Sunday, 18 October 2009

MARI SAYA AJAR ANDA...

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 06:40


Cara-cara menyidai baju di ampaian yang sempit di rumah yang berkapasiti 8 orang individu dewasa.

BAHAN-BAHANNYA IALAH:-


45 CEBIS Penyangkut Baju cap ibu dan anak
45 KETUL Penyepit Baju cap ADABI
2 KILOGRAM Penggunaan Otak
SEKILOMETER Tali Kasut
SEKILOGRAM Perasaan Bertimbang Rasa
SEMETER Sifat Rajin
SEBAKUL Perasaan Hormat Pada Teman Serumah
1 CAMCA TEH Ingatan Bahawa Bukan Anda Sahaja Yang Bayar Duit Kolej

CARA-CARANYA IALAH:-
1) Kalau anda sudah mengerti yang baju anda banyak, sile gunekan 45 CEBIS Penyangkut Baju cap ibu dan anak untuk menggantungkannya semasa menyidai di ampaian.

2) Untuk mengelakkan baju anda berdekatan satu sama lain dan menyebabkan ia lambat kering, sila gunakan 2 KILOGRAM Penggunaan Otak dengan 45 KETUL Penyepit Baju cap ADABI untuk memastikan baju-baju anda kekal dikedudukan asal.

3) Selain itu, jika anda merasakan anda punye baju melampau-lampau-lampau banyak, sila lah tambah sendiri tali di ampaian dengan menggunakan khidmat SEKILOMETER Tali Kasut. Anda nak bersilang-silang 80 Kali sampai anda terbelit2 kat balkoni tu pun xpe..asal jangan menyusahkan orang.

4) Semasa menyidai baju di ampaian juga, anda perlulah menanamkan SEKILOGRAM Perasaan Timbang Rasa dalam diri anda. Sudahlah tidak menggunakan penyangkut baju. asyik2 baju anda saja berlayar di ampaian.

5) Adalah lebih afdal jika anda mengamalkan SEMETER Sifat Rajin dalam kehidupan anda. Janganlah biarkan saja baju anda di ampaian selama 3 hari berturut-turut tanpa berangkat. Orang lain ini kuli andakah pabila setiap kali mahu menyidai baju terpaksa mengangkat baju anda terlebih dahulu?

6) Sudah la anda lebih muda dari kami, tidak bolehkah anda mempraktikkan SEBAKUL Perasaan Hormat Pada Teman Serumah dengan tidak slamber sahaja membiarkan orang lain susah nak sidai baju dek perangai hampas anda.

7) Akhir sekali, 1 CAMCA TEH Ingatan Bahawa Bukan Anda Sahaja Yang Bayar Duit Kolej perlulah disemat kukuh-kukuh dalam ingatan anda supaya tiadalah orang yang ringan je tangan beliau nak mengkarate modula oblongata anda.


Sekian..selamat mencuba..





12 NASIHAT:

F.Aminurrashidd said...

hahahaah.. entry neh sama sket2x ngan entry ampaian yg aku dah post sem lepas kan.. memang camtuh laa perangai depa.. ingat ampaian tuh diorg punyer.. lats2x aku angkut letak atas meja baju diorang. bertimbun beb...

aku seorang Temah said...

tekanan kan?
rase aku nk lempang je budak mangkuk nih..
dah la tak guni hanger..bangkai tol.


(marah)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

mari kita sama2 melempang yer

F.Aminurrashidd said...

melempang secara berjemaah.. hahaha~

aku seorang Temah said...

man: jom2..

(yang penting aku dah tolak baju2 dia ketepi semasa aku mahu menyidai pakaian ku pada pukul 5 pagi tadi..hehehe..tapi masih marah dengan kesengalan beliau)

fawez: berjemaah buleh..berduet buleh..berduo buleh..sume buleh..adalah sangat digalakkan.

et said...

hek3..tp, semeter je ke sifat rajin? huu~

aiyok..sape la junior yg nk kne sepuk tu? adoi..kt jdik baek, mrk pijak kple plak..debish2!!

aku seorang Temah said...

et: SEMETER sifat Rajin itu sudah memadai kalo beliau mengaplikasikannya dengan betul..

tu la et..kite dah baik2 dan bermanis muke dah...dorang bajet macam bagus lak kat sini..humban dari tingkat 7 ni kang tak pasal je

Mizz QeLLe' said...

cip..lain kali kalo dia masi camtu, ko takyah angkat kain dia..ko jatuhkan je kat bawah tu..ckp kena tiup angin..tak pun...ko tarik n ketepikan kain dia tu setepi2 nya..biarla berkeronyok.....hehehehe

aku seorang Temah said...

kehkeh..aku tarik2 dah kain2, baju2 dia sume ketepi..biar lantak kan..hahah

ninim said...

ngamok nampak...janganlah..nanti tak chumil sudah...

aku seorang Temah said...

aini: heheh..selame nih aku cumel ker??

rubi @ cawan2 said...

moga2 org yg ko sound tu baca post ko ini utk mndpt keinsafan..

 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea