Monday, 26 September 2016

:)

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:56 0 NASIHAT
As time goes by, I realized that we are not the same person anymore. It seems that we are now stranger to each other. It is, in fact, my fault. I just can't help it. It is me who lost in this dire situation. At times, I thought I have the upper hand but I'm totally wrong. For these past several years, I just sat there and do nothing. I am contemplating. My heart screaming in agony; demand me to let it all out. But, my brain do not let me to do so. It kills me. Now, while you are busy building your own happiness, I will just stay here, reminiscing the memories that (I believed) we share together. I just want to let you know that I really appreciate your existence in my life. How I wish I can tell you how much you mean to me. Deep inside, I hope someday you will understand, having you is what I live for. And maybe I did expect too much from you.

Photobucket

Monday, 5 January 2015

MAAFKANLAH AKU

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 01:14 0 NASIHAT
Andai ada entry lama yang aneh-aneh tu.. mohon maafkan aku.. anggaplah itu transition dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.. kahkahkah

ok bye  ðŸ˜µ
Photobucket

Sunday, 4 January 2015

MEDIA SOSIAL MEMBUNUH IQ MANUSIA

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 21:11 0 NASIHAT
Ok fine.. heading serupa sakai.. kenalah dengan gaya yang sudah beberapa masihi tidak mengupdate blog.. haruslah skill memblog pun menjadi sendu.. ala lagipun scene blog ni pun dah ala-ala melukut di tepi gantang..  ada pun, orang tak heran.. tak ada pun lagi orang tak heran.. seperti jugak diriku ini.. (menangis bawah sinki)

Aku teringat lagi masa mula-mula ada blog dulu.. haih semua benda aku nak bagitahu.. masa tu hormon menulis (..pun boleh) sangatlah membuak-buak.. bila aku kata semua, aku memang maksudkan semua.. dari cerita berebut-rebut naik bas suasana edaran saaaampailah ke perihal roommate kesayangannnnn (..sangat). tapi itu dulu..zaman uni, waktu tu umur 21-23 camtu.. pikiran pendek, otak singkat.. sekarang ni dah matang, berkaliber, professional, berkerjaya etc.. (masuk mesin basuh, spin sendiri) tapi aku terfikir, adakah stail pemikiran aku berubah seiring dengan perubahan umur dan landskap sosial? (..peh landskap sosial.. ayat seperti mengundang cacian)

Untuk bercakap tentang aspek pemikiran ni, aku sebenarnya takut nak komen lebih-lebih.. nanti kang ada orang sentap dengan aku, taknak kawan sampai bila-bila kang.. hahaha.. it is true man.. kita semua ni secara semulajadinya sukaaaaaaa sangat dengan yang indah-indah sahaja.. tak boleh la orang nak komen kita lebih-lebih.. harus sentap selama tiga tahun.. betul tak? Gila kau tak betul, pasal aku pun perangai begitu jugak.. typical kan?

Paling koman kita mesti ada termasuk dalam satu ke dua group Whatsapp kan.. pernah tak kau mendapat stress berat dek hal ehwal group Whatsapp ni? Aku penah.

Selain Facebook, Group Whatsapp ialah tempat ZERO COMMON SENSE.. I mean it.. like seriously.. kemon lah.. ramai orang dalam Group Whatsapp sangat memerlukan common sense, sama macam diorang perlukan deodorant.. kann.. aku selalu hampir hilang akal apabila sering terbaca perkara-perkara yang budak tadika perpaduan pun dapat beza benda tu betul ataupun tipu.. main copy paste je suka hati dia.. main share je.. ayooo.. bila orang lain tanya “betul ke?” “sahih ke?” “serious?”, pastu dia jawab “entahlah, aku pun tak tau..aku share je dari group lain”.. apa kejadah main copy paste hal yang tak tau asal usul? KILL ME.

Solusi aku mudah.. aku mute group tu untuk 1 year.. I’ve had enough.. aku takut, bla lama-lama baca benda-benda bodoh gitu, takut menjejaskan IQ aku pulak..

Ok bye..jumpa lagi tahun depan..

kehkehkehkeh
Photobucket

Tuesday, 5 March 2013

DRAMA-DRAMA BACHELOR EDUCATION

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 18:10 2 NASIHAT

Hai sayang!!!
Gila bertahun tak update.. bukan apa, sibuk.. sibuk lahhh sangat.. ekceli takde bende yang interesting yang nak dibahaskan dibebelkan.. biasalah hidup seorang penganggur, ape je yang menarik.. makan tido ajelah kejenya kan.. gila kauuu.. lame gila nak tunggu kerajaan Malaysia ni nak postingkan aku.. kalau aku kawen, keluar dah anak sorang.. haaa kelas kau jahh.. kehkehkeh.. ye, tapi serius, ade kenalan aku kat uni yang sempat beranak sorang dalam pada masa menunggu nak posting.. efektif dan inovatif sangat..

Aku sebenarnya kurang paham drama yang menimpa aku dan bebudak B.Ed yang lain.. dulu macam nak mati kitorang compresskan 3 semester dalam satu tahun (2011) dengan harapan (janji ditabur oleh pihak yang berkaitan) akan dipostingkan cepat.. tapi nan hadoo.. mati kering tunggu posting.. habis je final exam sem 6, terus pegi praktikum.. tak sempat joli tetibe kene pegi praktikum pulak.. habis je praktikum, dapat lah cuti seminggu pastu terus masuk untuk final semester pulak.. final semester kene buat thesis pulak.. pastu kene pulak buat report action research.. memang tak cukup tanah la masing-masing.. senang cakap, aku memang busy lah mak jemahh hoii.. (banyak pulak perkataan “pastu” dengan “pulak”..ehhh)

Ni sekarang pulak, bebudak B.Ed ni semua tengah meroyan dek hal posting-memosting ni (haaa kauu..hambik imbuhan kata majmuk baru ciptaan aku..kelasss tak).. ceritanya macam ini.. untuk tujuan penempatan (posting) kitorang (bebudak B.Ed) ni akan melalui proses temuduga yang maha hebat cabarannya (over sgt).. untuk proses temuduga ni, memasing tak tentu dek arah mengapal segala mak nenek PPPM 2013-2025, dasar-dasar kerajaan, kementerian, isu semasa dan pendek kata semualah yang terkene mengene dengan industry pendidikan ni ha. Kumpul punya kumpul nota-nota yang berkaitan untuk persediaan temuduga ni, adelah dalam 200++ mukasurat.. (muntah)

Lalu menggigih la kitorang, berusaha mengapal, berusaha mengingat dengan bersungguh.. tapi aku memang tak boleh nak ingat, lagi pulak mengapal.. tapi aku gagahkan jua membaca demi sebuah impian untuk mengeluarkan diriku dari kelompok pengangguran (muka bersemangat waja).. TAPIIII.. bila SPP dah naik nama untuk urusan temuduga (atau lebih dikenali sebagai IV-singkatan kepada interview), nama aku langsung tak naik.. adelah dalam 856 kali aku cek, nama aku masih tak naik.. aku sumpah cuak, kecut perut, berpeluh sejuk bila nama aku tak naik-naik.. hati kecilku berkata “gile babeng..takkan nak tunggu lagi setahun kot..syaitonnn”.. Budak kelas aku ada dah yang dapat, aku mula terasa sekadar dipinggiran.. setiap kali check, kuar natang ni..



Gila kentang nebes aku tau tak.. kalau lah andai kata nama aku tercicir dari system, maka gelaplah donia ku ini.. aku memang mengharap la.. fyi, aku ade apply jawatan pegawai perkhidmatan pengajian tinggi DH41 jugak.. kiranya, kalau lulus temuduga, akan dilantik menjadi tenaga pengajar kar kolej komuniti ataupun politeknik, sudah pegi interbiu kat putrajaya.. tetapi resultnya sangat lah hampagas..



GAGAL katenye.. sedih I tauu.. tidak mengapalah, dah orang tak sudi..

Ok, balik kepada isu nama aku yang tak naik2 dalam system untuk temuduga ni.. dalam 2, 3 hari tu, maka keluarlah memo ineww..



Katanya kalau pointer 3.5 dan ke atas dan juga praktikum A/A- maka tergolong dalam kelompok penilaian khas.. kelompok penilaian khas ni xpayah pegi temuduga, terus ke lantikan tetap DG41.. tapi yang memuskilkan kepala hotak aku ialah ade jugak bebudak yang 3.6, 3.7, 3.8 praktikum A/A- kene p interbiu.. drama apekah ineww? Aku punya pointer pun paras2 hidung jaa, cukup2 jaa lepas syarat minimum.. adalah sangat mustahil jika aku boleh terhumban di dalam kelompok bebudak bijak pandai ni.. aku punya panik jangan cakap la.. runsing mengenang nasib yang tidak tahu hujung pangkal (menangis bawah shower).. mujur aku tak tomoi itik jiran untuk melepaskan kekecewaan aku..

Selang beberapa hari, aku mendapat khabar berita yang kitorang boleh mentelepon SPP untuk buat semakan nama untuk kelompok penilaian khas.. aku pun, tanpa membuang masa, terus mentelepon SPP untuk mendapatkan pengesahan mengenai status hubungan kami aku yang kini terumbang ambing di badai ombak rindu nyanyian shila hamzah sambil menangis teresak-esak.. Setelah cubaan kali ke 657 kali, maka telepon pun di awab oleh seorang pegawai yang bersuara peramah.. Dia terus straight tanya no ic.. pastu dia cakap yang nama aku memang ada dalam SENARAI NAMA UNTUK PENILAIAN KHAS.. syukur sangat.. kalaulah nama aku tercicir, makanya aku akan membawa diri berhijrah ke Guatemala..


Ok.. itu je lah yang aku nak cerita.. drama-drama yang melanda diriku sejak akhir-akhir ni.. berjumpa kita di lain warkah..

p/s: sejak akhir-akhir ni aku ade masalah sindrom korea.. dulu aku sumpah menyampah dengan korea, sekarang asyik-asyik nak tengok korea je.. normalkah aku?

Yang Benar:
  Photobucket

xoxo

Thursday, 1 November 2012

BERAT

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 13:00 2 NASIHAT
Asaalamualaikum...

aku mengaku, aku memang bukan pelajar yang pintar di sekolah..bukan juga pelajar paling berdisiplin..ye, hakikat itu aku mengaku..tapi aku masih ada hormat pada cikgu..sebab aku tau dan sedar, kalau tak ade cikgu, memang takkan aku boleh lulus pekse..selain tu, aku juga sedar cikgu ni dia punya keramat lain sikit..jangan sakitkan hati cikgu..kat sekolah cikgu2 macam emak ayah kita jugak..jangan sampai cikgu tak redha dengan kita..takut2 gelap masa depan..

tapi budak2 sekarang, sorry to say, memang kurang hajar tahap beyond world.. tahap socially and morally corrupted.. tahap dah tak boleh tolong..tahap kurang hajar dia memang tak boleh diuruskan dengan nasihat lagi, kene terus ditampar, mungkin baru insaf. ye MUNGKIN.

i don't think that all that happen to me now is because of KARMA..a part of it, mungkin ye..tapi selebihnya memang tak tahu ape sebab boleh sampai jadi camni.. aku dah tahap memaki ni..dalam hati aku hanya makian dan cacian sahaja bile aku tengok muka budak2 nih..i just can't help it..dorang layan cikgu macam sampah..or lebih teruk dari tu. pada dorang cikgu nih nothing, tak berguna dalam kehidupan dia..dia bila keluar dari perut  mak dia terus pandai. terus genius, terus dapat solve kan soalan add math, terus tetibe boleh karang essay english, terus boleh recite jadual berkala semua..terus boleh..otomatik, magik.

aku pertama kali masuk sini, aku ingat ok je..sebab my bestfriend sekolah sini dulu..and she is turn out just fine..tetapi makin lama, makin mencabar kesabaran sampai satu tahap, nak cekak dorang kat leher, pastu humban ke bawah..hahaha..ok dramatik, tapi seriously memang dah tak boleh sabar..rase macam nak jadik monster..bukan penat nak mengajar, tapi penat nak tame anak murid. masuk kelas patutnya kene bawak pembersar suara.

dalam kelas, mak ai, macam zoo.like seriously..bising..mula2 aku anggap ini biase, ala budak2..tapi lame2, i just can't help it..masuk kelas mula2 kene suruh menyapu dulu..pastu kene suruh dorang duduk diam2 dulu..semua acara ni mengambil masa lebih kurang 20 minit at least..benda ni terjadi kat semua kelas..kalau hari tu aku ada 4 kelas, maka aku akan mengalami 4 kali penderitaan yang sebegini..4 darab 5 hari sekolah, maka 20 kali seminggu kene mengadap hal yang sama..keje rumah pulak, kalau lah dorang buat, it is a miracle.semua kelas macam tu, baik kelas depan, mahupun kelas belakang..semua sama.

lalu cikgu2 di sini, mengambil pendekatan untuk simpan buku2 tulis budak2 nih, dan semua keje buat di kelas..cakap pasal kelas, kalau zaman dulu, PONTENG KELAS DAN PONTENG SEKOLAH ADALAH RARE..sekarang, ponteng kelas dan ponteng sekolah telah diangkat sebagai satu lifestyle. setakat ponteng sekolah tu memang biase..ponteng kelas lagi biase..dia pegi sekolah semata2 nak nyorok dalam tandas/hisap rokok/jumpa balak/. ye, itu tujuan utama diorang datang sekolah..

lagi satu lifestyle kat sini ialah kurang hajar dengan cikgu..aku kire lifestyle yang memang tengah hip. kurang hajar dengan cikgu ialah makanan ruji dia..sehari dia tak menyakitkan hati cikgu, hati dia tak puas..


dan sekarang nih aku memang tengah sakit hati..i hope they will rotten in hell.

bye.

disclaimer: ini adalah pendapat peribadi aku.sebelum terasa atau kondem, please jump into my shoes and walk for miles, then u'll know samaada langit tu tinggi ke rendah..

Photobucket

Monday, 2 April 2012

SUNGGUH TAK SANGKA

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 15:29 0 NASIHAT
sungguh gua tak sangka bahawa ambik lesen tuh susah gila..
rase2nya lagi susah dari buat fyp..
bangkainya...

xpe2.. lesen moto dah lepas..test keta je belum lagi..

(-_-")

duduk rumah memang best..
tapi sumpah aku rindu betul kat tanjung malim dan orangnya..ahahaha
ok bye
Photobucket

Sunday, 8 January 2012

#OH PATHETIC

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 02:41 4 NASIHAT
assalamualaikum..
bukan semua orang bertuah..

dan kesimpulannya,
diri kita sendiri yang menjadi pengukur
darjah ke"LOSER"an diri kita.

aku selalu je pegi mana2 sorang2 since aku dah biasa dah.
sebab selalunya aku selalu jadi last choice untuk semua orang.
dah takda geng baru nak carik aku..

tapi

hang out alone on your birthday is just simply PATHETIC..

"we're 24, single, unmarried and unemployed. Beat that. hahaha"
anis, aku rindu la masa kite sekolah dulu..makan nasik goreng sama2..
kadang2 nanie bawak sate goreng.. kite makan dalam kelas.
rindu nasik goreng kasih sayang ko yang kat RnR Seremban tu

aku teringat zaman duduk hostel..
bila sapa2 besday, mesti kene simbah sampai kuyup..



p/s: nak tambah lagi loser, beli kek untuk diri sendiri..makan sendiri2.
wah..siyes complete set of loser.. hahaha

ok bye
Photobucket

Saturday, 7 January 2012

I'M OFFICIALLY 24

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:00 1 NASIHAT
assalamualaikum..

growing alder and wiser (perhaps)
Photobucket

Friday, 6 January 2012

KALAU KAU TAHU

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 16:58 2 NASIHAT
assalamualaikum..

dalam hidup ini, janganlah kita ber"KALAU-KALAU"

"kalau lah aku...."
"kalau lah dia...."

hidup berkalau2 ni menSEMAKkan minda tahu tak.
ok bye

Photobucket

ADAKAH AKU NORMAL?

Yang Menjalankan Tugas AyuTimah at 00:10 0 NASIHAT
sejak akhir2 nih aku sedar yang aku sudah macam sepan.
menyerap sahaja
dan tidak beremosi..
tak tau kenapa..
macam dah kene dementor's kiss dah ni ha..


omaigod. aku xde perasaan.

Photobucket
 

A.N.O.N.Y.M.O.U.S Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea