudung ko kalo tak keras cam uniform dak palapes kene lempang ngan pak gad ke? Kalau kene lempang, aku pun takot la..ni yang menyebabkan aku nak p beli spray yang same jugak.. tapi aku xmoh spray kat baju.. aku nak spray kat muke kau? Bijak tak aku?
KESIMPULAN:
temah nak mintak pendapat orang ramai (orang sikit pun boleh) tentang permalasahan temah ni..
temah nak tau adekah temah yang bermasalah atau masalah yang suke temah.. atau pun dorang yang hampagas?
pendapat bijak diperlukan segera sebelum masalah menjadi parah.. sekian..
yang benar dan teraniaya..
5 NASIHAT:
langkah anda mendapatkan surah Yassin dan Mathurat dengan kadar yang segera amatlah bijak bagik meminimalkan darjah kemarahan anda dari setinggi gunung Kilimanjaro kepada bukit nenas KL.
Namun bagi menentang kehabahan itu, anda seharusnya mendapatkan khidmat kaunselor bertauliah yang boleh bagi sesi terapi minda akibat cerek anda bocor itu yerr..
Namun bagi mendapat sesi terapi kaunseling dengan depa, bayaran beratus hengget diperlukan ( so baek laa ko beli cerek baru, pastu jadi cam penjual Ikan, guna sorg2x lam bilek.. lantak laa depa haus kaa, mati kering kaa) heheheh
okeh2x kalo mahal.. anda dinasihatkan berjumpa dengan Aini kerana beliau adalah kaunselor yang tak bertauliah yakni belom dapat degree.
namun AIni boleh je bagi ko sesi terapi minda atau terapi cara-cara nak membidas housemate ko sampai housemate ko berlari-lari anak terjun bangunan akibat tak tahan mendengar ko berdebat soram-soram.
*sekian repekan sayerr*
cik temah..nak aku santau angin rakan hang yang TERBAEK serta TERTAEK tu x??nak??
temah
napa dak pawez komen jela2 ni
ni entri baru dia ka apa ni
hahahaha
temah
aku tengok housemate ngko yang len macam nak telan aku ja masa aku g amik beg aritu
Auni ja okey
temah
sem depan kita sebilik mauk??
ops
yang spray tu
aku cam tau ja sapa...
temah
len kali ngko tak yah bawak
buat sakit ati ja
asyik selalu dirosakkan
mungkin aku juge ade masalah bipolar kot~~
sila kesali~~
Post a Comment